Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Media Sosial

Budaya menunjuk "Bosan ahh" di Media Sosial

Zaman saya mudah dulu tiada media sosial, yang ada hanya laman web, forum, IRC , bbs. Tidak ada tempat khas untuk tulis status. Kalau tulis di IRC, mesti ada orang balas. Takkan nak tulis "Bosan ahh", sebab nanti akan berborak juga. Tapi budak muda zaman sekarang cukup suka tulis "bosan ahh" di status-status media sosial. Di Moment wechat pun ada nampak orang tulis macam itu... "bosan ahh". Zaman moden sebegini ada 1001 jenis maklumat, boleh dibaca, dia boleh bosan. Hairan juga. Zaman saya muda dulu, jarang pula rasa bosan, di RinduNET sentiasa ada orang. Walaupun tak ramai tapi dengan orang yang sama boleh bincang. Kemudian zaman bincang.net pun tak rasa bosan, ada sahaja benda nak di baca. Dengan limpahan maklumat zaman 2014 ini, mustahil untuk bosan di Internet. Sekarang sepatutnya ada masalah tak cukup masa nak baca. Sampai kena urus apa nak dibaca . Perkara-perkara "read later" boleh dibaca kalau ada masa agak lapang. ...

Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain

Kita ada 24 sehari, dalam 365 hari, daripada usia yang ada. Kita tak cukup masa untuk baca benda bermanafaat, Tak cukup masa untuk follow rakan-rakan kita. Tetapi apa yang berlaku, biasanya kita membaca atau menonton apa yang disuapkan pada kita. Jangan biarkan media sosial atau media lain menentukan apa yang kita hendak baca. Kita boleh follow kawan kita, kita juga boleh baca apa yang dicadangkan oleh kawan kita. Kita boleh juga baca apa yang ditulis oleh tokoh-tokoh, atau baca berita. Adakalanya apa yang dicadangkan oleh kawan kita untuk dibaca itu memang bagus. Dia sudah baca 20,30 artikel, tetapi kongsikan hanya 1,2 sehari. Tetapi tengok orang juga, Siapa kawan kita itu. Ada orang yang terima maklumat, rasa seronok, terus kongsi. Tak semak pun sahih atau tidak, bila hati dia tersentuh dia akan kongsi. Lupakan orang2 macam ini seketika, sebab ada ramai. Yang betul2 membaca, dan memilih apa yang benar2 bermanafaat dan menarik untuk dikongsi, tidak ramai. Saya a...