Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kereta

Cara Melabur emas di arrahnu

Artikel ini ditulis bukan untuk menggalakkan orang memajak emas sesuka hati. Saya bukan suka orang memajak emas tanpa sebab, kononnya boleh untung kalau guna skil skil tertentu. Memang kena ada skil, tetapi skil itu bukannya dilakukan tanpa sebab. Perlu dingatkan Ar Rahnu, kos upahnya adalah lebih kurang 14% setahun. Kalau ada kaedah pinjaman lain, baik guna kaedah lain. Cuma kelebihan Ar Rahnu, ialah anda tidak perlu meminjam lama. Kalau ada orang ajar cara, tiap-tiap bulan suruh pajak, atau  kaedah berbentuk bulanan, semuanya tak boleh dipakai. Jadi bila boleh Ar Rahnu? Perlu diingatkan ArRahnu adalah pinjaman berkos tinggi, 14% itu sudah macam kad kredit, tetapi rendah sedikit. Namun kalau jangka pendek maka ianya boleh dikurangkan. Kadar sama, tetapi bila pinjam sekejap maka bayar sedikit. Jadi bila boleh Ar Rahnu? Ar Rahnu boleh digunakan apabila anda berpeluang untuk membeli emas pada di bawah nilai. Atau , ketika harga emas betul-betul rendah. Ini bol...

Bilakah Malaysia akan Haramkan Kereta Baru Berwarna Hitam?

Di California, tidak jauh daripada Bukit Gantang, wujud ura-ura kereta baru berwarna hitam akan diharamkan . ( berita di Slashdot ) Maksudnya, kereta baru keluar dari kedai tidak boleh berwarna hitam atau gelap. Bagi saya, pengharaman warna gelap bagi kereta baru adalah lebih sesuai di Malaysia. Malaysia negara panas, warna gelap pada kereta, membuatkan pemandu kereta menghidupkan penghawa dingin keretanya terlebih dahulu, untuk menyejukkan kereta. Berapa banyak karbon tambahan dilepaskan hanya kerana kereta hitam lebih panas daripada kereta warna perak? Gambar di bawah bukan menunjukkan bantahan terhadap penggunaan kereta berwarna hitam. Yang peliknya kereta 'Perak' juga warnanya hitam. Bukankah pemimpin Perak kereta pun warnanya perak? Bayangkan kebanyakan tempat letak kereta adalah jenis berbumbung, berapa banyak tenaga boleh dijimatkan hanya untuk menyejukkan kereta? Bayangkan kalau pembeli kereta baru diberikan subsidi 'tinted'kalis haba ? Be...