Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Acai

Hobi subversif untuk Adi Putra

Dalam minggu lepas ramai yang memperkatakan tentang Adi Putra, pelajar yang pandai matematik itu. Banyak pihak mengatakan bahawa dia perlu kesekolah khas, dia ditempatkan di sekolah antarabangsa, kemudian keluar, dengar pula dia cuma mengambil A Level di rumah. Ada pendapat menyuruh dia mengambil UPSR tahun ini . Hampir kesemua pendapat mencadangkan supaya dia cepat habis belajar. Bagi saya, buat apa perlu cepat habis belajar? Tidakkah dia akan hilang banyak pengalaman bersekolah? Sudahkah dia menaiki bas sekolah? Sudahkah dia jadi pengawas sekolah? Pengawas perpustakaan, pengakap? Sudahkah dia mempunyai pengalaman mewakili sekolah dalam sukan atau kuiz? Pernahkah dia dihukum mencabut kemuncup di padang sekolah? Sudah puaskah dia bermain bola sepak, "police sentry", menyorok-nyorok? Sudahkah dia tahu lawak kanak-kanak , cuba sebut laju laju "Bas datang kau naik" "Bas datang kau naik" Pernahkah dia menjadi ketua murid? Sungguh banyak pengalaman yang boleh d...

Penyelesaian tandabuku sosial kandungan tempatan

Sudah lama saya cuba fikirkan akan sesuatu cara dimana dalam dunia web 2.0 ini kita dapat berkongsi maklumat dengan lebih baik. Memang wujudnya banyak tandabuku sosial versi barat yang sering menaikkan kandungan antarabangsa, sehingga satu tahap, kandungan tempatan, terutama sekali yang dalam bahasa melayu tak dapat dikongsikan dengan jayanya. Digg? Apa gunanya digg kalau kandungan BM didiggkan, tetapi seluruh dunia tak kan diggnaikkan kandungan bahasa melayu. (diggnaik= digg up). Apabila saya membuat membuat undian tentang akaun apa yang pelawat blog ini ada, terlalu sedikit yang ada akaun digg, mahupun del.ico.us. Saya telah cuba bentangkan idea perkongsian tandabuku pada kiriman blog saya di bluequil. Akan tetapi, ia tidak mendpaat sambutan. Apa yang saya lihat, banyak pemblog yang tersohor mempunyai "share it", yang menyenaraikan digg, delicious dan lain-lain. Bayangkan kalau hanya 100 orang yang memasuki blog tertentu, 5% yang faham konsep tandabuku sosial, samada jenis ...

Links pada MacOSX

Gambar di bawah adalah cekupan skrin (Screen capture), perisian pelungsur web Links yang dilaksanakan pada Terminal di MacOSX. Perisian Links itu membuka laman blog Acai/Budak Jawe/ Faisal Rahim . Walaupun ia tidak sukar untuk memasang fink pada MacOSX, namun saya masih berbelah bahagi, untuk MacOSX kelihatan lebih UN*X, penyelesaian mana yang lebih baik? MacPorts atau fink? atau ada penyelesaian lain? Kompil guna tangan pun satu penyelesaian juga. Ramai yang kata bila guna Mac, senang nak buat grafik, tapi hakikatnya sukar untuk memasang gimp pada MacOSX. (sebenarnya tak sukar tapi tak sungguh-sungguh). MacOSX tidak disertakan sekali dengan perisian penyunting grafik seperti Linux yang kebiasaannya ada gimp. Windows, sekurang-kurangnya ada MS Paint. Maka, seperti biasa saya akan gunakan gimp, kerana itulah perisian yang bebas untuk membuat grafik di MacOSX? Penyelesaian Adobe? Ya, memang ada, tetapi ianya berbayar, daripada bayar kepada Adobe, baik kasi pada pengunjung laman blog ini...