Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pembuktian konsep

Kotak Rokok akan TERBAKAR

Kotak rokok akan terbakar apabila ia dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (Microwave oven). Ianya akan menyala tidak sampai 10 saat setelah ia di'panas'kan. Oleh itu anda tidak digalakkan untuk memcubanya di dapur masing-masing. Kenapa saya memanaskan kotak rokok di ketuhar gelombang mikro? Asalnya saya cuba mencari penyelesaian bagi rokok yang telah masuk angin, manalah tau kalau kita "nge"kan dia di ketuhar gelombang mikro, rasa "masuk angin"nya akan hilang. Rupanya ia terbakar pula. Bila hanya rokok tanpa kotak dipanaskan di ketuhar itu, kesan "masuk angin" tetap ada. Pembuktian konsep bagi menghilangkan rasa masuk angin pada rokok gagal. Namun dapat membuktikan kotak rokok boleh terbakar dalam ketuhar gelombang mikro. p/s: adakah rokok akan masuk angin di ISS?

Bulan BerBlog dalam BM

Mungkin keluhan aku pada mypenguin suatu ketika dahulu tentang kekurangan teknikal Bahasa Melayu pada Web 2.0 mula dirasai oleh orang lain. Walaupun penyelesaian asal yang dicadangkan adalah supaya mengadakan satu blog khas, supaya sesiapa yang biasanya berblog dalam Bahasa Inggeris boleh membuat kiriman blog dalam BM di blog mypenguin. Ianya langsung tak berjaya kerana ia terlalu artificial . Orang yang tidak pernah berblog sebelum ini ditugaskan untuk menjaganya. Akan tetapi, walaupun ia tak berjaya, namun mungkin mesej kekurangan kandungan itu kedengaran ditempat lain, atau mungkin kekurangan itu turut dirasai oleh orang lain. Pada blog niknazmi.com, ada menceritakan tentang kempen " Bulan Berblog dalam Bahasa Melayu " , satu azam yang dibuat oleh Nicholas Pang sempena Bulan Kemerdekaan. Ia amat bersesuaian dengan cubaan saya dalam pembuktian konsep "Bahasa Melayu bukan penghalang integrasi kaum pada Web 2.0". Sebenarnya, itulah yang dirancang oleh Tun Raza...

Nike Zoom air cool?

Isteri saya baru belikan saya kasut baru, sempena Kasut Buatan Gombak yang entah kemana. Kasut Jenama Nike, Kalau menurut Buku Chasing Cool , Nike adalah "iPod of the Industry" dalam sektor perniagaan kasut. Tapi bila saya tengok kotak kasut itu, Tidaklah seberapa, serupa kotak kasut Bata sahaja. Saya masih ingat lagi kotak kasut "Alain Delon" saya dulu, Kotaknya cantik, kawan sepejabat saya ambil kotak itu untuk simpan barang dia, kerana "Dia Cantik". Saya tak nampak sangat ke'cool'an Nike berbanding dengan jenama kasut lain, mungkin kerana kita berada di Malaysia, iklan tak seberapa. Walaubagaimanapun, Nike dianggap cool mungkin di Amerika Syarikat sahaja, mungkin atas sebab itu Steve Job memilih Nike untuk digandingkan dengan iPod Nano. (Nano disini merujuk kepada iPod Nano, bukannya Nano Editor) . Bila kita lari, bunyi ditelinga akan dimainkan dengan rentak larian kita, kemudian disimpan di iPod, kemudian ada persian di OSX atau Windows yang ...

Cetakan WiFi jadi realiti

Gambar hanya menunjukkan "Orang kampung" yang sedang melihat sebuah mesin fotostat. Ala, Kedai runcit depan rumah aku pun dah lama ada mesin fotostat. Tak Hairan pun Ceritanya, aku baru dapat mesin fotostat, walaupun agak lewat, berbanding dengan kedai lain yang sudah lama ada mesin fotostat. Tapi tak mengapa, apa nak dihairankan , berlambak-lambak stesyen minyak yang dah ada mesin fotostat. Mesin Fotostat itu 2nd Hand , tapi dia ada "duplex" , ada "printer board", sambung terus pada Belkin N1 Router menggunakan ethernet, maka automatik ia jadi "Pencetak WiFi". Sebagai Pencetak WiFi Walaupun mesin fotostat itu tak menyokong WiFi, tak mengapa, asalkan pengguna WiFi boleh cetak di situ. Oleh itu, Stesyen Minyak PETRONAS Merlimau boleh menjadi "Stesyen Minyak pertama di dunia yang menyediakan perkhidmatan cetakan WiFi sehingga saiz A3". Ada beberapa perkara lagi perlu dibuat, Perlu buat tatacara, bagaimana pengguna WiFi boleh cetak, apa d...

Tamatkan Astro, beli AppleTV atau perekod DVD

Harga bayaran bill Astroastro akan naik. Kalau duit astro itu dikumpul tak sampai 2 tahun sudah boleh beli perekod dvd. Siapa yang akan dapat lebih kandungan? Seseorang yang tidak melanggan Astro tetapi merekod sebanyak mungkin kandungan TV tak berbayare menggunakan komputer atau AppleTV atau perekod DVD. berbanding Pelanggan Astro biasa tanpa rekod berbanding dengan Pelanggan Astromax Sudah tentu kalau digabungkan semuanya, orang itu akan dapat banyak kandungan. Bayangkan, dengan TV tak berbayar biasa, saya rasa kita boleh mendapat lebih kandungan dalam jangka masa panjang berbanding dengan Astro. Bayangkan dengan perekod DVD, digabungkan dengan komputer, kita boleh arkibkan rancangan TV yang ada daripada TV 1, TV2,TV3, ntv7,8tv, tv9. kemudian tukarkan video itu ke format yang boleh ditonton oleh SE k800i. Apabila Astro menaikkan harga, pengguna sepatut menyatakan mesej kepada astro. samada dengan:- 1. Tamatkan astro (boleh langgan semula jika perlu) 2. Kurangkan langganan 3. lambat b...

SE k800i + hpm70 + AEGO-M

Persoalan: Bolehkan anda menggunakan telefon tangan untuk menangkap gambar sambil bercakap menggunakan telefon yang sama? Jawapan: boleh Sebenarnya, gambar diatas ditangkap menggunakan kamera telefon Sony Ericsson k800i , dimana telefon yang sama digunakan untuk berhubungan dengan orang lain. Caranya:- Guna HPM-70, sambung kepada pembesar suara AEGO-M (ya, AEGO-M keluaran acoustic Energy ), secara opsyenal boleh lekapkan pembesar suara satelit ke telinga ala telefon zaman dulu kala. guna HPM-70 untuk bercakap. Tetika bercakap telefon, kamera tidak automatik diguna ketika penutup lensa dibuka. Anda perlu tekan butang tertentu dan pilih kamera.