Kalau anda menonton "Hujah" tv9 tadi, hanya Khairy dan Mukhriz sahaja ditanya tentang PPSMI. Mukhriz, sudah sedia maklum pro kepada PPSMI, bapa borek, anak pun borek. Apabila khairy kata PPSMI hanya perlu dilaksanakan peringkat menengah, mukhriz hanya lebih kurang dengan mengatakan ianya mungkin boleh diperbaiki. Mana pandangan Dr Khir Toyo tentang PPSMI? Adakah dengan sengaja dia tidak ditanya tentang PPSMI kerana Agus sudah tahu pandangan Dr Khir tentang PPSMI? Agaknya Pemuda UMNO yang akan memilih ketuanya di sebelah mana ? Anti PPSMI , atau perbaiki PPSMI ? Berikut adalah Pandangan Dr Khir Toyo tentang PPSMI . (diceritakan di Harakah dan laman PKPIM ) --- mula --- Kembalikan Matematik dan Sains Kepada Bahasa Melayu 1. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diperkenalkan pada Januari 2003 bertujuan melahirkan kumpulan pelajar yang berkebolehan menulis, memahami dan berfikir dalam bahasa Inggeris dalam kedua-dua sub...
Ayhd Yang Hendak Dibaca