Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tenaga

Beras Padu Ditutup Lebih Kurang Sebulan Lebih

Dimaklumkan bahawa Beras Padu ditutup dalam anggaran sebulan lebih, bertujuan untuk mengira berapa KWh tenaga yang digunakan. Sejak berlakunya revolusi Cekap Tenaga beberapa bulan yang lalu (di rumah saya) dan kalau Beras Padu ditutup, Penggunaan Elektrik telah turun sehingga ke tahap 55% berbanding dahulu. Namun Beras Padu duduk di komputer yang tidak cekap tenaga, Athlon XP lama. tidak sesuai untuk dihidupkan 24 jam, sepertimana yang pengunjung Beras Padu mahukan. Ia tidak boleh tidur seperti komputer-komputer lain di rumah. Saya perlu mencari kaedah Cekap Tenaga bagi menghidupkan kembali Beras Padu. Mungkin perlu beli komputer khas yang cekap tenaga. Wujud punya banyak pilihan, entah mana yang sesuai. http://www.metaefficient.com/computers/the-greenest-pcs-of-2008.html Ada juga yang tidak dijual di Malaysia. Semalam saya terjumpa Linutop 2 dan Linutop 3 , keluaran Peranchis. Hari ini, saya merasakan bahawa fit-PC2i yang paling sesuai kerana pada muatan penuh pemp...

Cukai Terhadap Kenderaan Hibrid Perlu Dihapuskan?

Sekiranya cukai terhadap kenreta hibrid dihapuskan, sekilas pandang nampak macam negara akan rugi, kerana tak kutip cukai. Akan tetapi, penjimatan minyak yang ada pada kenderaan sebegitu, akan menyebabkan negara boleh mengeksport lebih minyak tatkala pengeluaran kekal pada jumlah 700 ribu tong setahun. Pengeluaran 700 ribu tong setahun, penggunaan 400 ribu tong. Maka eksport hanya 300 ribu tong. Kalau penggunaan dikurangkan kepada 350 ribu tong? Apa pendapat anda.

Sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Tak mahu adakan pilihanraya di Seputeh

Sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya Tak mahu adakan pilihanraya di Seputeh atas alasan pembaziran. Adalah lebih baik tugas itu diserahkan kepada Suruhanjaya Tenaga kerana mereka lebih pakar dalam melakukan sesuatu dengan Efisyen dan Cekap Tenaga.

Masalah MacOSX Tidak Boleh Tidur

MacOSX saya mempunyai masalah untuk tidur apabila ia sepatutnya tidur setelah dibiarkan selama beberapa minit. Yang peliknya ia boleh tidur secara manual melalui menu. Maka ada cadangan supaya dijadualkan waktu tidur pada keutamaan "Energy Saving" namun ianya hanya boleh disuruh tidur sehari sekali. Akhirnya saya menjumpai perisian " Please Sleep ", satu perisian yang wala' pada arahan tidur pada waktu yang ditetapkan walaupun ada perisian yang menghalangnya untuk tidur. Terdapat juga perisian lain bagi MacOSX berkaitan dengan tidur. Caffeine 1.1 , InsomniaX 1.3.5 dan Doze 1.0 adalah nama bagi perisian bagi mengelakkan MacOSX tidur. Manakala SleepTight 1.0.1 adakah perisian supaya komputer dikunci ketika tidur. Macam-macam nama. Terima kasih kepada DragoneOne , kerana membolehkan saya menjimatkan tenaga, tanpa perlu memanjat tangga .

Watt! Watt! Watt! TV?

beberapa hari lalu saya cuba menkaji pemproses komputer. Rupanya pemproses komputer zaman sekarang sudah lebih kurang sahaja. tetapi penggunaan kuasa jadi pemisah. Ada yang 65 watt, ada yang 95w ada yang 125w, malah wujud pula papan induk yang menyokong sehingga 140w. Saya berminat dengan Athlon II X2 250, berdasarkan wattnya yang rendah iaitu 65w. Dengan kos agak rendah, prestasi tinggi dan memerlukan kuasa yang rendah, bagi saya ia pemproses yang agak efisyen. Saya telah menukar lampu kalimantang di bilik kepada 20watt, dan kemudian menukar lampu kalimantang di bilik air kepada mentol 6 watt sahaja. cukup menjimatkan. Waktu malam, ketika semua lampu ditutup, lampu 6watt itu cukup untuk membuatkan rumah masih boleh dilihat walaupun tak terang. Maka terfikir pula saya tentang TV, Ada sesiapa pernah buat perbandingan penggunaan kuasa antara TV LCD dengan CRT? Adakah saiz TV CRT besar lebih menggunakan tenaga? Atau mungkin TV LCD besar lebih menjimatkan berbanding TV CRT ...

Earth Hour 2009 Jauh Lebih Berjaya daripada Earth Hour 2008

Ada juga blogawan yang agak kecewa kenapa Earth Hour tidak berjaya. 23:04   Earth Hour - Fatal error! » Basikal Tua 22:11   Bergelap (Yang Tak Gelap) » Faisal Tehrani   Bagi saya, tahun ini punya earth hour jauh lebih berjaya berbanding tahun lepas. Tahun lepas, saya mampu menyenaraikan catatan blog tempatan yang menulis tentang earth hour . Tahun ini kalau nak disenaraikan, memang tak cukup tangan. Senarai blogawan yang menulis tentang earth hour pada tahun 2008 Turut menyertai Earthhour 2008:- VHanded http://vhanded.blogspot.com/2008/03/earth-hour-see-different-you-can-make.html Takfeng-Lili http://takfeng-lili.blogspot.com/2008/03/earth-hour-2008.html MohdIsmail http://www.mohdismail.net/blog/earth-hour-lakukan-perubahan-demi-masa-depan/ Maria Samad (Tok Mummy) http://mariasamad.blogspot.com/2008/03/its-earth-hour-tonite-so-switch-off.html The Ancient Mariner http://cyusof.blogspot.com/2008/03/earth-hour.html Dave Yoong (Finding Me......

Adakah Sistem Kewangan Dinar/Dirham Tiada Kaitan dengan Alam Sekitar?

Dinar dan Dirham, dengan Alam sekitar adalah isu berbeza, tetapi sebenarnya ia saling berkait. Rapat mana kaitannya? Amat rapat. Sistem kewangan berdasarkan kertas, sering menyebabkan sesuatu golongan terlalu kaya. Andaikata tidak kaya, mereka boleh membeli tenaga secara kredit. Duit secara perakaunan boleh dicipta. Emas dan perak tidak boleh dicipta dan dimusnahkan. Begitu juga tenaga. Tenaga tidak boleh dicipta. Saya masih ingat  lagi pesan Cikgu Fizik saya ketika tingkatan 4&5, Cikgu Vellupilai Ponudurai, bahawa tenaga tidak boleh dicipta, kalau tenaga boleh dicipta kita boleh jadi kaya. 19 tahun dulu, cikgu saya berpesan sebegitu. Hari ini, rupanya negara barat kapitalis tidak mencipta tenaga untuk menjadi kaya. Mereka juga faham tenaga tidak boleh dicipta. Tenaga berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Akan tetapi walaupun tenaga tidak boleh dicipta, wang kertas, wang dalam bentuk kredit, dalam bentuk bon dan sebagainya boleh dicipta oleh mereka....

Ladang Kincir Di Kelantan?

Baru baru ini sibuk diperkatakan oleh timbalan menteri tertentu (lupa nama) tentang perlunya penggunaan Nuklear untuk menjana tenaga, disebabkan oleh "kenaikan" harga bahanapi. Akan tetapi, rasanya sudah berbuih saya perkatakan, gunakan Ladang Kincir !!! Malah saya juga pernah persoalkan kenapa naikkan tarif kalau belum cuba Kincir Angin ? Kalau tarif naik kerana harga angin naik , lainlah cerita. Namun ia mungkin jadi realiti di Kelantan..... Selain kuasa matahari, kerajaan Kelantan juga sedang merancang menggunakan kincir angin sebagai alternatif kedua untuk mendapatkan tenaga elektrik. Kerajaan juga sedang merancang untuk membina bandar yang akan menggunakan kuasa matahari dan kuasa kincir angin sepenuhnya dan bandar ini juga akan menjadi salah satu dari tarikan pelancong. baca: Husam: Kuasa matahari, kincir angin hadapi krisis minyak Di Negara Jerman 20% sumber tenaga elektrik dijana oleh angin. Ada sesiapa nak kata jangan politikkan angin?

Mari Sertai "Earth Hour 2008", dan boikot media utama

Pada tahun lepas, hanya sidney sahaja yang mengelolakan "Earth Hour 2007" pada jam 8pm 29 Mac 2007. Pada tahun ini, earthhour.org akan mengelolakan earth hour di seluruh dunia. walaupun secara rasminya saya tidak menyertai earthhour2008 kerana tidak mendaftar di earthhour.org, akan tetapi kita juga boleh menyertai earthour secara tidak rasmi. Pada 29 Mac 2008 jam 8pm, padamkan semua sumber elektrik yang boleh dipadam selama 1 jam . Terima kasih Takfeng-lili di atas maklumat yang diberikan Sila buat posting blog sebegini di blog anda jika perlu. Turut menyertai Earthhour 2008:- VHanded http://vhanded.blogspot.com/2008/03/earth-hour-see-different-you-can-make.html Takfeng-Lili http://takfeng-lili.blogspot.com/2008/03/earth-hour-2008.html MohdIsmail http://www.mohdismail.net/blog/earth-hour-lakukan-perubahan-demi-masa-depan/ Maria Samad (Tok Mummy) http://mariasamad.blogspot.com/2008/03/its-earth-hour-tonite-so-switch-off.html The Ancient Mariner http://cyusof.blogspot.com/200...

Google ketagih tenaga / Politik di Malaysia

Beberapa minggu lalu, cerita hangat di kalangan warga geek tempatan ialah tentang usaha kerajaan Malaysia untuk menarik google sebagai pelabur asing. Memang sejak dahulu kalau boleh pusat data google diletakkan di Merlimau, dan bolehlah orang kampung bekerja di google. Sememangnye Merlimau atau kawasan nelayan lain adalah sesuai untuk google bertapak. Mengapa? Sifat google dari dulu, sering bercakap tentang tenaga, dia mahu tenaga bersih, dia mahu sistem elektrik 12v. (berbanding 240v atau 110v), supaya sesuai dengan komputer. Google sebenarnya ketagih tenaga . Google memang memerlukan tenaga yang banyak supaya anda semua dapat mencari "DVD VCD Chua Soi Lek" atau Bakal Ketua Menteri Melaka atau frasa apa pun sekali. Google mahu menjimatkan kos, termasuklah kos buruh. Di Malaysia, terutama sekali di perkampungan nelayan, cukup banyak angin yang hampir sekata, memang cukup baik untuk google membuat ladang kincirnya sendiri di Malaysia untuk kegunaan dia sahaja. Bayangkan Go...

Ladang Kincir (Bukan ladang khinzir)

Malaysia bumi bertuah, Ada minyak untuk dijadikan tenaga Ada sawit untuk dijadikan tenaga Ada Tongkat Ali, Ubijaga untuk dijadikan tenaga. Malaysia bumi bertuah, hampir semua tempat berhampiran dengan pantai, tiada tempat yang pantai terdekatnya terletak lebih daripada 500km. Semua negeri ada pantai (tidak merujuk kepada Hospital). Setiap hari ketika "terang", angin bertiup dari pantai. Akan tetapi, jika ditanya dengan kebanyakan rakyat Malaysia, "Pernahkah anda melihat kincir angin yang digunakan untuk menjana Elektrik" Rasanya ramai yang jawap tidak. Saya pernah melihat kipas yang digantung di rumah di Kampung Sempang, akan tetapi ia hanya hiasan dan bukan untuk menjana elektrik. Kita keluar seketika untuk melihat negara luar, negara yang tak kaya dengan tenaga. merujuk kepada sumber wikipedia bertajukkan Wind Power , hanya 1 peratus tenaga elektrik di dunia ini dijana oleh angin. Akan tetapi, terdapat juga negara yang menggunakan elektrik janaan angin sehingga be...

Keuntungan TNB suku pertama adalah 1.64 bilion

Tenaga Nasional berhad memperoleh keuntungan sebelum cukai suku pertama sebanyak RM 1.64 bilion. Secara kiraan kasar, keuntungan TNB setahun ialah 6.5 bilion. During the quarter under review, net profit jumped 22% to RM1.51bil, or 34.97 sen per share, from RM1.25bil, or 29.78 sen per share in the previous corresponding quarter, while pre-tax profit rose to RM1.64bil from RM1.33bil previously . Terima kasih kerana kenaikan tarif elektrik yang membolehkan TNB untung besar. Akan tetapi, TNB masih lagi mempunyai hutang sebanyak RM 2.2 bilion, dimanahampir separuh hutang itu dikira dalam matawang asing. Meanwhile, nearly half of TNB’s gross debt of RM22.8bil as at end-Nov 2007 is denominated in foreign currency, mostly in dollars and yen, and any appreciation in the ringgit gives it a foreign exchange translation gain. Seperti yang sedia maklum, antara punca peningkatan kos TNB adalah kenaikan harga minyak, manakala salah satu punca kenaikan harga minyak, dan arang batu adalah berpunca ...

Sajak Sumber tenaga Alternatif / BioDisel

Minyak dari dalam tanah Minyak dari atas pokok Minyak dari dalam air Minyak dari kuali roti canai Dalam tanah ada minyak Atas pokok ada minyak Dalam air pun boleh ada minyak dari kuali roti canai pun ada minyak. Dari dalam tanah dapat tenaga Dari atas pokok dapat tenaga Dari dalam air dapat tenaga Dari kuali roti canai Bila minyak dari dalam tanah naik harga Harga roti canai naik subsidi minyak naik subsidi minyak di bawak lari ke negara jiran. Tapi tak boleh senang senang proses minyak dari atas pokok proses minyak dari dalam air proses minyak dari kuali roti canai. 100 tahun lagi Anak cucu kita maki hamun Kenapa atuk nenek mentekedarah minyak dari dalam tanah? kenapa atuk kenapa nenek kenapa tak ambil minyak dari atas pokok dalam air kuali roti canai? Kenapa Atuk? Kenapa nenek? mentekedarah minyak dari dalam tanah semasa harga USD 70? Kalau atuk nenek simpan minyak dalam tanah Boleh jual masa harga USD 200. Atuk Nenek gunalah dulu Minyak dari atas pokok dalam air Kuali roti canai ta...

Sumber Tenaga Alternatif bagi Malaysia

Malaysia, sebuah negara yang boleh dikira kaya dari segi tenaga, dengan Hasil minyaknya sendiri, Empangan Hidro Elektrik dari banyak sungai. Namun kita tidak boleh lari dari krisis tenaga yang akan melanda. Minyak dan gas dimuka bumi suatu hari nanti akan habis. Elektrik daripada hidro mungkin tak mencukupi. Penggunaan Nuklear mungkin membimbangkan ramai orang, Walaupun jika kita boleh meleraikan Uranium sendiri, pihak barat mungkin akan melabelkan kita sebagai mampu membuat senjata nuklear. Sesuka hati mereka melabelkan kita seolah-olahnya kita ini gondola. Kita masih boleh beruntung kerana mempunyai pesisiran pantai yang panjang untuk mendapatkan tenaga daripada angin. Tenaga solar pun kita boleh gunakan. Walaupun kita mewah dengan sumber tenaga, tak semestinya kita tak boleh memikirkan sumber tenaga alternatif yang lain. Sebagai rakyat malaysia saya memahami bahawa kita patut mencari sumber tenaga alternatif yang lain walaupun sumber tenaga alternatif itu tiada di muka bumi ini. Buk...