Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Israel

HAMAS, 27 tahun kemudian, lebih kental.

Hamas adalan penambahan yang paling bermakna dalam perjuangan Palestin dalam tiga dekad yang lalu,dan tepat pada 14 disember 1987, kelompok warga palestin yang komited, kebanyakan mereka dibunuh dengan kejap pada tahun-tahun berikutnya oleh Tentera Penjajah Israel, berhimpun di Gaza dan memutuskan ianya saat penting untuk memulakan gerakan untuk menbetulkan halatuju perjuangan. Sheikh Ahmed Yassin, Dr. Abedelaziz Al-Rantisi, Dr. Ibrahim Al-Maqadmah, Eng. Ismail Abu Shanab dan ramai lagi adalah contoh kepimpinan HAMAS yang mengorbankan segala apa yang ada kearah Palestin yang bebas dan untuk menamatkan penekanan dan ketidakadilan yang dikenakan ke atas warga Palestin oleh Penjajah Zionis Asing atau proksi mereka dalam Pihak Berkuasa Palestin (P.A) HAMAS adalah aset tidak ternilai bagi perjuangan sosial, ekonomi, dan bersenjata Palestin untuk kebebasan dan hak asasi manusia. Sejak dahulu, Ulangtahun penubuhan hamad disambut oleh puluh ribuan orang pada awal 90an dan kini ratus ...

Mari Boikot intel , AMDcepatpanasisme sesat?

Sekarang musim boikot McD , ok saya faham, ianya simbolik terhadap serangan israel terhadap Gaza. Kesan terhadap israel dari sudut ekonomi memang sedikit, tapi boikot juga sebab simbolik. Yang untung ialah peniaga burger tepi jalan. Dapat jualan tinggi sedikit. Bantu peniaga kecil sebelum melonjak jadi peniaga besar. Yang sering dilupakan ialah boikot intel. intel sudah meresap jauh ke hampir semua komputer di Malaysia. Biasanya yang mahir komputer sahaja yang berani memilih untuk menolak intel. Pak Ali, Mak Minah, kalau ke kedai komputer biasanya akan dicadangkan untuk beli intel daripada pekedai. Kalau dia rujuk "pakar IT" berdekatan, pun kebanyakannya akan suruh intel. Tapi kalau rujuk pemberontak IT seperti saya dan kawan-kawan lain, mungkin ada yang cadangkan AMD. Untuk komputer peribadi , dalam 10tahun kebelakangan, sudah beli 4 biji AMD Athlon XP AthlonII X2  A4 A6 Intel pun ada terbeli juga, tapi kebanyakkannya 2nd . Adakalanya memang kita tia...