Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kawalan Harga

Kita semua tahu Price Control menyebabkan masalah bekalan.

  Kita semua tahu Price Control menyebabkan masalah bekalan. Samada bekalan dicatu, bekalan tiada, bekalan diseludup. Bukan pertama kali kita masalah bekalan disebabkan oleh price control. Masalah bekalan gula, Bekalan disel, Bekalan minyak masak, Bekalan telur. Takkan sudah lupa? Tetapi price control sentiasa dianggap suci, ada sahaja kambing hitam untuk dipersalahkan. Salah kerajaan Salah pembekal Salah matawang Salah kartel Terkini salah MCA. Cadangan MCA itu sesuai jika nak teruskan price control. Price control bukan ada kuasa ajaib, kerajaan tetapkan harga, semua hidup aman damai. Kalau macam tu, baik kerajaan tetapkan harga telur 5 sen sebiji. Lagi ramai suka. Harga price control bukan suka suka letak. Kalau letak 5 sen sebiji, siapa nak ternak ayam untuk telur? Bila paras price control dah diluar julat penternak, pembekal, peruncit serap kos, harga dah tak logik. Jadi kalau nak teruskan price control, harga memang kena adjust sampai hilang masalah bekalan. Tak hairan kalau M...

Harga Minyak Apungan Terurus atau masih dikawal manusia?

Cantiknya nombor, semua ada hujung 0, 0, 0 Ini masihlagi Apungan Terurus atau dikawal manusia? Kalau Apungan Terurus, boleh sepakat pula harga semua hujung ada 0. Apungan Terurus atau harga yang diputuskan oleh Mesyuarat? Ahli Mesyuarat jenis kaki bundar? Perbezaan harga 95 vs 97 , secara tiba-tiba berubah drpd 20sen kepada 30 sen. Sememang aku tak percaya ianya sistem apungan terurus yang dikatakan bermula 1 disember 2014 yang lalu. Manusia tidak serik-serik nak cuba kawal harga. Mahu tersontot lagi dengan masalah-masalah subsidi dan penyeludupan?

Akad dah Ke Laut ...Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?

Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik? Jawapannya Ya dan Tidak. Selama ini pun ada banyak stesen yang tutup. Diganti dengan orang lain. cuma tak nampak sangat sebab penggantian itu cepat. Minyak tak turun naik pun, ramai sudah tersungkur dek kos operasi terutama TNB yang meningkat. Maka timbullah teori mengatakan, kalau harga rendah, harga kos pun rendah. bila naik, stok jadi mahal, maka untung. Teori itu memang boleh dipakai, JIKA stok adalah sama setiap kali perubahan harga. Akan tetapi perkara sebeitu mustahil berlaku. Kebiasaanya, bila harga nak naik ramai berduyun-duyun penuhkan tangki. Jadi stok masa nak naik sedikit. Masa nak turun pula, biasanya stok banyak. OK, nak salahkan pengusaha kenapa simpan stok banyak? Tidak boleh, sebab ini sistem Akad sudah kelaut Dalam sistem Akad sudah ke laut , pengusaha (pelanggan) tidak lagi boleh memesan berapa banyak kuantiti yang hendak dibeli. Semuanya ditentukan oleh syarikat minyak (penjual...

Pengapungan Harga Minyak ; Rafizi buat-buat bengong atau ....

Sambung lagi sedikit cerita pengapungan harga minyak.... Ada sedikit kepelikan sedikit mengenai pengapungan terurus harga minyak, Media Bahasa Melayu tulis "Hapuskan subsidi" media Bahasa Inggeris menulis tentang "Managed Float", jadi pemahaman pembaca ada berbeza-beza. Kalau managed float nampak baik sedikit. Kalau hapuskan subsidi nampak jahat. Maka muncullah wira politik yang baca sebagai "penghapusan subsidi", dok keluar hujah kaitkan subsidi IPP dan sebagainya. Bagi saya, subsidi yang menyebaban pembohongan harga adlaah tidak baik. Subsidi pada kroni IPP juga tak baik. Tetapi yang itu tiada kaitan sangat pengapungan harga. Dari sudut pandang saya, Apungan Terurus adalah lebih baik daripada rakyat dibohongan soal harga. Maka timbulkan persoalan buat-buat tak tahu daripada Rafizi budak kolej kesayangan KetUm.   Dia nak macam mana sebenarnya? Dia nak harga minyak turun 35% juga kah? Sudah tentu sebelum ini memang ada subsidi, maka se...

BN Akhirnya Mengaku Tak Mampu Kawal Harga Minyak

Akhirnya diumumkan bahawa Kerajaan menghapuskan kawalan harga terhadap RON 95 dan menjadikan "Managed Float" atau Apungan Terurus. Ianya belum 100% diapungkan, tetapi dia ikut lebih kurang harga sebenar. Maka tumbanglah rejim kawalan harga, yang dahulunya menyangka boleh mengambil tugas Allah dalam menentukan harga, namun pasti gagal. Sistem kawalan harga BN ini telah banyak menimbulkan banyak masalah. Masalah gula "tiada" bekalan, masalah minyak masak "tiada" bekalan walaupun negara kita adalah pengeluar sawit terbesar dunia. Ingat lagikah masalah disel  dikuotakan sehingga lori-lori besar keluar lebuhraya untuk beratur beli disel. Kemudian disebabkan kuota juga, Stesen minyak bergilir-gilir kehabisan bekalan, walaupun dalam perut bumi ada banyak lagi minyak. Tidak dilupai masalah penyeludupan yang berpunca daripada perbezaan harga yang ketara. Siap ada buat paip untuk terus salur ke Thailand. Itulah hasil daripada manusia yang nak cuba ...

Bebaskan... Bebaskan .. Sekarang Masa Terbaik Bebaskan Harga Minyak

Dunia agak pelik apabila melihat pengeluar minyak Arab Saudi nak harga minyak rendah . Apa yang Amerika sudah cucuk, saya pun tak tahu. Sebelum ini Harga minyak di Malaysia dikawal oleh manusia, bila harga dunia tinggi, harga Malaysia rendah. Bila harga dunia rendah, Malaysia pula tinggi. Kalau turun naik, OK lah juga, tak guna wang rakyat nak bohongkan harga . Tapi kalau sentiasa di bawah paras dunia, makin lama makin banyak hutang negara. Bebaskan, Bebaskan, Tak mampu bertahan lagi. Jadi Harga minyak perlu dibebaskan sementara ianya tengah rendah. Hal arab Saudi itu biarlah dia fikirkan sendiri. Di Malaysia, harga minyak sentiasa di bawah paras dunia, sejak selepas krisis kewangan 1998. Jangan ingat kesan Krisis itu sudah habis. Kalau Ringgit di paras RM 2.50 == 1 USD baru boleh isytiharkan habis. Bebaskan... Bebaskan... Terlalu banyak masalah berlaku akibat nilai ringgit yang tak mesra harga komoditi minyak. Banyak lubang, banyak tampal. Tampal guna subsidi, berlu...

Menyokong Kawalan Harga ikut Kepentingan

Dalam dunia yang dipenuhi oleh agak ramai penyokong kawalan harga. Adakah mereka benar2 sokong kawalan harga atau mereka sokong ikut kepentingan? Bila dia hanya beli sesuatu barang A, maka kalau boleh dia nak kerajaan kawal barang yang dia selalu beli itu supaya tak naik-naik. Nasib penanam sayur siapa peduli? Tetapi apabila dalam posisi menjual barang B, maka dia nak kerajaan kawal supaya harga tidak jatuh. Dalam situasi peruncitan pula, ada peniaga yang membentuk persatuan sebab nak kawal harga, mereka pakat ramai-ramai membentuk kartel supaya pembeli nampak harga seragam yang tinggi, tetapi apabila seragam maka sudah tak nampak mereka jual mahal. Akan tetapi semasa beli daripada pembekal, mereka tidak pula nak berpakat supaya sama harga, nak murah semurah mungkin. Dalam situasi ibubapa dan pengusaha bas sekolah. Ibu bapa minta tambang dikawal supaya murah, pengusaha pula mengeluh minta harga yang dikawal itu naik sedikit. Pengawal harga pening kepala dan nak lepaska...

Pakatan Rakyat Menyokong Sistem Kawalan Harga BN

BN selama ini mencandukan rakyat dengan kawalan harga. Walaupun BN banyak mencetak duit daripada angin, atas nama defisit, perbekalan tambahan, bon/sukuk , tetapi Pakatan Rakyat tetap menyokong Sistem Kawalan Harga BN. BN telah berjaya menyembunyikan kesan inflasi dengan mengawal harga, dengan merompak duit anak cucu, subsidikan harga supaya kelihatan murah. Walhal, rompakan terus berlaku. Namun Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak sistem kawalan harga BN, termakan candu yang diberi BN, untuk terus bersama candu. Candu kawalan harga dianggap lebih nikmat daripada s3ks. Maka apabila perubahan harga oleh kerajaan. Maka berbalahlah penyokong kawalan harga. Ada yang kata tak boleh naik 20 sen, ada yang kata kena kurangkan candu sebab hutang dah banyak. Mereka BN dan Pakatan sama-sama menyokong sistem kawalan harga BN. Apa perlunya Pakatan Rakyat menyokong BN merompak hak anak cucu kita? Apa perlunya menambah hutang hanya untuk menyenangkan generasi 'kuat selfie',...