Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Merdeka

Tolong! Aku belum Merdeka dari 'Remote Control Amp'

Selamat bersedia untuk 'Merdeka', hidup kita semakin hari semakin kurang merdeka. Ada sahaja candu yang membuatkan kita bergantung pada itu dan ini. Merdeka sering ditafsirkan dengan 'sudah senang', walhal merdeka adalah bebas daripada pergantungan, walaupun terpaksa hidup susah. Ini alat kawalan jauh saya untuk amp. Biasanya amp mempunyai knob (apa istilah BM nya? ) Knob mengawal kekuatan bunyi. Kebiasaannya, pelanggan astro mengawal bunyi dengan alat kawalan jauh astro. Namun, disebabkan saya memilih untuk menggunakan isyarat audio yang keluar adalah digital maka sudah tidak boleh mengawal kekuatan bunyi menggunakan pendekod Astro. Pelik juga, kenapa dia tak buat isyarat digital yang boleh di naikturun. Peranti lain pun ada juga yang boleh keluarkan isyarat digital, tapi boleh pula turun naik volum. Dijadikan cerita, knob amp memang susah lama rosak. Jadi satu-satunya cara untuk menaikturunkan kekuatan bunyi adalah menggunakan alat kawalan jauh ...

Sang Saka Merdeka atau Sang Saka Malaya atau Sang Saka Malaysia?

Bendera Malaysia yang akan menggantikan Jalur Gemilang, mempunyai ciri-ciri kenusantaraan (Sang Saka) yang tiada pada Jalur Gemilang. Fail SVG boleh di dapati di http://www.beras-padu.pit.my/svg/Sang-Saka-Merdeka.svg (Saiz SVG boleh menghasilkan seberapa besarpun imej jpg) Apa namanya? Namanya belum diputuskan lagi, ada yang memanggilnya Sang Saka Malaya (Tukar Tiub), Saudara Najwan Halimi pun menggemari Nama Sang Saka Malaya , Namun saya lebih suka Nama Sang Saka Merdeka .

Batu Kemerdekaan di Bilik Air

Ini adalah Batu kemerdekaan. Letaknya hanya di bilik air. Apa yang "Merdeka"nya batu itu? Umar merdeka daripada kebergantungan ibubapa untuk membuka pancuran air.

Apa Kaitan Lim Guan Eng, Ali Rustam dengan Mumbai?

Kalau anda ingin mengkaitkan Ali Rustam dengan Mumbai, mudah sahaja, kaitkan dengan Shah Rukh Khan. Bagaimana pula hendak mengkaitkan Lim Guan Eng dengan Mumbai? Apa yang Lim Guan Eng sudah buat dengan Mumbai? Sejak kecil saya hanya mendengar "bombay", entah bagaimana, nama itu hilang tanpa saya sedari. Kemudian nama Mumbai muncul, agak popular bandar Mumbai, rupanya Mumbai adalah nama baru bagi Bombay. Hari ini di CNN , BBC, Slashdot tidak lagi kedengaran nama Bombay, Bombay telah ditukarnama menjadi Mumbai pada 1995, iaitu 13 tahun yang lalu. Bagi saya ini satu kejayaan yang agak baik. Di Malaysia, "Pulau Pinang" dan "Melaka" walaupun nama rasminya "Pulau Pinang" dan "Melaka" dikenali oleh dunia sebagai "Penang" dan "Malacca". Berbanding Mumbai, ia dipanggil Bombay ketika nama rasminya "Bombay", Bombay akan tenggelam setelah nama rasminya ialah Mumbai. Di Malaysia "Pulau Pinang" dan "Melak...

Besar Sungguh Jasa Orang yang Lahir 31 Ogos

Besar sungguh jasa orang Melaka yang lahir pada 31 Ogos. Kalau tak ada orang yang lahir pada 31 Ogos, tak merdekalah kita. Dalam Melaka agaknya ada berapa ramai orang yang lahir pada 31 Ogos? 640000/365 1753 Dianggarkan ada 1700 orang untuk diraikan. Saudara Sofi pula mencadangkan supaya diraikan juga Siapa yang lahir pada 16 September , Hari pengistiharan kemerdekaan berapa hari bulan? mari kita raikan siapa yang lahir sama dengan haribulan itu. Hari Burhanuddin Al-Helmy buat perhimpunan di Melaka berapa haribulan? Mari kita raikan siapa yang lahir pada hari itu. Nanti lama-lama kalau semua haribulan dalam setahun itu istimewa, maka semua rakyat Melaka akan diraikan. Bila agaknya Ali Rustam nak raikan orang yang lahir pada 19 Disember? Bagi saya keraian itu tidak perlu kerana tidak nampak apa sumbangan orang yang lahir pada 31 Ogos, selain daripada kesanggupan untuk diraikan. Agak-agaknya berapa peratus daripada kos meraikan orang yang lahir pada 31 Ogos itu akan dapat kepada yang dir...

Usaha Kemerdekaan Yang Sering Kita Lupakan

Sempena hari kemerdekaan ini, mari kita sedekahkah Al Fatiha kepada Bapa Kemerdekaan kita iaitu Dr Burhanudin Al Helmy. Akan menjadi acara tahunan bagi blog ini untuk menonton video 10 tahun sebelum merdeka . SILA KLIK SINI Sebagai tambahan, mari dengar lagu oleh black. Memang sedih mendengar lagu itu, kalau benar anda menghayati perjuangan kemerdekaannya. Paling menyedihkan apabila Saudara Mujahid menceritakan tentang Dr Burhanudin Al-Helmy yang mencerita "dibunuh" UMNO pada satu ceramah di Kampugn Sebatu sepentas dengan Saudara Damian Yeo. Mujahid kata Dr Burhanudin Al-Helmy dulu ketika ditahan ISA, dia terlalu malu untuk kencing, walaupun disediakan tandas, tetapi ia agak terbuka sehingga dia tahan untuk kencing. Akhirnya setelah keluar, dia sakit akibat terpejara. Dan meninggal dunia atas sebab itu. Dialah Bapa Kemerdekaan kita. Kenapa UMNO buat macam itu kepada dia? Mungkin orang UMNO akan kata "Aku tak mahu ambil tahu, apa yang awak tahu dan faham tentang perjuanga...

Fotani Darussalam

Saudara rational thinker telah memperkatakan orang patani lebih suka mengganggap diri mereka siam .... Pada pandapat saudara bendol sebol , org di pattani itu melayu? kelakar nya, sbb bila ditanya, rata2 org2 pattani lagi sanggup mengakui diri sebagai orang siam. Namun, setelah membaca sendiri tulisan orang patani yang memperjuangkan kemerdekaan banyak kali mereka mengatakan mereka melayu dan juga banyak kali mempersoalkan kenapa Negara Melayu tidak menolong mereka. Petikan daripada Patani Merayu kepada Bangsa Sendiri : Sekurang-kurang nya tidak menghalau orang-orang Patani saperti kambing liar.(Kenapa orang-orang Patani tidak dipanggil dengan nama Patani? Kenapa harus di panggil mereka dengan orang Selatan Thai? Atau orang Thai? Kami bukan orang Thai kami orang Patani. Orang Thai berugama Buddha!! Kami berugama Islam! Jangan menghina bangsa sendiri. Betul kami belum maju saperti Malaysia tapi sekurang-kurangnya kami tak rela Negara kami di jajah oleh bangsa lain.) Petikan daripada P...

Lagu 'Merdeka' Di Perimis Perniagaan

Saya lambat dapat idea. Satu hari sebelum 31 Ogos baru dapat idea nak pasang lagu-lagu merdeka kat Stesyen. Nak cari lagu dah tak sempat. Petang 30 Ogos baru dapat idea. Tapi tak sungguh-sungguh cari lagu. Dok sibuk buatkan "Komentar Terkini" sahaja, tapi tak mengapa, kerana dari laman blog Kak Jie lah saya dapat idea. Tapi petang ni saya baru jumpa banyak lagu patriotik untuk dimainkan. Terus mainkan guna iTunes, bila fikir balik, kenapa saya tak peragakan MMV 200? Barisan Kita, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Malaysia Gemilang. Hari ini, buat pertama kali sejak beberapa tahun lepas, saya tunggu di Kaca TV (atau 'kepala') menonton perarakan. Bukanku bangga sangat dengan 'Kejayaan' Malaysia, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki. Tapi hanya kerana nak tengok Sukhoi. Bila Sukhoi tu buat menuver tertentu, memang nampak yang itu sukhoi, sesuatu yang MIG tak boleh buat. Kata orang tua-tua, "Kalau nak kalahkan Sukhoi, anda perlu Sukhoi yang lain...

Sambutan Kemerdekaan yang suram

Rata-rata di merata tempat, Jalur Gemilang berkibaran, entah apa yang hendak gembirakan. Kemerdekaan ke 50, hanya ada pada nombor, kerana nombor 50, ia disambut dengan lebih meriah. Kemerdekaan ada harganya. Kita memilih untuk merdeka, walaupun kita tahu Pendapatan perkapita kita akan tidak kemana berbanding semasa pemerintahan british. Namun kita tetap memilih untuk merdeka. Kita tetap memilih untuk merdeka walaupun, pemerintah sendiri tidak menambah jalinan rel keretapi selepas peninggalan british. Melainkan di Kuala Lumpur. Kita tetap memilih untuk merdeka walaupun tahu risikonya. Bersyukurlah , Negara kita jauh lebih maju daripada Zimbabwe. Dan ada Sukhoi SU-30 MKM

Batu Sang Saka Perang Gemilang Terbilang

Ni nak sambung kisah batu yang semalam. Tak pernah dibuat orang, RNK Stesen Minyak PETRONAS kerjanya ialah basuh batu. Kemudian batu itu dimasukkan ke dalam bakul membeli Belah yang kool itu. Terdapat juga batu yang mungkin bakal dicuri oleh pelajar perempuan. Kemudian, Banner Peraduan Saya Anak Malaysia diletakkan di atas rumput. Dimaklumkan bahawa peraduan itu sudah tamat. Kepada yang masih memerap borang peraduan itu, sila kitarsemula. Asalnya Banner terpakai digunakan sebagai alas kepada batu itu supaya rumput tidak tumbuh, akan tetapi oleh kerana banner itu mempunyai logo kemerdekaan, ianya diubah suai sedikit. Batu diletakkan sekeliling logo, dan kemudian banner terpakai itu digunting. Hasilnya ialah.... Teknik ini Dinamakan Teknik Hiasan " Batu Sang Saka Perang Gemilang Terbilang " Walaupun asalnya nak menamakan ia sebagai Teknik Azizan Zakaria.

Ahmad Boestamam - Merintis Jalan Ke Punchak

Sempena sambutan kemerdekaan ke 50 ini, Kita kenang kembali pejuang kemerdekaan kita, Ahmad Boestamam. Buku pada gambar itu ditulis oleh Ahmad Boestamam sendiri pada tahun 1972, cetakan pertama, menceritakan perjuangannya mencapai kemerdekaan. PKMM ketika itu diketuai oleh Dr Burhanuddin Helmi, dibantu oleh Ishak Haji Muhammad. Ahmad Boestamam ketua API, Angkatan Pemuda Insaf. Sayap Pemuda PKMM. Didalam buku ini menceritakan kisah 'SANG SAKA MERAH PUTIH' Setelah PKMM diharamkan, ramai orang PKMM ditangkap, termasuk Ahmad Boestamam sendiri, parti politik yang tinggal hanyalah UMNO. Maka UMNO cuci tangan dan mendabik dada mengatakan bahawa merekalah Pejuang Kemerdekaan dengan mengantung poster para Perdana Menteri, termasuk PakLah seolah-oleh PakLah turut serta memerdekakan kita. Pautan: Ayahku Ahmad Boestamam

Cikgu Suraya

Lagi gambar Jalur Gemilang. dari asalnya nak jadikan dia buruk, buat 1 gerombolan, alih-alih ada yang sambungkan jadi 3 gerombolan. Rajin sungguh RNK ku ini. Jadi kuberikan nama teknik gerombolan jalur gemilang yang melayut seperti bilik pengantin ini sebagai " Teknik Cikgu Suraya " Jadi anda boleh menghias tempat anda dengan Teknik Cikgu Suraya ini. Selain itu, ada juga Jalur Gemilang diluar, disebabkan angin kawasan itu kuat, umpama berada di dalam Terowong angin (Wind Tunnel) BMW Sauber, maka aku kibarkan jenis biasa. tapi saiz kecil sikit dari biasa. 6"x4". Adakah aku cuba menunjukkan kepatriotisme aku dengan mengibar jalur gemilang? Jawapannya " TIDAK ". Aku kibarkan kerana Kerajaan sendiri mengizinkan pihak swasta mempergunakan Jalur Gemilang untuk menarik pelanggan. " Pride for sale " Cuba lihat kotak donut ini. Apa kaitan dengan Merdeka? Disebabkan budaya mempergunakan "Patriotisme" untuk tujuan melariskan jualan. Maka beria...

Pride and Grief for Sale @ .my

Masihku ingat satu kiriman blog Christopher Blizzard (Mozilla+Fedora+OLPC) bertajuk " Pride and Grief for Sale ", ketika itu Amerika Syarikat baru sahaja dilanda Trajedi 11 September. Petikan: What does it mean when a company takes a symbol that people use to describe something they care about, and twist it to convince them to buy something they don't need? I don't remember where but somewhere I read that patriotism is best expressed by what you do, not by what you say. I feel like this is an accurate statement and it's one that I live by. Awalnya, kebanyakkan rakyat Amerika mengibarkan bendera Amerika untuk menunjukkan rasa simpati, rasa patriotik. Apabila adanya "Emosi" sedemikian, golongan korporat, perniagaan, peruncitan secepat kilat menggunakan "Emosi" ini untuk meningkatkan jualan, dan seterusnya mengaut keuntungan. Kelihatan sekarang ini, makin hampir dengan sambutan Ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke 50, semakin menjad...

Pencetak dan meninggal

Lim: Dimana pencetak sekarang ni? Atan: (senyap) .... Pencetak dan meninggal, Di Stesyen ini juga. Lelaki: Salahkah saya guna pencetak buatan gombak? Perempuan: Tak salah, Pencetak buatan gombak kan bagus.... Kita patut yakin pada diri sendiri Budak: Dah lama kah Pakcik pakai pencetak ini? Pakcik: Dah Lama nak, dan banyak pakcik cetak. Cetak helaian hadapan, bukan belakang. India: Sekarang keadaan sudah berubah, pencetak pun sudah tiada lagi. Itulah hari yang paling istimewa geram betul, pencetak aku mati bila aku perlukannya, sedang cetak borang "Saya Anak Malaysia" Kalaulah kita dapat mencetak seperti anak kita mencetak