Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Khairul Faizi

Tutorial Blogger: Menyediakan Album bagi Gambar yang Pernah Tersiar di Blog Anda

Orang Negara maju mencari penyelesaian menggunakan teknologi yang ada atau mencipta teknologi baru. Orang negara belum maju, guna teknologi, kemudian baru fikir apa teknogi itu boleh buat. Saya melihat ramai orang suka menggunakan Laman Web Sosial yang mana salah satu ciri-ciri yang disukai ialah ianya menyediakan album gambar, Maka gambar mudah disimpan, dan dicari ketika perlu. Contoh di facebook: contoh di Multiply. Penulis blog juga ada meletakkan "gambar" di blognya, namun butang khas disediakan supaya dengan satu klik sahaja boleh dapat melihat gambar yang ada. Jadi apa penyelesaiannya? Saya sediakan ruangan khas untuk album gambar di blog. Daripada mana datangnya gambar itu? Sebenarnya google menyimpan gambar untuk sesuatu blog di Picassa Web , Apa yang anda perlu lakukan supaya ada album gambar khas yang mengandungi gambar yang pernah tersiar di blog ialah mendaftar Picassa Web menggunakan akaun yang sama dengan blog anda. Sekiranya anda ada 4 ...

Polis British Tangkap Khairul Faizi, Tengkorak reput Henry Gurney bergembira?

Diberitakan bahawa Khairul Faizi telah ditangkap ketika mengedar risalah anti PPSMI . Kejadian berlaku hanya beberapa jam selepas Khairul Faizi membalas ulasan saya di blog beliau . Polis yang menangkap Faizi bolehlah digelarkan sebagai Polis British, kerana menjaga kepentingan British, supaya Bahasa Inggeris tetap penjadi pujaan di British Malaya. Di Buletin Utama pula diceritakan cerita indah tentang Henry Gurney, Pesuruh Jaya British. Pembunuhannya oleh Komunis dikatakan " kerana inilah orang tanah melayu bangun menentang komunis ". Tengkorak reput Henry Gurney di perkuburan Cheras pasti bergembira, masih ada pihak yang memujinya. Masih ada polis ternakannya yang jaga kepentingan British, menangkap Khairul Faizi. Nasib baik Henry Gurney mati di sini, kalau dia mati di Palestin semasa serahkan tanah umat Islam kepada Israel, pasti dia akan dikeji. Kuburnya di Malaya ditulis In proud and loving memory of Henry Lovell Goldsworthy Gurney K.C.M.G. High Commiss...

Serangan Politik mesti tepat , tidak semestinya keras.

Daripada Pengamatan saya melihat tindak tanduk politik saudara Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor, saya melihatkan bahawa kaedah serangan yang digunakan adalah mesti tepat dan tidak semestinya dalam bentuk yang keras. Ulang suara Serangan Politik harus tepat, mengena sasaran, tidak semestinya keras, lembut pun boleh.

Khairul Faizi, Inul Merinduimu

Menurut Al Brangi, Inul akan mengadakan konsertnya pada masa terdeka t. Beberapa bulan yang lalu, Khairul Faizi 2 kali membantah ke konsert Inul, pertama di Johor dan kemudian di Kuala Lumpur . Kali ini Inul agak terlepas, walaupun Pemuda PAS telah membantah, namun tanpa Khairul Faizi, ia agak kurang berkesan? Pandai juga Inul memilih waktu untuk membuat konsert, iaitu ketika Khairul Faizi sambung belajar.

Isu Gambar Anwar yang Menyerupai Patung

Hari ini saya agak terkejut dengan kenyataan-kenyataan tentang isu ini oleh pemimpin PAS, dimana ia tidak seperti yang diharapkan. Akibat daripada ulasan oleh Ali Rustam, jawapan adalah seolah-olah mahu menjawap Ali Rustam, dan bukannya menjawap tohmahan DUN Batu Caves terhadap blogawan PAS yang cuba menasihati PKR Batu Caves. Kisah "Berhala" ini sudah beberapa hari timbul di dalam dunia blog sebelum ia tersiar di Malaysiakini dan Akhbar tempatan. Ianya bermula di blog Skuad DUN Batu Cave. Mereka yang awal meyiarkan catatan blog menunjukkan gambar poster anwar yang dipotong dan didirikan seperti patung . poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini. M...

Tutorial MyBloglog Untuk Nadzarul dan Khairul Faizi

Sejak akhir ini ramai pengunjung yang melawati laman blog yang mempunyai akaun Mybloglog. Mybloglog sebenarnya satu alat yang boleh memberitahu pemilik blog akan seseorang telah datang melawatinya, dan mudahlah pemilik blog membuat kunjungan balas. Oleh itu, jangan lupa untuk meletakkan laman blog anda di profil myblog log. Caranya: Tutorial Menambah laman web pada Mybloglog Klik "Add a website" dan berbukalah borang untuk diisi. Siap. Maka barulah, pemilik blog yang Assirkami lawati akan membuat kunjungan balas. Terutama sekali yang tertarik dengan kekacakan saudara. Jangan lupa letak wiget mybloglog supaya saudara sendiri boleh lawati blog pengunjung saudara. Tutorial Menukar URL Mybloglog jika Blog Berpindah Selesai bab Assirkami, masuk bab Khairul Faizi. Khairul Faizi telah berpindah blog, namun mybloglognya masih memaparkan URL lama. oleh itu, berikut adalah Tutorial bagaimana memindahkan laman yang dinyatakan di mybloglog ke laman baru. Andaikata blog lama hendak dibia...

Tips Blogger: Gunakan feedburner untuk Memudahkan Perpindahan blog.

Malam ini Saudara Khairul Faizi dikatakan akan memindahkan blognya ke alamat blog baru . Alamat baru yang sepatutnya ialah http://minda-kembara.com Jam sudah melepasi 12 malam tapi masih belum timbul blog barunya. Walaubagaimanapun, blog barunya boleh dilihat sementara di http://minda-kembara.com/v2008/ Tiada siapa yang bocorkan alamat sementara kerana robot technorati yang bocorkan . Pelanggan RSSnya sepatutnya tidak perlu berbuat apa-apa kalau Khairul Faizi atau juruteranya melencongkan suapan RSSnya kepada sumber suapan yang baru . Tutorial Bagaimana menukar sumber suapan RSS pada Feedburner untuk perpindahan blog. 1. logmasuk feedburner, klik pada nama suapan itu. 2. Edit subscription detail. buat sebegini 3. "Save Feed Details" Tutorial: Memaparkan Kandungan Blog baru di blog lama Alamat blog yang lama jangan dipersiakan kerana ia boleh dijadikan pintu masuk kepada blog baru. Feedburner mempunyai kebolehan memaparkan kandungan rss di sesuatu blog. 1. Logmasuk Feedburne...

Fitnah Tidak Memenuhi Spesifikasi

Saya memang kerap membaca blog Saudara Khairul Faizi , sering membanca kenyataan-kenyataannya termasuk kenyataan rasmi yang mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ). Setiap dokumen untuk bacaan awam mesti mempunyai Nombor rujukan. contoh No Rujukan : PAS/DPP.n/n.n(n/n) Entah bagaimana, Terdapat satu fitnah yang kononnya DPPNJ mengeluarkan kenyataan . Sekali pandang pun sudah tahu, TIADA NO RUJUKAN !

Pengakuan Liwat: Konspirasi Menjatuhkan Khairul Faizi?

Sejak adanya pengakuan yang dibuat oleh Saiful Bukhari kononnya dia diliwat oleh Anwar Ibrahim, maka banyaklah gambar dipaparkan menunjukkan siapa sebenarnya Saiful Bukhari. Ada gambar di Pejabat Timbalan Perdana Menteri Ada gambar bersama Mustafa Muhammad Ada gambar bersama Shahrir Samad . Yang paling terkini adalah gambar bersama Khairul Faizi : Hehehe. Anggaplah ia sebagai gurauan politik murahan. Jangan Marah ya Khairul Faizi.

Khairul Faizi 1 - BERNAMA 0

BERNAMA akhirnya memohon maaf atas kesilapannya ketika menyiarkan artikel mengenai "Alif", Khairul Faizi, secepat kilat menerima permohonan maaf itu . Kalau saya jadi Khairul Faizi, saya akan tambah ayat " Diharap BERNAMA akan PAS Johor akan lebih bekerjasama pada masa hadapan ". hehe Berikut adalah kronologi Alif, Karpal Singh, dan Khairul Faizi. 1, Saya telah melihat dengan mata sendiri shoutbox yang menulis tentang "Darah Karpal Singh halal dibunuh". Ketika itu saya sering melawati laman web PAS johor bahru kerana ingin membuat rss menggunakan Yahoo!Pipes. (disebabkan oleh ketiadaan rss di laman itu) 2. DAP Johor ternampak tulisan itu, sehingga Karpal Singh membuat laporan Polis. 3. Dr Mahfuz, Pesuruhjaya PAS johor mengeluarkan kenyataan memohon maaf . 4. Terdapat berita yang mengatakan Khairul Faizi yang membawa "Alif" Ke bala polis. 5. Penarik Beca hentam . (sekira ia benar) 6. Khairul Faizi mengeluarkan penafian yang dirinya terlibat . 7. K...

Khairul Faizi dan Budaya Berblog PAS, Lanjutan Kes Namanya Diperguna

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS NEGERI Johor, menyiarkan emelnya ke Malaysiakini dan Malaysiakini memberitahu ianya adalah sumber berita daripada BERNAMA . Di Catatan blognya juga tersiar akan satu berita , yang menceritakan tentang dirinya mencari daripada mana datangnya punca namanya tersiar. Khairul Faizi menambah, beliau "amat terkejut" apabila dikaitkan dengan isu kontroversi tersebut seperti diberitakan. Dhubungi hari ini, Khairul Faizi berkata, Pemuda PAS negeri termasuk beliau tidak terlibat dalam laporan polis berhubung kes berkaitan. Ditanya pihak yang terlibat, beliau berkata "tidak tahu". "Saya ada bertanya PAS negeri, tetapi PAS negeri juga tidak tahu-menahu tentang soal ini," katanya."Kemungkinan PAS (kawasan) Johor Bharu, kerana berita itu dimuatkan di laman web PAS kawasan tersebut. Bagaimana Laman PAS Johor Bahru boleh memuatkan berita tentang Ketua Pemuda Negeri tanpa usul periksa? Budaya salin tepek? Kini bukan persoalan Karpal Si...

Khairul Faizi Nafi Dakwaan Dia Mengheret Pelajar Serah Diri

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS Johor menafikan dia mengiringi Pelajar Kolej untuk diserahkan ke Balai Polis, Akibat dakwaan "menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor." Menurutnya, dia dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kluang tetika itu. Kenyataan beliau di blognya " Minda Kembara Perjuangan " Salam hormat, Saya telah membaca berita bertajuk " Ugut Karpal : Pelajar Kolej Serah Diri" dalam halaman web Malaysiakini pada 28 April 2008 pukul 11.30 malam setelah dihubungi oleh rakan saya yang memaklumkan berita mengenai saya telah disiarkan. Saya amat terkejut apabila dalam berita ini telah memaparkan bahawa saya bersama empat pemuda PAS Johor telah mengiringi eorang pelajar kolej berumur 19 tahun hari ini menyerah diri kepada polis berhubung dakwaan menghasut bagi pembunuhan pengerusi DAP Karpal Singh dalam lamanweb PAS Johor pada pukul 1 tengahari. Untuk penjelasan, pada pukul 1 tengahari 28 April 2008, saya dalam per...