test

Memaparkan catatan dengan label .PAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label .PAS. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Oktober 2014

CGT : Cepat Benar PAS terikut Rafizi Lagi

Aduh,

Bila masa PAS bermesyuarat untuk putuskan kita Cadangkan Capital Gain Tax?



Saya pun tak faham, macam mana boleh "Pakatan Cadangkan Capital Gain Tax" sedangkan tidak diputuskan dalam Mesyuarat.

Tak habis habis terikut ikut Rafizi.
Tak serik lagi dengan idea-idea mengarut Rafizi.
Tak serik sudah kena dengan Langkah Kajang?


Saya tak Hairan kalau Anwar Ibrahim sokong GST sebab ianya tiru barat.
CGT pun tiru barat juga.

Anwar Ibrahim tak pernah kata GST tak bagus, cuma kata "belum sesuai"

Agaknya selepas CGT silaksanakan, baru sesuai dilaksanakan GST.

Tapi jangan risau, BN boleh laksanakan kedua-duanya sekali.

Saya pernah tulis mengenai "cukai simpanan". Tapi entah kemana ditelan Facebook.

Nanti ada masa saya tulis semula.



Selasa, 30 Disember 2008

Politik Positif Sofi Wahab Lahirkan Draf Manisfesto PAS 2012?

Tahniah kepada Saudara Sofi Wahab yang mengemukakan beberapa cadangan kepada Kerajaan negeri Melaka berkenaan isu pencemaran babi di Masjid tanah. Ini boleh dipanggil sebagai politik positif.

Kepada pembaca, sila anggap isu ini sebagai isu pencemaran babi, bukannya isu perkauman.

Bagi saya PEWARIS dan GGMM melakukan melakukan kesilapan apabila cuba mengperkaumankan isu ini, walhal ia sebenarnya boleh diselesaikan tanpa unsur perkauman.

Apa itu politik positif apa itu politik negatif.

Politik negatif adalah apabila Sofi Wahab terus salahkan BN.
Politik positif adalah apabila Sofi Wahab salahkan BN tetapi mengemukakan cadangan.

Politik terlebih positif adalah, apabila Sofi Wahab mengemukakan cadangan, sekiranya PAS memerintah Melaka, berkata berikut akan dilaksanakan tanpa mengambil kira siapakan lawan politik PAS.

Sebagai orang bawahan dalam PAS, apa cadangan oleh saya tidak boleh dianggap sebagai "Cadangan PAS", akan tetapi bagi Sofi Wahab boleh, kerana dia Ketua Penerangan.

Jadi, Segala mak nenek cadangan Sofi Wahab supaya dilaksanakan oleh kerajaan Negeri semasa, sebenarnya boleh digubah dengan lebih positif.

Daripada cadangan Sofi Wahab, maka terbentuklah draf manifesto PAS 2012.


Ini draf sahaja, bukan betul-betul.

---mula---

1) Kerajaan PAS Melaka akan mengambil perhatian serius terhadap bantahan Pewaris yang menggesa supaya babi dipindahkan dari Masjid Tanah dan dalam masa mencari kawasan lain yang sesuai untuk penternak meneruskan penternakan mereka.

2) Kerajaan PAS Melaka dan agensi kerajaan akan mengeluarkan lesen dan permit di kawasan baru bagi membolehkan penternak meneruskan kegiatan penternakan mereka. Pada masa yang sama kerajaan negeri dan agensi kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

3) Kerajaan PAS Melaka akan membayar pampasan kepada apa sahaja kerugian yang dialami oleh penternak dalam proses pemindahan kawasan penternakan tersebut. Ganti rugi itu meliputi prasana dan lain-lain.

4) Agensi kerajaan akan memberi tunjukajar dan khidmat nasihat kepada penternak untuk menjalankan kegiatan penternakan yang sistematik, teratur dan tidak mengotori alam sekitar.

5) Kerajaan PAS Melaka dan agensi terbabit mesti melaksanakan pemulihan alam sekitar di kawasan Paya Mengkuang dan sekitarnya yang terjejas akibat penternakan babi yang sudah berlarutan selama 50 tahun.

6) Sebelum sesuatu tindakan diambil, kerajaan PAS Melaka, agensi kerajaan dan penternak akan duduk semeja berunding bagi menyelesaikan isu ini secara baik demi menjaga kebajikan penduduk setempat dan penternak-penternak babi.

7) Kerajaan PAS Melaka akan mencari suatu kawasan alternatif untuk dijadikan kawasan penternakan babi khusus untuk bekalan negeri Melaka sahaja. Manakala bilangan babi mesti dihadkan untuk kegunaan penduduk Cina negeri Melaka sahaja.

8) Kerajaan PAS Melaka dan pihak keselamatan mesti memantau kegiatan pihak-pihak tertentu yang mengaitkan isu ini dengan perkauman yang sangat merbahaya.
 
---tamat---


Sekiranya PAS Melaka bermesyuarat betul-betul dan mengubahsuai dan meluluskan perkara di atas maka terbentuklah "Manifesto Penyelesaian Masalah Babi Melaka" 3 tahun lebih awal daripada PRU 13 .

Alangkah indahnya kalau PEWARIS dan GGMM memonoh bantuan PAS Melaka setahun lebih awal.


Mungkin ada diantara pembaca melihat catatan blog saya yang terdahulu sebagai satu yang negatif, namun bagi sesiapa yang berfikiran positif dan oportunis, ini adalah satu peluang untuk memperkasakan PAS.

Jumaat, 7 November 2008

Harapan Terlalu Tinggi Terhadap "PAS for all" ? Surat Arvin di Malaysiakini

Saudara Arvin Kalam Pereira, telah menulis di Malaysiakini satu tulisan bertajuk 'We cannot trust PAS' (mesti baca)


Satu tulisan yang agak menarik, Akan tetapi ia menunjukkan harapan palsu terhadap "PAS for all", PAS for all pula ditakrifkan sebagai kesamarataan mutlak.

Inikah hasil daripada penyembunyian  "pembela melayu" ?

Walaupun disembunyikan, orang melayu, masih ada yang meletakkan harapan kepada PAS sebagai pembela melayu, pada masa yang sama, bukan melayu seperti arvin telah meletakkan harapan tertalu tinggi sehinggakan menerupai perjuangan DAP.

Akibat kekecewaan daripada harapan palsu itu, maka Arvin telah menggariskan 3 perkara.

1. Jangan letakkan PAS di kawasan berbilang kaum
2. Jangan letakkan PAS banyak kerusi.
3. Mempersoalkan kenapa Kelab Penyokong PAS bukan ahlis sebenar.


Maka, Roslan SMS, blogawan yang sering tidak menulis tajuk, telah membuat ulasan tentang apa yang dibangkitkan oleh arvin (Mesti baca).

2 perkara yang dinyatakan oleh Arvin adalah berkaitan dengan membahagian kerusi.

Apa kata kalau diterbalikkan saranan pertana Arvin itu kepada "Letak calon DAP PKR di kawasan Melayu Totok"?
Kemudian PAS bertanding dikawasan bukan melayu.

Kalau benar tembok perkauman itu sudah dirobohkan, kenapa masih ada lagi kerusi tradisi kaum in, kerusi tradisi kaum itu?



Roslan SMS ada menyebut tentang...


Akhirnya Arvin terlupa bahawa PKR dan DAP sedar dan iktiraf bahawa sumbangan terbesar terhadap kejayaan PR dalam PRU yang lalu selain dari sokongan rakyat jelata adalah kecekapan dan kesungguhan jentera PAS yang bertungkus-lumus, ikhlas bekerja dan berkhidmat disemua peringkat walaupun di kerusi-kerusi yang PAS tidak bertanding. Di kerusi-kerusi ini mereka bekerja tanpa upah dan habuan seolah-olah calon yang bertanding itu calon PAS. Berapa banyak kawasan Parlimen yang tidak ada jentera selain jentera PAS, itulah sumbangan PAS kepada kejayaan PR.

Hakikatnya, politik bukan Melayu sebenarnya tidak mempedulikan berapa banyak bendera yang dipasang.
PRU 12 dahulu, hanya UMNO dan PAS yang beria nak pasang bendera banyak-banyak.

Di kawasan MCA bertanding, UMNO lah yang tukang pasang bendera.

Bila agaknya politik simbolisme akan berakhir?

Isnin, 3 November 2008

PAS perlu dilihat sebagai pembela Melayu

Disebabkan UMNO sering membawa imej "Melayu", keburukannya akan mencemar imej "melayu", telah timbul suasana fobia melayu di kalangan masyarakat bukan melayu, dan ahli PAS sendiri.

Seolah-olah jangan bercakap soal "Melayu" kerana ianya menyerupai UMNO.

Walaupun setelah merdeka 51 tahun, dan menjadi kaum majoriti di Malaysia, akan tetapi peliknya melayu ialah mereka takut kehilangan itu ini. Itu hakikat politik.

Tatkala wujudnya pemikiran supaya politik supaya tidak berasaskan kaum, peliknya Pakatan Rakyat yang sibuk melaungkan politik tak berasaskan kaum, membahagikan kerusi berasaskan kaum pula.

Ini menyukarkan PAS kerana ramai orang melayu masih tidak percaya politik yang tidak cakap "bela melayu". Berpuluh tahun orang melayu sokong UMNO kerana kononnya "bela melayu", walaupun hakikatnya tidak.

Berbuih-buih mulut penceramah PAS bercakap tentang rasuah dan macam-macam lagi berkaitan UMNO, mereka tetap pilih UMNO kerana kononnya "Bela Melayu". Bukan orang UMNO tidak tahu yang UMNO itu rasuah.

Orang Melayu mungkin ada yang agak sangsi untuk mengundi PAS kerana takutkan kehilangan "Ketuanan Melayu"  "DEB dan sebagainya.

Apabila politik DEB dimainkan, maka PAS agak sukar untuk menarik pengundi melayu yang takut "kehilangan DEB" yang sudak dimansuhkan pada 1990.

Yang peliknya, PAS menubuhkan Kelab Penyokong PAS untuk menarik bukan Islam tetapi tiada lajnah khas atau dewan khas untuk menarik "Melayu".

Suatu ketika dulu PAS kuat ketika membawa imej pembela melayu.

sila baca

PAS patut menjadi ikon baru “Parti Melayu”


Walaupun membawa imej melayu kelihatan seperti As-sabiah, akan tetapi bukannya "Melayu" yang diutamakan sehingga melampaui Agama Islam.

Sekiranya Lajnah Perpaduan Kaum mempunyai strategi khas untuk menarik undi kaum bukan melayu dan bukan Islam , Mengapa tidak ada satu strategi khas untuk Melayu?

Sekiranya PAS kelihatan seperti pembela Melayu, makcik-makcik UMNO di kampung-kampung yang tahu UMNO rasuah, tetapi masih bergantung kepada UMNO sebagai "pembela melayu", mudah sahaja perpaling tadah.

Mana mahu pilih, Pembela Melayu yang korup atau pembela Melayu yang bersih?

Namun, imej "Pembela Melayu" PAS mestilah tidak menakutkan bukan melayu dan bukan Islam.

Imej "Pembela Melayu" PAS tidak perlu sokong 30% pegangan dalam sesuatu syarikat senaraian awam.
Imej "Pembela Melayu" PAS tidak perlu sokong kuota yang terlalu kecil untuk bukan melayu di IPTA.
Imej "Pembela Melayu" PAS menitik beratkan pemilikan tanah pemilikan rumah bagi orang Melayu.
Imej "Pembela Melayu" PAS menitik beratkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan, dan tidak menafikan hak kaum bukan melayu untuk belajar dalam bahasa ibunda ketika peringkat awal.
Imej "Pembela Melayu" PAS mahukan Bahasa Melayu digunakan dalam IPTA dan IPTS.
Imej "Pembela Melayu" PAS mengekalkan warisan melayu seperti kesenian dan sebagainya, termasuk "keris".
Imej "Pembela Melayu" PAS menggalakkan pemakaian Baju Melayu sebagai baju kebangsaan (Nasional) sambil menggalakkan pemakaian pakaian tradisional bukan melayu walaupun ketika bekerja.

Sekiranya PKR boleh dilihat sebagai pembela India tanpa melaungkan "Ketuanan India", tidak mustahil PAS dilihat sebagai Pembela Melayu tanpa melaungkan "Ketuanan Melayu".


nota:
Catatan ini telah lama duduk sebagai draf (sebenarnya belum siap).

Kebetulan ia menjawap catatan YB Khalid Samad , sila masuk ke halaman utama jika tidak dapat dibaca

Ahad, 2 November 2008

Jed Yoong Menggambarkan Cina Lebih Dengki Berbanding Melayu?

Selalunya, sifat dengki sering dikaitkan dengan Melayu. Ya saya akui.

Banyak kes dimana orang melayu memusuhi musuhnya menggunakan kaedah dengki-mendengki dan ugut mengugut.

Ada juga kes dimana apabila seseorang melayu memusuhi melayu, dia akan mengarahkan ahli keluarganya supaya membenci ahli keluarga musuhnya itu.

Ini realiti.

Akan tetapi, Jed telah menulis tentang wujudnya Cina yang kuat mendengki sambil menggambarkan orang melayu kurang mendengki.

This handful of anti-Jed Yoong cybertroopers hate me ‘cos my family was rich.   And because my family benefited from Barisan.  Of cos, this people just see one side of the story.  Without Barisan contracts, there won’t be jobs, with no jobs, people will be poor, complain and probably join parties like the DAP.  These Chinese are the worst.  They are so dengki, just ‘cos they weren’t good enough to get the contracts.  They think those who did are all corrupt.  And what does PAkatan do when they are in power? 


Even when I wrote the most vile things about UMNO or PAS, I never receive such horrible comments on my blog, via email, chat, etc.  I wonder why they bother, just to vent?  I guess that’s a bit like me. But the hatred is unbelievable.

Agak menghairankan.

Adakah dengki mendengki hanya sesuai untuk sesama kaum masing-masing?

Adakah etnik India juga dengki mendengki sesama sendiri berbanding kaum lain?

Adakah budaya mendengki yang dikongsi semua kaum menjadi satu simbol integrasi kaum?



Untuk persoalan Jed, mengapa dia kurang dihentam oleh UMNO dan PAS, mungkin kerana kurangnya pengunjung Melayu yang membaca blog Jed. Sekiranya ada ramai pengunjung Melayu, pengunjung itu ialah jenis yang minda terbuka, kalau tidak masakan mereka datang membaca penulisan Jed yang hentam kiri-kanan.

Saya tidak nafikan cukup ramai pembaca Melayu yang sukakan "cerita-indah", orang PAS baca Harakah/Tranungkite blog PAS, orang UMNO baca Utusan dan blog UMNO.

Jika Jed ingin mengetahui betapa dengkinya Melayu sesama melayu, cuda daftar Tranungkite/MYKMU menggunakan nama gelaran seperti melayu, hantar artikel dalam BM.

Isnin, 27 Oktober 2008

Jemputan Jamuan Hari Raya MTD Serkam, Perasmian Markas PAS Sempang oleh YB Salahuddin

Adalah dimaklumkan bahawa anda dijemput untuk hadir ke

Jamuan Hari Raya Majlis Tindakan DUN Serkam &
Perasmian Markas PAS Sempang (Balai Islam Baitul Hikmah) oleh YB Salahuddin &
Ceramah oleh Ustaz Kamarudin Sidek dan YB Salahuddin. &
Aqiqah Hamzah & Muaz.



Bertempat:

Balai Islam Baitul Hikmah, (Markas PAS Sempang)
Jalan Haji Jamaat
Kampung Sempang
Merlimau
Melaka

Pada:
28 Ogos 2008 bersamaan 28 Syawal 1409
Bermula Maghrib.
Ceramah Bermula Selepas Isya'

Pakaian:
Pakaian yang dirasa sesuai untuk Jamuan Hari Raya.



Jawapan bocor:

Khamis, 18 September 2008

Saya Tidak Setuju Vigil Digunakan Sebagai Kaedah Solidariti untuk Sheih

Agak terkejut saya apabila Puan Aiman Athirah Al Jundi (Muslimat PAS) mencadangkan supaya diadakan menghebahkan supaya hadir ke "vigil" sebagai solidariti terhadap penangkapan Sheih Kickdefella.

Solidarity Vigil Untuk Kickdefella Esok, 18 September 2008» Pena Perjuangan


Kepada semua aktivis dan reformis Malaysia Baru, esok Khamis, 18 September 2008 ; satu program Solidarity Vigil For Kickdefella akan diadakan pada jam 8.30 malam infront Commercial Crime, KL. DATANG JANGAN TAK DATANG!


Vigil itu upacara keagamaan Kristian, Umat Islam mana boleh lakukan acara keagamaan Kristian.


Ketika Teresa Kok dulu ditahan, memanglah orang kristian akan adakan upacara vigil kerana Teresa adalah Kristian, dan ianya dianjurkan oleh golongan kristian (atau golongan yang tidak berpegang teguh pada agama).

Saya tidak boleh melarang orang kristian untuk melakukan vigil sebagai solidariti untuk Teresa, akan tetapi penganjur mestilah kemukakan cara alternatif supaya umat Islam juga boleh membantah penahanan ISA itu.

Kalau penganjur tidak kemukakan alternatif, maka PAS guna cara sendiri.

Bagaimana PAS menjadi mahu menjadi dominan kalau perkara sebegini tiada langkah yang dicadangkan oleh pemimpin PAS.

Kalau ketika Pemimpin PAS anjurkan solat Hajat untuk bukakan hati Teresa sambil doakan pembebasannya, 1 Malaysia akan lakukan.

Akan tetapi apa yang berlaku dulu, ketika blogawan PAS tersohor Bang Bakaq ditangkap, Solidariti dianjurkan oleh Amin Iskandar, bukan pemimpin PAS. Itupun orang PAS yang datang hanya beberapa kerat. ketika malamnya pula Bang Bakaq dihentam oleh Nasharudin.


DAP pun satu, gunakan kaedah Vigil untuk bantah tahanan ISA, bukan salah mereka, mereka bukan tahu umat Islam tidak boleh vigil, maka kitalah yang terangkan kepada mereka.



Jadi kalau dulu Amin Iskandar Mengetuai Solidariti Penarik Beca, kali ini biar Amin Iskandar yang tentukan kaedah solidariti.


Amin Iskandar, You Lead.

------
Kemaskini 12 thari:


Jam 8:44 pagi :
Puan Aiman Athirah memaklumkan bahawa dia menerima SMS dari Amin Iskandar tentang vigil itu.

Jam 10:30 pagi:
Amin Iskandar membuat catatan blog Solariditi Sheih, sambil menggalakkan supaya membaca lilin, tetapi tidak menyebut "vigil".



Saya tidak mahu melibatkan diri soal Vigil ini, dan kecewa dengan Amin Iskandar

Rabu, 17 September 2008

Bahasa dan Ekonomi

Rausyanfikir menulis panjang di catatan blognya bertajuk Ekonomi dunia sedang nazak.

Namun, mempersoalkan betapa kurangnya perbincangan ekonomi dalam Bahasa Melayu, dan merugikan Melayu sendiri.

Saya agak tertekan dalam memikirkan hal ini. Pertama, isu ini kompleks dan teknikal. Kelemahan dan kurangnya wacana ekonomi yang mantap dalam Bahasa Melayu telah membantutkan kapasiti saya untuk menulis satu kupasan kemas dan yang mudah difahami berkenaan isu ini. Kesan daripada ini jikalau kita lihat adalah betapa sebenarnya orang Melayu merupakan antara bangsa yang rugi dalam memahami selok belok ekonomi dunia kerana para intelektual ekonomi negara kita tidak mampu membicarakan masalah tersebut dalam bahasa kebangsaan mereka sendiri.
 Juga turut meminta PAS lebih proaktif dalam persoalan ekonomi terutama sekali dalam membangkitkan Dinar Emas.

Saya harap PAS dapat menumpukan semula kepada program dinar emas yang telah mereka jayakan dengan lebih mantap.

Bagi pembaca yang baru sehari dua membaca blog ini, anda mesti baca 2 catatan saya ini:-


Pengeluaran KWSP untuk Membeli Emas

Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing




Kemaskini:
Ada lagi satu catatan Rausyanfikir yang perlu dibaca oleh pengunjung

Runtuhnya sebuah Dinasti Kapitalisme

PAS Berpecah? Erdogan? Kabilah Terengganu? Tidak Dominan?

Satu berita di Malaysiakini pasti akan membuatkan ramai orang risau kononnya PAS akan retak..

Bagi saya itu bukanlah keretakan, akan tetapi perbezaan pendapat sahaja. Akan tetapi tidak perlulah meletakkan label pasukan terhadap pihak yang berlainan pendapat. Tidak perlulah diburukkan individu yang berlainan pendapat itu.

Saya tahu ramai orang PAS yang risau apa terjadi kalau Islam tidak dominan apabila Pakatan Rakyat memerintah?
Kedominan itu sebenarnya bergantung kepada pemimpin PAS sendiri, bukan orang bawahan.

Kalau tidak suka Pakatan Rakyat, Kenapa tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat?

Yang tandatangani penubuhan Pakatan Rakyat itu golongan yang digelarkan Erdogankah?

Ramai orang tidak suka akan orang-orang yang digelarkan "Kabilah Terengganu" kerana berurusan dengan UMNO secara senyap. Bang Bakaq kata "main main telefon".

Bagi saya, sebenarnya tidak salah untuk berbincang dengan UMNO, akan tetapi mesti bijak berpolitik.

Maafkan saya, saya terpaksa umumkan bahawa ramai pemimpin PAS tidak bijak berpolitik. Ada juga yang bijak.

Bagi saya, secara peribadi, perbincangan dengan UMNO itu terlalu awal.

Jika benar takutkan PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat, usahakan sahaja supaya dominan. Adakan kursus-kursus pendek sains politik untuk pemimpin PAS yang berurusan dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. Adakan kursus berkaitan dengan media, agar PAS tidak ketinggalan dalam media yang semi terbuka.

Akan tetapi apabila disisihkan dengan Pakatan Rakyat, maka memanglah PAS tidak dominan dalam Pakatan Rakyat.

Siapa ya, yang berurusan soal kerusi Parlimen sehingga PAS bertanding terlalu sedikit kerusi Parlimen?


Sejak dari dulu saya sering mempersoalkan kenapa di media yang agak terbuka seperti http://malaysiakini.com/bm/ PAS ketinggalan?

Kalau begitu caranya, dengan siapa pun PAS berkawan, akan sering tidak dominan.

PAS adalah 1/3 daripada Pakatan Rakyat, sepatutnya 1/3 agenda Pakatan Rakyat itu agenda PAS.

Saya tidak mahu begitu menyalahkan pihak yang membuatkan PAS tidak dominan sehingga mahu lari ke pasukan yang lagi satu, akan tetapi sepatutnya ianya hanya boleh menjadi langkah rizab sahaja.

Sebagai contoh, apabila Pakatan Rakyat memerintah dan PAS didalamnya, apabila cubaan untuk dominan gagal, barulah tarik tali untuk keluar, bukannya cuba keluar walaupun belum memerintah.

Siapa suruh Malaysia mesti guna guna sistem 2 parti ala Amerika?

Kalau benar PAS mahu keluar pakatan apabila Pakatan Memerintah, maka secara automatiknya tiada siapa yangada majoriti, pilihanraya semula, apa susah.

Mengapa begitu gusar PAS tidak dominan kalau ada senjata untuk keluar Pakatan?

Ahad, 14 September 2008

PAS Melaka, Mari kita hafal nombor 1.10236

Dulu masa pilihanraya, PAS Melaka, DAP Melaka, sama2 sebut 1.05 bilion.
Iaitu hutang kerajaan Negeri Melaka.

Kini telah meningkat menjadi 1.1 bilion pada 2007, bukan saya kata, tapi laporan audit yang kata.

Mari kita hafal nombor baru untuk kempen pilihanraya akan datang.


Hutang Kerajaan Negeri Melaka pada 2007
RM 1.10236 bilion

mari hafal....

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

RM 1.10236 bilion

Baru lah seronok sedikit berkempen, bila nombor panjang, panjang, nampak ianya bukan rekaan.
Dulu ada orang tersilap sebut 1.05 bilion menjadi 1.5 bilion.


Dulu Malaysiatoday Disekat, Kini Tok Guru Nik Aziz Disekat

Dulu ketika Malaysiatoday disekat, bukan main blogawan memberitahu bagaimana mengakses Malaysiatoday, atas nama kebebasan bersuara.

Namun kini, Tok Guru Nik Aziz pula disekat, kenyataannya diarah untk tidak disiarkan.

Berbanding ketika Malaysiatoday "disekat" OpenDNS adalah penyelamat.
Kini Kenyataan Tok guru Nik Aziz itu diselamatkan oleh GoogleReader dan Beras Terpilih.

Siapa yang langgan RSS Wan Nordin di google reader dapatlah membacanya, siapa yang langgan RSS Beras Terpilih, dapatlah membacanya. Siapa yang langgan RSS Beras Terpilih melalui emel, akan dapat kenyataan itu dipetimel masing masing.

Oleh kerana Tok Guru Nik Aziz bukanlah seorang blogawan, maka kenyataannya itu disiarkan di "Pendapat Bukan Blogger".


1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.





NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Bertarikh : 11 Ramadhan 1429
11 September 2008. 

Ahad, 17 Februari 2008

Buluh di Kampung Sempang

Hari ini saya tebang buluh :-



Dapat 31 batang sahaja.

Google+ Hasbullah Pit