test

Memaparkan catatan dengan label Terang Bulan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terang Bulan. Papar semua catatan

Sabtu, 1 September 2007

Malaysia Perlu Lagu Kebangsaan Yang Baru.

Saya terpanggil untuk mencari asal usul lagu "Negaraku" setelah membaca komen pengunjung Indonesia pada Posting ini.

mulai dari mencuri lagi kroncong Terang Bulan Terang di kali dijadikan lagi kebangsaannya,...
Adakah benar Lagu Negaraku berasal dari lagu "Keronchong Terang Bulan"?

Atau Ia berasal dari lagu "Mamula Moon" Felix Mendelssohn

Dan ada pendapat yang mengatakan ia berasal penggubah peranchis , Pierre-Jean de Béranger(1780-1857).
(Tiada kaitan dengan Jeanne Abdullah)

Sebelum itu, Bagi sesiapa yang belum tahu, Lagu Negaraku berasal dari Lagu Negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan".


Lupakan "Mamula Moon" kerana ia adalah adaptasi dari lagu Keronchong terang bulan, Pada tahun 1888, Lagu Mamula Moon belum wujud.

Lupakan Rudy Van Dalm, kerana ia belum wujud pada tahun 1888.

Lagu Negeri Perak mula dimainkan apabila ketika Sultan Idris melawat England, Pada tahun 1888. Ketika itu Negeri Perak tidak mempunyai Lagu Kebangsaan.


Terdapat 2 pendapat disini.
Kumpulan Muzik Peranchis memainkan lagu sebegitu di kepulauan Seychelles.
Kumpulan Opera Indonesia Memaninkan lagu itu di Singapura.

Adakah kumpulan muzik peranchis itu benar-benar memainkan lagu oleh "Pierre-Jean de Béranger"?
Atau mereka memainkan lagu Terang Bulan?
Bukan tak biasa, Kumpulan muzik memainkan lagu lain. Mawi pun nyanyikan lagu "Gadis Melayu".

Dan adakah Kumpulan Indonesia memang menyanyikan lagu Terang Bulan yang asal dari mereka atau lagu itu diubahsuai dari peranchis?

Mungkin sejarahwan Indonesia perlu kaji dari mana asal lagu Terang Bulan?

Adakah ia berasal dari lagu "Oh Rosaline"?


Bagi saya kini tiba masanya kita mempunyai Lagu Kebangsaan yang baru, yang betul betul berasal dari Negara kita ini. Kalau susah sangat, jadikan sahaja lagu-lagu patriotik tempatan yang sudah ada untuk dijadikan Lagu Kebangsaan.

Beri Peluang pada Pak Ngah, Wan Zul, Manan Ngah, Wah Idris, Noraniza Idris, Nor Haniza Idris, Jeanne Abdullah untuk menggubah Lagu Kebangsaan yang BARU.


Rujukan:
http://www.malaysianmonarchy.org.my/portal_bi/rk1/rk1a.php?id=rk1_6&titleBI=National%20Anthem
http://nizambashir.com/?p=185
http://en.wikipedia.org/wiki/Allah_Lanjutkan_Usia_Sultan
http://www.national-anthems.org/hist-malay-states.htm
http://faisalmustaffa.blogspot.com/2004/01/tampering-with-malaysian-national.html

Jumaat, 31 Ogos 2007

Malaysia yang SOMBONG DAN KURANGAJAR?

makin kurang ajar (bambylibra@ya..., 26/08/2007 13:44)
Malaysia ini makin lama memang makin kurang ajar, mulai dari mencuri lagi kroncong Terang Bulan Terang di kali dijadikan lagi kebangsaannya, mencuri lagu-lagu Indonesia diakui sbg lagu Malaysia spt lagu Gelang sipatu gelang dll, mencuri desains batik Indonesia diakui batik Malaysia, mencuri Sipadan dan Ligitanb, pencurian kayu-kayu di perbatasan dan pencurian-pencurian lain, menganiaya tki-tki dan sekarang menaniaya wasit karate kita. Malaysia yang SOMBONG DAN KURANGAJAR.
Walaupun agak kasar, tapi hakikatnya itulah komen orang Indonesia apabila Jurulatih Karatenya dipukul oleh Polis Malaysia.

rujukan: http://www.gatra.com/artikel.php?id=107198

Google+ Hasbullah Pit