Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BMW Sauber

F1 Adalah Gelanggang Silat Bagi Pemasaran Bukannya Nasionalisme

Hari ini sibuk dikatakan wujud Pasukan F1 "1Malaysia" yang kononnya akan menyertai F1 pada musim akan datang. F1 itu unik, dimana wujudnya perlumbaan sejak berpuluh tahun yang lalu, atas sifat persaingan antara pengeluar enjin, pelumba, pasukan, jurutera dan penaja. Penaja juga turut berlumba dalam F1 diatas kehendak penaja. Apabila pengeluar sesuatu produk, yang bersaing dengan produk atau jenama lain, Akan merasa terpaksa apabila pesaingnya beriklan di dalam F1. PETRONAS bersaing dengan Esso Mobil dan Shell. Syarikat komputer juga ada bersaing dalam pengiklanan di dalam F1. Compaq menaja BMW Williams, HP menaja Jaguar. Apabila HP membeli Compaq, HP memberhentikan kontrak dengan Jaguar dan fokus kepada BMW Williams. Apabila bercerainya William dengan BMW, dan BMW berkahwin dengan Sauber, PETRONAS dapat menaja diruang yang selama ini dikuasi Castrol. Castrol pernah mengeluarkan castrol Formula RS, tatkala zaman Montoya dan Ralf Schumacher meletup. "RS"...

Dompet Baru sudah tiba

Menggantikan Dompet Transformer yang sudah tak nampak lagi Optimus Primenya.

Bukan Sekadar Video Robert Kubica

Video Robert Kubica sedang bercakap dengan Jurutera Perlumbaannya Mehdi Ahmadi. Tiada apa yang istimewanya video di atas, Hanya perbualan antara pelumba BMW Sauber, Robert Kubica dengan Jurutera Perlumbaannya Mehdi Ahmadi. Apa yang saya hendak ceritakan di sini ialah, Mehdi Ahmadi tidak dapat bertugas sebagai jurutera perlumbaan bagi Sebastian Vettel yang menggantikan Robert Kubica pada GP Indianapolis 2007 . Visa Mehdi Ahmadi tidak diluluskan oleh imegresen Amerika Syarikat hanya kerana dia berwarga negara Iran. A team spokesman said Kubica's engineer, Mehmi Ahmadi, will not be at the race this week because the Iranian native was not granted an American visa. Ahmadi will be replaced by Ossi Oikarinen, the chief engineer for the test team Jika Amerika boleh bertegas dengan BMW Sauber, Pasukan yang mendahului kategori pembuat F1 musim ini, Mengapa Malaysia tidak boleh bertegas dengan Chelsea? Besar sangatkan Chelsea? Satu kelab yang hanya gah di liga Perdana Inggeris sahaja. Terd...

Antara PAS dan BMW Sauber, Politik dan Formula Satu

Bandingkan prestasi PAS pada tahun 2004 dengan 2008. Bandingkan Prestasi Sauber PETRONAS pada tahun 2004 dengan BMW Sauber pada 2008. Ketika GP Australia minggu lalu, Robert Kubica hampir mendapat kekudukan pol. Ketika perlumbaan, Nick rupanya yang mendapat tempat kedua. Walaubagaimanapun, Ferrari dan Renault tahun ini umpama UMNO dan MCA. Fernando Alonso tersilap percaturan politiknya dengan kembali ke Renault. Prestasi Kimi Räikkönen ketika GP Australia agak hambar, mungkin Kimi cuba memprotes tindakan Jean Todt sering membiarkan tunangnya dibelai-belai oleh PakLah Ini bukan gambar Kerajan 3 Beranak yang sering disebut, oleh Sang Kelembai. Ini " Pelumba 3 beranak " Melihat akan situasi politik Malaysia yang membimbangkan pemimpin Barisan Nasional, Adalah tak mustahil kalau PakLah menukarkan Nama Barisan Nasional kepada "Barisan Panasonic" setelah melihat gambar dibawah:

Ramalan Tarikh Pilihanraya 23 mac 2008?

Tarikh pilihanraya memang menjadi spekulasi ramai orang, hampir kesemua meneka ianya akan berlaku sebelum april, kerana selepas april, Anwar Ibrahim dibenarkan untuk bertanding. Selain daripada kalendar masehi , Kalendar hijrah dan kalendar cina dijadikan rujukan, Kalendar F1 tidak dikecuali dijadikan rujukan untuk menetapkan tarikh pilihanraya. Berdasarkan pada pilihanraya 2004, Pilihanraya dijalankan serentak dengan hari perlumbaan Formula 1 GP Malaysia, bersamaan hujung minggu ke-2 kalendar F1. Walaupun membuatkan pilihanraya serentak dengan penganjuran Formula 1 adalah sesuatu yang tidak kena, akan tetapi perkara itu tidak mustahil bagi PakLah, kerana dia telah melakukannya sebelum ini. Dan tidak dinafikan PakLah mampu untuk mengulangi sejarah dan seterusnya mencatat rekod dunia, satu-satunya pemimpin yang membuat pilihanraya serentak dengan F1 selama 2 kali. Pasti rekod ini tidak akan dipecahkan oleh negara lain. Jadi dengan ini saya meramalkan pilihanraya adalah 23 Mac 2008, b...

Barisan Pelumba Formula1 musim 2008

Barisan Pelumba Formula1 musim 2008 Scuderia Ferrari Marlboro 1. Kimi Raikkonen 2. Felipe Massa BMW-Sauber F1 Team 3. Nick Heidfeld 4. Robert Kubica Kereta akan dilancarkan pada 14 januari 2008 ING Renault F1 Team 5. Fernando Alonso 6. Nelson Piquet Jr. Kereta akan dilancarkan pada 22 januari 2008 AT&T Williams 7. Nico Rosberg 8. Kazuki Nakajima Red Bull Racing 9. David Coulthard 10. Mark Webber Panasonic Toyota Racing 11. Jarno Trulli 12. Timo Glock Scuderia Toro Rosso 14. Sebastien Bourdais 15. Sebastian Vettel Honda Racing F1 Team 16. Jenson Button 17. Rubens Barrichello Super Aguri F1 Team 18. Takuma Sato 19. Anthony Davidson Force India Formula One Team 20. Adrian Sutil 21. (akan diumumkan) Vodafone McLaren Mercedes 22. Lewis Hamilton 23. Heikki Kovalainen Banyak lagi pasukan yang belum umumkan bila kereta baru akan dilancarkan. Barisan pelumba itu menunjukkan Alonso akan mempunyai rakan sepasukan yang boleh menggugat dia seperti tahun lepas.

Daya Graviti sudah tidak mempunyai vektor?

Angkasawan Negara telahpun 'jatuh' secara balistik menggunakan Kapsul angkasa Soyuz . Seperti yang ramai orang telah maklum, ketika kemasukan semula , ia dikenakan daya graviti yang melampau sebanyak antara 4 hingga 5 G. sebagai perbandingan, daya graviti di bumi dianggap sebagai 1 G. Jika di bumi, anda mengangkat sekilo beras, ketika kemasukan semula, sekilogram beras itu umpama seberat 4 hingga 5 kilogram. Kita ambil 3 senario graviti yang berbeza. 1. di bumi 2. di ISS 3. di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula. Dalam dunia fizik, ' Berat' dan 'Jisim' adalam berbeza . Dimana Jisim 1 kilogram beras adalah 1 kilogram dimana-mana, di bumi, atau pun di ISS atau di dalam kapsul soyuz ketika kemasukan semula. Akan tetapi 'berat' bagi 1 kilogram beras adalah berbeza ketika di ISS, di bumi dan di dalam kapsul Soyuz ketika kemasukan semula. Berat adalah sesuatu yang dirasai, kita angkat 1 kilogram beras dibumi adalah lebih berat daripada angkat 1 kg bera...

BMW Sauber ditangga ke-2, pengeluar

Sungguh tidak kusangka secara tiba-tiba Pasukan BMW Sauber kini di tangga ke dua dalam Kategori Pengeluar Formula Satu, selepas selesainya GP Belgium. Sebelum ini saya ambil acuh tidak acuh sahaja tentang isu McLaren . pasukan McLaren telah dijatuhkan hukuman agak berat iaitu denda (lupa berapa juta). Rupanya satu denda lagi yang dikenakan kepada McLaren ialah, mereka terkeluar dari cabaran kategori pengeluar musim ini. Jadi selepas GP Belgium, Kategori pengeluar (footage lama) Ferarri : 161 mata BMW Sauber :90 mata Renault : 39 Williams : 28 Red Bulls :18 Pada GP Belgium, nampak akan peningkatan ketara jentera Williams, bangkit semula selepas kejatuhan akibat perceraian dengan BMW. Williams yang berkahwin dengan Toyota, jauh meninggalkan Toyota. Agak kelakar juga. Ralf Schumacher, pemandu Toyota akan berakhir kariernya sebagai pemandu F1 setelah kontrak tidak disambung. Berbalik kepada cerita GP belgium, dengan mudah Nick Heidfeld memintas H. Kovalainen , tetapi Robert Kubica, sehing...