Kenapa aku terpanggil untuk menulis tentang topik ini? Aku pun tak tahu. Seringkali kedengaran di berita "crude", harga minyak dunia, NYMEX, selalu naik kerana faktor nigeria. Beberapa bulan sekali, ada sahaja fasiliti minyak di Nigeria diserang "Pengganas". Lihatlah kronologi ini, Ada sahaja serangan dilakukan, dan ketika itu, serangan itu dijadikan alasan harga minyak dunia naik. Pengguna di Malaysia hanya tau faktor "Pak Lah" sahaja. Selalunya harga minyak naik, atas sebab Nigeria, selain itu, ia naik/turun atas sebab inventori minyak yang ada di Amerika Syarikat. Jika berlaku peperangan, maka ia akan naik, bila hampir musim sejuk, ia akan naik. Bila selepas mesyuarat OPEC, dia akan naik/turun bergantung pada hasil mesyuarat samada nak tingkatkan pengeluaran atau tidak. ATAU mungkin semua di atas adalah konspirasi ? Hampir semua faktor di atas, adalah disebabkan oleh manusia. Kita berbalik kepada Nigeria, Kenapa sesuatu serangan yang dilakukan oleh be...
Ayhd Yang Hendak Dibaca