Ramai di antara kita mahir membaca bahasa Inggeris. Adakalanya disebabkan kemahiran kita itu, kita sendiri tidak perasan bahasa sumber yang kita baca itu dalam bahasa Inggeris. Ianya difahami sebagaimana penutur bahasa Melayu memahami bahasa Melayu. Apabila kita banyak membaca Inggeris, ianya sudah 'biasa' difahami, dan tidak pula terfikir bahawa ada saudara mara kita tidak memahaminya. Untuk kepala otak sendiri, mendapat maklumat dalam bahasa Inggeris itu sudah mencukupi, tetapi ia tidak menjamin ianya disimpan untuk bacaan orang lain. Bahasa adalah medium penyimpanan ilmu. PPSMI tidak menggalakkan ilmu Inggeris ditulis semula dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain. Maklumkan, sudah faham cukuplah. PPSMI menggalakkan supaya menukar bahasa berfikir kepada Inggeris. Kalau boleh sehingga bila-bila pun ianya perlu diInggeriskan. Tetapi kini bahasa Inggeris tidak berkembang sebagaimana ianya berkembang selepas perang dunia ke 2. Terlulu banyak sumber maklumat Ingger...
Ayhd Yang Hendak Dibaca