Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel TV3

TV3 tuduh guru di Gazza memupuk "Nasionalisme"

Sudah 2 hari saya perhatikan bahawa TV3 mengatakanbahawa guru di Gazza memupuk semangat nasionalisme dikalangan Pelajar di Gazza. Saya tidak percaya. Setiap temuramah dengan guru di Gazza itu tidak sebutir pun perkataan "Nasionalisme" terbit dari mulut mereka. Mengapa TV3 memandai-mandai menuduh mereka memupuk nasionalisme? Para pelajar memang diajar untuk menentang Israel, tetapi saya tidak rasa ianya perlu ditentang atas sebab nasionalisme.

Syabas Selvam Wartawan TV3

Saya ingin mengucapkan Syabas kepada saudara Selvam, (nama penuh tidak perasan),Wartawan TV3,  kerana telah menggunakan Bahasa Melayu sebutan baku yng cukup indah didengar  ketika di Buletin Utama. Catatan lama saya: Bahasa Melayu dan Islam Diangkat Martabatnya oleh Bukan Entik Melayu

'Melampau' juga dijadikan istilah Subversif

Ketika saya menonton Buletin Utama jam 8 lebih tadi, Saya kedengaran perkataan 'Terlampau' dikaitkan dengan keganasan. Mereka cuba mengatakan bahawa Nurin Jazlin telah dikenakan Keganasan yang 'Terlampau'. Dari mana datang istilah 'Terlampau' untuk mengambarkan ' Melampau ' ? Suatu ketika dulu, bila isu (aksi lucah) peramugari yang Melampau , Ramai muda-mudi yang tersalah istilah dengan menggunakan 'Terlampau' dan bukannya ' Melampau ', Termasuklah orang di Media. Maka kesalahan istilah itu terbawa-bawa sehingga kini, dan ada juga yang menganggap itulah istilah yang betul bagi menggambarkan ' Melampau '. Jadi, sampai bila ia terus salah, atau apabila semua orang sudah salah, ia akan dianggap betul? Kebiasaannya, selepas Buletin Utama, staf TV3 yang terlibat dengan Buletin Utama akan adakan 'Pos Mortem', saya tidak pasti samada kesalahan istilah ini dibincangkan atau tidak. Jadi saya harap, kesalahan ini tidak berulang l...