Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Merlimau

Mentafsir ayat 'Sila Google sekian' daripada 2 sudut pandang

Sila google "bla bla". Memang selalu kedengaran ayat sebegitu, diungkapkan oleh ramai orang. Boleh ditafsir beberapa kaedah. Dalam sesetengah situasi, apabila  seseorang bertanya sesuati, maka mungkin akan ada jawapan supaya suruh 'google'. Ada beberapa kemungkinan, pertama, mungkin dia tak tahu jawap, dan suruh orang "RTFM" dengan mudahnya menyuruh orang Google. Kemungkinan kedua ialah, seseorang itu adalah peminat Google. Dia pernah 'google' perkataan itu, dan pernah menjumpai banyak maklumat yang releven dengan penyelesaian masalah itu.  Jadi jawapan terbaik untuk membantu seseorang menyelesaikan maslaah atau menjawap persoalan ialah "Sila google perkataan sekian sekian". Jawapan "Sila Google", adalah tidak friendly bagi bukan peminat Google. Mungkin dia orang Facebook. Bagi orang yang bergelumang dengan Google, hari-hari monitor katakunci, maka Hasil carian pun sudah melekat dalam kepala otak. Minggu lepas baw...

Nyahkan Golongan Pro Pembalakan daripada PAS

Isu balak bukan hanya isu PAS. Bila banjir, memang ada nampak melalui Google Map akaun sendiri, berdekatan Kuala Krai, dam berdekatan Temerloh, memang banyak hutang digondolkan. Kelantan... Sempadan Kelantan Pahang... Pahang, tidak jauh dari Temerloh: Belum zum habis menggunakan Google Earth, sudah nampak penggondolan berlaku. Agak pelik juga ada orang PAS yang defensif lebih-lebih, nak menafikan pembalakan bukan punca banjir. Yang Banjir berlumpur di Cameron Highland dulu itu bukan kerana penggondolan kah? Yang kita tolak adalah PEMBALAKAN berlebihan. bukan pembalakan hanya di Kelantan sahaja. Pahang , Sarawak dan lain-lain pun sama. Maksudnya, siapa makan cili, terasalah pedasnya. Hasil kajian Universiti Maryland dengan kerjasama Google, amat mendukacitakan. Dimana Malaysia mempunyai kadar kemusnahan hutan tertinggi diduna. Bukan bermaksud hutan Malaysia paling banyak ditebang, tetapi, berbanding dengan keluasan tanah yang ada, dan tempoh masa,...

Misteri "StreetView Merlimau" Terbongkar

Agak misteri juga macam mana bila search streetview Merlimau, terus boleh jumpa URL Street View DuaLogam Merlimau   yang memaparkan Kedai Emas DuaLogam Merlimau   Rupanya dulu pernah post ke Google Plus tentang URL itu, dan pernah dapat +1 sedikit. Terjumpa 1 URL yang mengatakan Google Search mengambil kira +1 untuk menentukan ranking carian. Jadi memang ianya memberi kesan. Walaubagaimana pun, Google Search rasanya tidak mengambil kira 100% drpd +1 , mungkin pemberatnya kurang. Mungkin sekadar 5% drpd formula ranking. Apa pun, pembaca yang budiman sekalian. Sila +1 semua logo +1 yang anda nampak dalam posting ini. Anda hensem.

Mod Kebajikan Bersama 2 Hamzah

Tadi berlakunya kerja yang tidak popular iaitu membungkus bekalan untuk diagihkan kepada fakir miskin. Projek ini adalah diantara saya sebagai wakil PAS Cawangan Sempang bersama MTD Merlimau. Sempang sebenarnya bukan di dalam DUN Merlimau, tapi sudah jodoh untuk bertemu. Bagi saya program ini agak istimewa kerana ia mengagihkan ke bilangan rumah yang agak banyak. Merlimau 75, Sempang 15, menjadikan keseluruhan 90. Kerja pembukusan dijalankan bersama saudara Hamzah dan Mubin . Ditemani oleh Hamzah lagi satu. Jadi ada 2 Hamzah. Hamzah kecil jadi tukang hulur, Hamzah besar buat kerja akhir pembungkusan. Hasilnya, Dalam setiap plastik ada beras 10kg, kopi, gula dan lain-lain. Berpeluh. Kopiah Hamzah (kecil) adalah sama dengan yang dimiliki Umar. Dibeli ketika keluar sebentar untuk 'beli ubat nyamuk' .

30 Mei 2009 Tarikh Penentuan

30 Mei 2009 adalah Tarikh Penentuan. Tarikh yang menentukan.... .... Siapa punya yang kena potong.

Ceramah YB Khalid Samad & Aminuddin Jalil di As Solihin Merlimau 24 April 2009

Ceramah isu semasa akan diadakan pada 24 april 2009 , Jam 9 malam bertempat di As Solihin Merlimau Melaka . Penceramah: YB Khalid Samad , Ahli Parlimen Shah Alam dan Saudara Aminuddin Jalil, Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin. Anda di Jemput hadir. Lihat peta artistik ke As Solihi n jika anda datang melalui lebuh Raya Utara Selatan atau Lebuh AMJ.

Isu IJN, Perlancongan Kesihatan, Ali Rustam, Merlimau, Malaysiakini

Saya agak sukar untuk mengulas tentang isu IJN kerana saya masih belum mendapat cukup maklumat. Ingin juga saya mendengar hujah pihak yang menyokong pengswastaan IJN itu. Menurut blog Anil Netto, pengswastaan itu adalah sebagai langkah meningkatkan perlancongan kesihatan . Dalam kes ini saya tidak pasti siapa yang memerlukan siapa. Kementerian kewangan perlukan dana Sime Darby untuk buat Hospital Jantung Swasta atau sebaliknya? Saya tidak rasa Sime Darby kemaruk sangat keuntungan sehingga perlu melabur pada hospital yang bakal di swastakan. Sime Darby dikatakan akan membeli 51% daripada IJN, untuk sayap swasta IJN dapat beroperasi secara komersil. Kenapa 51% bukan bawah 50%? itu persoalan dari saya. Mengapa perlu IJN ada sayap swasta, ada sayap bukan komersil? Saya bukan menolak Hospital Jantung Swasta secara total, kerana perlancongan kesihatan adalah satu jenis perlancongan yang sihat. Datang sakit, balik sihat. Jikalau Sime Darby merasakan perniagaan Hospital Jantung menguntungkan m...

Semua Orang di Merlimau dapat Cek Nuffnang?

Hari ini saya berurusan berkaitan dengan Cek Nuffnang yang diterima wawa . Tengahhari saya bertelefon dengan silembiks dan juga ada bercerita tentang cek nuffnang. Kemudian sebelum saya ke Ayer Keroh, jumpa sebentar dengan Assirkami , terus saya tanya, "Dapat cek Nuffnang?" Dia jawap "Dapat" Agakya semua orang di Merlimau dapat cek Nuffnang? SamDaddyCool dapat tak? Ketika di Ayer Keroh untuk mengebankkan cek wawa, saya ternampak satu pejabat peguam yang macam pernah nampak di dunia blog. Tidak pula saya singgah untuk bertanya " Puan Emy, Dapat Cek Nuffnang tak?", kerana dia tidak menggunakan Nuffnang.

Washington Monument letaknya di Merlimau?

Menantu saudaraku dan anak saudaraku bergambar berlatarbelakangkan "Washington Monument" dengan begitu girang. Saya katakan "Washington Monument itu ada klonnya di Merlimau" Dia tanya semula "ye ke? kat mana?" Maka sepupu mereka dan bapa saudara mereka pun membuat perkara yang tidak berfaedah iaitu bergambar di klon Washington Monument yang letakknya di Merlimau, semata-mata untuk membuat catatan blog. Guna pemasa pada kamera telefon.

Hari Raya, Satu Fahaman Politik Pun Nak Bertindih

Ada orang kata, Hari Raya, lupakan perbalahan akibat perbezaan fahaman politik . Namun, lain pula jadinya di Negeri Melaka, dimana puak yang kononnya sefahaman dalam politik. Walaupun sama parti, banner aku mesti di atas banner engkau, maka aku hempap banner engkau. Lihat tanda merah pada imej,:- (klik untuk besarkan) Banner siapakah yang dihempap oleh banner Ali Parlimen Jasin Itu? Mari kita lihat Banner siapa yang dihempap oleh Baner Ucapan Hari Raya Ahmad Hamzah itu? Setelah di selak, rupanya Banner Ucapan Hari Raya Ali Rustam yang kena hempap.  (klik untuk besarkan) Kasihan Sungguh Ali Rustam. Dengan Ini saya lancarkan kempen "Jangan Tindih Banner Ali Rustam" Apa yang terjadi pada UMNO Melaka? Sudahkah Bendera UMNO diterbalikkan , kini Ali Rustam ditindih

UMNO Dalam Kecemasan, Bendera UMNO Diterbalikkan

UMNO memang kini dalam keadaan "Kecemasan" atau "Distress". Bukan saya kata, tetapi mereka yang menyatakan sendiri:- Sheih Kickdefella sudah dikenakan tindakan atas akta hasutan kerana menterbalikkan bendera Malaysia. Apabila bendera UMNO diterbalikkan , siapa agaknya akan dikenakan akta hasutan? Mari kita lihat UMNO Cawangan manakah yang memberontak itu. Agaknya apa punca berlakunya kecemasan itu? Disebabkan oleh penangguhan pemilihan parti? Adakah mereka merancang untuk menterbalikkan bendera UMNO di litar F1 Singapura sebagai bantahan terhadap Robert Kubica yang tidak mahu meletakkan keris di bendera negaranya?

Merlimau Hanya "Pekan Kecil" Bagi Ali Rustam

Ali Rustam tulis di blognya . Begitu juga dengan pekan kecil lain seperti Chohong, Sungai Rambai, Sungai Udang, Merlimau , Kuala Sungai Baru, Cincin, Lubok Cina dan lain-lain akan di bangunkan menjelang tempoh itu. Selain itu kita turut membina Bandar Kesihatan dan pendidikan di Gapam, Jasin seluas 800 ekar yang kini di buka peluang pelaburan kepada mereka yang berminat dalam bidang tersebut. Ali Rustam begitu menghina penduduk Merlimau dengan menggambarkan ianya sebagai pekan kecil walhal ianya sudah bertaraf bandar sejak tahun 80an lagi. Taraf Bandar bagi Merlimau adalah berdasarkan kepadatan penduduk. Ya, Rupa Merlimau memang seperti pekan kecil, ianya adalah disebabkan oleh dasar kerajaan negeri Melaka yang terlalu mementingkan pembangunan di daerah lain. Pembangunan di daerah Jasin lebih tertumpu kepada "pekan" Jasin. Maka "Pekan" Jasin kelihatan lebih besar dan lebih maju akibat daripada segalanya yang melibatkan kedaerahan diletakkan di Jasin. Walhal hakikatn...

ADUN Merlimau dan babi

ADUN Merlimau tanpa segan silu tanpa segan silu untuk melepaskan tanggungjawap untuk mengatasi pencemaran akibat daripada 150,869 babi yang diternakkan di Melaka kepada Negeri Selangor berbanding dengan cadang asal saya untuk menindahkan ke Vietnam . "Sekiranya kerajaan Selangor benar-benar ingin membangunkan projek ini, kita berharap agar kerajaan Selangor dengan berbesar hatinya akan menerima ternakan babi dari Melaka ini untuk dipindahkan kesana" Baca petikan asal di blognya sendiri . (tak boleh ulas) Walaubagaimanapun saya mengucapkan tahniah kerana di DUN Merlimau tiada ladang babi. p/s: baru sebentar tadi saya mendapat URL Pengkebumian of the Year . (Tiada kaitan dengan cerita ini)

Keputusan Pilihanraya Parlimen Jasin. DUN Serkam,Merlimau, Sungai Rambai, Bemban, Rim

P139 JASIN Jumlah Pengundi: 56,121 Peratusan Kaum: M:70.74% C:19.04% I:10.15% L:0.07% 1. Datuk Wira Ahmad Hamzah (BN) (27,838) 2. Ir. Zulkefly Othman (PKR) (15,348) Majoriti: 12,490 Jumlah undi: 44,176 Peratus mengundi: 78.72% Undi rosak: 990 Penyandang: Datuk Mohd. Said Yusof (BN) (Majoriti: 21,334 undi) N24 BEMBAN Jumlah Pengundi: 13,544 Peratusan Kaum: M:59.36% C:25.85% I:14.66% L:0.13% 1. Chua Kheng Hua (BN) (6,031) 2. Ho Kia Kim (DAP) (3,890) Majoriti: 2,141 Jumlah undi: 10,511 Peratus mengundi: 77.61% Undi rosak: 590 Penyandang: Datuk Chong Tam On (BN) (Majoriti: 4,438 undi) N25 RIM Jumlah Pengundi: 9,288 Peratusan Kaum: M:57.59% C:26.19% I:16.11% L:0.11% 1. Mohd. Yazed Khamis (BN) (4,316) 2. Azmi Kamis (PKR) (2,679) Majoriti: 1,637 Jumlah undi: 7,134 Peratus mengundi: 76.81% Undi rosak: 139 Penyandang: Datuk Ramlah Abas (BN) (Majoriti: 3,950 undi) N26 SERKAM Jumlah Pengundi: 13,636 Peratusan Kaum: M:88.83% C:7.75% I:3.39% L:0.03% 1. Ghazale Muhamad (BN) (6,997) 2. Kamarudin Side...

Le Tour De Langkawi di Merlimau

Gambar menanti ketibaan Pelumba. Jalan masih belum ditutup. Dijangkakan pelumba akan tiba pada pukul 2:30 petang

Rasuah sudah jadi kebiasaan

Sempat saya menangkap video ceramah pendek Ustaz Kamarudin Sidek, yang menceritakan tentang rasuah, SPR, nombor plet pada sesi ceramah perdana 17 Disember 2007 . Berikut adalah videonya. Rasanya saya perlu mencari buluh untuk dijadikan tripod kepada SE k800i ini. lenguh tanganku untuk memegangnya. Selepas ini akan ada lagi video ceramah Ustaz Kamarudin Sidek, kelebihan beliau berbanding ahli politik yang lain ialah kebolehan dia mengupas kandungan tempatan, spesifik Melaka. Hutang kerajaan Negeri Melaka ialah 1 bilion. Jangan lupa nilai itu, dan mungkin ia bertambah lagi? Walaupun dalam sesi ceramah beliau sekali dengan Penceramah tersohor seperti YB Salahudin Ayub (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) bersama Sdra.Shamsul Iskandar b. Mohd Akin (Ketua AMK Malaysia), namun saya memilih untuk merekod ucapan beliau kerama ceramah beliau sukar untuk dijumpai pada VCD tempatan. Sesuai untuk orang Melaka mendapatkan pandangan alternatif.

Proton BLM dalam Ujian kelihatan di Merlimau

Petang tadi, saya ternampak 2 buah Proton BLM ketika dalam ujian lalu Merlimau. Terus saya mengakluarkan k800iku untuk mengkap gambar Proton BLM itu. Oleh kerana kereta saya arah bertentangan, saya membuat pusingan U dan bertekat untuk mengejar Proton BLM yang kool itu. Mereka telah melepasi lampu trafik, dan saya ketinggalan jauh. Selepas lampu hijau, saya memecut, untuk merapati mereka. Terdapat 1 Proton Persona yang sentiasa berada dibelakang Proton BLM itu supaya tidak diekori. Namun, terdapat Traktor dihadapan dam membuatkan mereka perlahan, terus saya memotong Proton Persona Ujian itu untuk mendapatkan gambar Proton BLM dalam Ujian Kemudian kedua-dua BLM itu memotong Traktor itu. Sampai di Sungai Rambai, ada lampu trafik, saya lalu disebelah kiri untuk menangkap gambar yang pandangan sisi. Seronok juga umpama guna iPhone ketika iPhone belum keluar. Bijak juga mereka menggunakan jalan yang tidak popular untuk menguji Proton BLM. Untuk sesiapa yang belum tahu, Proton BLM adalah M...

Kad Raya Dalam Talian Pos ke Merlimau DITUTUP

Dimaklumkan Kad Raya Dalam Talian Pos ke Merlimau DITUTUP kerana hari ini sudah 7 Oktober 2007. Terima kaish diucapkan kepada pengunjung yang turut serta mengirim Kad Raya melalui blog ini dan terima kasih kepada pengunjung yang mempromosikan Kad Raya ini. Tahun Baru Cina nanti boleh cuba lagi. sekian.

Alamak! Maybank2u memerlukan TAC

Oleh kerana diriku ini jenis katak bawah tempurung, maka ketika membuat kad ATM yang lalu, saya dengan sengajanya tidak mendaftarkan nombor telefon untuk mengambil TAC. Atas sebab keselamatan kononnya. Mungkin Ya, kerana telefon juga boleh dicuri. Akan tetapi seringkali rasa susah juga, bila nak buat pemindahan wang, ke pihak ke 3, terpaksa ke ATM. ATM Maybank di Merlimau dulunya, ada 2 mesin, itupun di Maybank Merlimau. Kalau musim gaji, orang beratur sampai ke tengah jalan. Baru sebentar tadi , saya ingin memaybank2ukan RM 15 ke Rjuna . buka Maybank2u, kemudian tepuk dahi " Alamak, dia nak TAC ". Kemudian saya terfikir sejenak. Saya di Stesyen, kini dah ada ATM, apa susahnya. cucuk sahaja. Hehe. Jadi saya tetap tak perlukan telefon untuk TAC.

Kad Raya Dalam Talian Pos ke Merlimau

Di bawah ini adalah Kad Raya DalamTalian (online), Yang akan di hantar secara fizikal kepada penerimanya. Dengan Syarat :- 1. Penerimanya mestilah beralamat .... 77300 Merlimau, Melaka. 2. Sila jangan tulis benda yang terlalu peribadi, atau rahsia kerana ucapan itu boleh dilihat oleh saya apabila ianya diproses. 3. Seorang mengirim, hanya boleh mengirim maksima 5 penerima beralamat Merlimau. 4. Kad itu akan ada iklan sedikit, (tapi bukan iklan arak atau judi) Pelajar Luar Negara yang berasal dari Merlimau atau mempunyai Saudara Mara di Merlimau di galakkan untuk menggunakannya. Anda pasti jimat setem, Terutama sekali jika penerimanya adalah buta IT. TARIKH TUTUP = 7 OKTOBE R TELAH DITUTUP