Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PetroRinggit

Royalti minyak 20% ?

Baru semalam diumumkan royalti minyak bagi negeri-negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan, dimana keseluruhannya lebih kurang 27 billion. Negeri mendapat separuh daripada persekutuan dapat, jadi jika negeri ialah 5%, persekutuan dapat 10 %. Matematik ringkas, 5+2*5 =5+10 =15 Jumlah keseluruhan adalah 15%. Tapi macam mana boleh datang nilai 20% ? Adakah ianya hanya ditulis oleh wartawan harakah, tanpa menyatakan petikan asal Presiden PAS? Sekiranya benar royalti sehingga 20% perlu diadakan, perjanjian royalti perlu dilakukan semula dan persekutuan tidak mendapat apa-apa dalam bentuk royalti? Hanya bergantung pada cukai Syarikat Minyak? Adakah hanya kerana Terengganu tidak mendapat royaltinya, persekutuan dihukum? Negeri yang tiada minyak automatik lebih miskin beberapa bilion berbanding negeri yang ada minyak?

PETRORINGGIT: Siapa Menipu? Anwar?

Ada beranggapan tawaran Anwar Ibrahim tentang royalti minyak 20% itu agak tidak masuk akal. Saya sendiri akan merasakan ianya terlalu tinggi. Disebabkan ia akan memberi manfaat kepada Kelantan dan Trengganu, maka saya amat bersetuju ianya dinaikkan, akan tetapi tidak perlu sehinggga 20%. Tersebut Alkisah seorang bernama JOE FERNANDEZ, telah mengemel Jed Yoong mengenai unsur negatif Anwar Ibrahim , saya tidak mahu sentuh hal lain kecuali royalti minyak. Daripada emel itu: Instead, Anwar is harping on offering 20 per cent of the oil royalty when he knows this is not true. Malaysia only gets 15 per cent oil royalty. So, how can the Federal Government offer 20 per cent to the oil states? Why didn’t he offer the 20 per cent when he was Finance Minister for so many years? Mungkin Anwar itu sendiri tidak faham tentang royalti minyak, saya sendiri pun tidak faham sangat. Ada juga catatan blog menyatakan kekeliruannya secara terbuka . Adakah dakwaan Joe Fernandez bahawa Malaysia hanya mendapat...