Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kincir Angin

Ladang Kincir Di Kelantan?

Baru baru ini sibuk diperkatakan oleh timbalan menteri tertentu (lupa nama) tentang perlunya penggunaan Nuklear untuk menjana tenaga, disebabkan oleh "kenaikan" harga bahanapi. Akan tetapi, rasanya sudah berbuih saya perkatakan, gunakan Ladang Kincir !!! Malah saya juga pernah persoalkan kenapa naikkan tarif kalau belum cuba Kincir Angin ? Kalau tarif naik kerana harga angin naik , lainlah cerita. Namun ia mungkin jadi realiti di Kelantan..... Selain kuasa matahari, kerajaan Kelantan juga sedang merancang menggunakan kincir angin sebagai alternatif kedua untuk mendapatkan tenaga elektrik. Kerajaan juga sedang merancang untuk membina bandar yang akan menggunakan kuasa matahari dan kuasa kincir angin sepenuhnya dan bandar ini juga akan menjadi salah satu dari tarikan pelancong. baca: Husam: Kuasa matahari, kincir angin hadapi krisis minyak Di Negara Jerman 20% sumber tenaga elektrik dijana oleh angin. Ada sesiapa nak kata jangan politikkan angin?

Membantah Kenaikan Tarif Elektrik Kalau Belum Cuba Ladang Kincir

Dengan Ini saya membantah sebarang kenaikan tarif elektrik, kerana keuntungan TNB dan IPP adalah cukup banyak. catatan saya yang terdahulu. Keuntungan TNB suku pertama adalah 1.64 bilion Secara kasar, TNB untung 6 bilion setahun. Kerajaan sepatutnya menggalakkan TNB dan IPP untuk mengadakan sumber tenaga elektrik menggunakan ladang kincir , sebagai ganti subsidi terhadap TNB dan IPP yang dikurangkan, bukannya dengan menaikkan tariff elektrik. Saya hanya merelakan kerajaan untuk membenarkan TNB menaikkan tariff Elektrik sekiranya Tarif Elektrik Terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik

Google ketagih tenaga / Politik di Malaysia

Beberapa minggu lalu, cerita hangat di kalangan warga geek tempatan ialah tentang usaha kerajaan Malaysia untuk menarik google sebagai pelabur asing. Memang sejak dahulu kalau boleh pusat data google diletakkan di Merlimau, dan bolehlah orang kampung bekerja di google. Sememangnye Merlimau atau kawasan nelayan lain adalah sesuai untuk google bertapak. Mengapa? Sifat google dari dulu, sering bercakap tentang tenaga, dia mahu tenaga bersih, dia mahu sistem elektrik 12v. (berbanding 240v atau 110v), supaya sesuai dengan komputer. Google sebenarnya ketagih tenaga . Google memang memerlukan tenaga yang banyak supaya anda semua dapat mencari "DVD VCD Chua Soi Lek" atau Bakal Ketua Menteri Melaka atau frasa apa pun sekali. Google mahu menjimatkan kos, termasuklah kos buruh. Di Malaysia, terutama sekali di perkampungan nelayan, cukup banyak angin yang hampir sekata, memang cukup baik untuk google membuat ladang kincirnya sendiri di Malaysia untuk kegunaan dia sahaja. Bayangkan Go...

Ladang Kincir (Bukan ladang khinzir)

Malaysia bumi bertuah, Ada minyak untuk dijadikan tenaga Ada sawit untuk dijadikan tenaga Ada Tongkat Ali, Ubijaga untuk dijadikan tenaga. Malaysia bumi bertuah, hampir semua tempat berhampiran dengan pantai, tiada tempat yang pantai terdekatnya terletak lebih daripada 500km. Semua negeri ada pantai (tidak merujuk kepada Hospital). Setiap hari ketika "terang", angin bertiup dari pantai. Akan tetapi, jika ditanya dengan kebanyakan rakyat Malaysia, "Pernahkah anda melihat kincir angin yang digunakan untuk menjana Elektrik" Rasanya ramai yang jawap tidak. Saya pernah melihat kipas yang digantung di rumah di Kampung Sempang, akan tetapi ia hanya hiasan dan bukan untuk menjana elektrik. Kita keluar seketika untuk melihat negara luar, negara yang tak kaya dengan tenaga. merujuk kepada sumber wikipedia bertajukkan Wind Power , hanya 1 peratus tenaga elektrik di dunia ini dijana oleh angin. Akan tetapi, terdapat juga negara yang menggunakan elektrik janaan angin sehingga be...