Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel UMNO

Demokrasi Melayu, Demokrasi Asia , Tidak boleh Lawan Ketua

Demokrasi Melayu? Wujudkah Demokrasi Melayu? Dunia Melayu baharu sahaja terjebak dengan demokrasi, Entah bagaimana boleh memilih untuk demokrasi. Walaupun secara sejarahnya, tidak pernah demokrasi sejak kurun ke 15. Demokrasi bukanlah sistem yang bagus sangat, akan tetapi sistem sebegitu dipilih ornag orang Melayu , orang Asia untuk digunakan pada zaman ini. Saya sudah perhatikan sejak bertahun yang lalu, Demokrasi tak sesuai dengan asia. Dengan Melayu lagilah tak sesuai. Mungkin hanya Jepun yang sesuai dengan demokrasi, yang lain ada sahaja yang tak kena. Di Malaysia, terutama sekali dalam dunia Melayu, wujud demokrasi dalam parti politik, dalam NGO, dalam persatuan itu ini, pemilihan ketua kelas pun nak didemokrasikan. Namun, Rakyat dunia ke 3 ini masih lagi dunia ke 3. Kalau ketua atau presiden atau YDP berundur, baru boleh sesuai buat pemilihan. Tapi kalau ketua atau presiden dilawan untuk digantikan dengan yang lain. Maka ianya seolah-olah salah besar. Dosa bes...

Jalan Semarak: DBKL nak padam sejarah UMNO?

Zaman muda saya dulu pun saya ambil tahu perkembangan semasa. Jadi saya masih ingat lagi Zaman  Tan Sri Mohamed Rahmat  baru jadi Menteri Penerangan, dan melaksanakan Program Setia Bersama Rakyat. Ketika itu saya dalam lebih kurang tingkatan 1. Ketika itu saya anggap ingat sesuatu program yang baik sebab nampak pemimpin dekat dengan Rakyat. Maka Jalan Gurney di tukar nama menjadi Jalan Semarak kerana peristiwa itu. Daripada nama Penjajah, kepada nama Program UMNO. Ketika itu, saya tidak tahu yang program Semarak itu adalah program politik. sehinggalah beberapa tahun kemudian, seya berborak dengan seorang pemuda yang pakai baju PAS dalam bas dari KL nak ke Melaka. Saya tidak ingat tahun berapa mungkin semasa pilihanraya 1990. Maka saya tahu lah ianya kempen politik UMNO. Kini Jalan Semarak ingin ditukarkan kepada Nama Jalan Sultan Yahya Petra, Hairan juga kenapa DBKL nak padam sejarah UMNO.

Biro Belia dan Sukan UMNO Jasin anjur Judi

Terdapat beberapa "sampah" di longkang di tepi padang. Maka kertas itu dikutip untuk dilihat apa isinya. Beberapa kertas nombor "cabutan bertuah", yang dijual pada harga RM 1. Dalam erti kata lain, JUDI. Beli nombor untuk menang hadiah, kalau nak peluang lebih, boleh beli nombor tambahan. Anjuran siapa?, Sila klik untuk zum Acara judi ini dilakukan dengan nama yang agak indah. "MEMBELI, MENDERMA DAN MENANG",   "Pengadil" pun sama turut menyertainya Ada juga yorang yang sama membeli lebih daripada satu nombor, Kalau nombor 355, 357, & 360 dibeli olehnya, Agaknya siapa yang beli nombor 356? Menurut seorang pemuda UMNO yang saya rahsiakan namanya, "cabutan nombor bertuah sebegini, sudah banyak tempat dilakukan". Sebelum ini pun sudah ada judi "Cabutan Bertuah" bernilai RM 3.00 setiap nombor. Maksudnya, barah judi sudah membarah, sehingga dianggap biasa. Ramai golongan muda, yang t...

Perbezaan Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu

Apa perbezaan ketara antara Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu? Bangsa UMNO bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi mengagungkan Bahasa Inggeris. Berucap dalam Bahasa Melayu, tetapi nama tempat dinamakan dalam Bahasa Inggeris. Melaka Planetarium, Eye on Malaysia, "MQA". Bangsa Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi menggunakan Bahasa Melayu pada nama tempat, nama syarikat. Bangsa Melayu yakin Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Ilmu, akan tetapi Bangsa UMNO yakin Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu walaupun setelah tamadun Barat jatuh. Bangsa Melayu mengajak bangsa lain untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebagai platform perpaduan. Bagi Bangsa UMNO perpaduan hanya wujud dalam BN. Bangsa UMNO menyebut "1Malaysia' sebagai "one Malaysia" Manakala Bangsa Melayu menyebut "1Malaysia" sebagai "Satu Malaysia". Bangsa Melayu akui banyak istilah Bahasa Melayu diserap daripada...

Apa Kaitan Kematian Beng Hock dengan UMNO?

UMNO Ampang membuat demonstrasi 'menyokong' SPRM dan polis . Dalam kes kematian Beng Hock, SPRM yang patut disiasat kerana kejadian itu berlaku di tempat SPRM. Walau apa pun punca kematian, ianya sepatutnya tiada kaitan dengan UMNO. Demonstrasi UMNO sebegitu seolah-olah mereka menggambarkan kematian Beng Hock telah diputuskan dalam mesyuarat UMNO.

UMNO Pelik, Kini Menyanjung Suruhanjaya Reid

Orang UMNO zaman sekarang agak pelik. Mereka berbangga dengan Dokumen Suruhanjaya Reid yang terang-terang melacurkan tanah air dengan memberi kerakyatan murahan. Maka disebarkan kebanggaaan itu dengan menyediakan satu catatan blog khas untuk memaparkan Dokumen hina itu. Reid Commission - The Original Document! Ingat! Hanya UMNO yang beri kerakyatan murahan, bukan keseluruhan melayu. Kongres Melayu II pada mac 1957, telah menolak dokumen ini, tetapi mencadangkan bahawa kerakyatan diberikan secara lebih tertib, bukannya secara "Pemberian" demi menarik undi dan menjada hati British, dan MCA yang dikuasai Kuo Min Tang. Maka kebanggan itu, di canang-canangkan oleh Parpu Kari dengan meninggalkan komen di blog-blog . Adakah Parpu Kari berani menyiarkan memorandum yang membantah suruhanjaya Reid? Bantahan terhadap Suruhanjaya Reid, juga diceritakan oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang pada Muktamar baru-baru ini.  Tapi apa UMNO peduli. Memorandum ditolak mentah-menta...

Ekspo Industri Asas Tani Jadi Medan Judi HARAM

Saya ada cerita tentang bagaimana "Asas Tani" dipergunakan untuk memuaskan Nafsu Hedonisme berkaraoke . Dalam program itu ada program "Cabutan Bertuah". Rupanya ianya satu perjudian yang nyata. Sekeping tiket dijual pada harga RM 3, dan mendapat nombor. Barah sosial sudah melarat, sehingga judi boleh dilakukan secara terang-terangan, menggunakan Agensi kerajaan iaitu FAMA: Saya pun tak faham bagaimana Perjudian, dan Hedonisme dapat membantu para Petani. Mungkin YB Tey boleh persoalkannya di sidang DUN nanti.

Nak Bertani atau Berkaraoke? Nak Berindustri atau Berkaraoke

Hakikat yang perlu PAS Melaka ketahui sekarang ialah UMNO Melaka suka berkaraoke dan PAS Melaka gagal melahirkan bintang karaoke peringkat Kampung. Perlukah setiap kampung ada bintang Karaokenya? Hampir setiap majlis yang diadakan oleh UMNO Melaka dan sekutu-sekutunya akan ada karaoke. Naik setapak lagi, kini sudah ada 'live band'. Kenduri kahwin orang UMNO mesti ada karaoke, mana yang peringkat bawahan, guna DJ. Yang berduit, atau ketua cawangan, akan ada 'live band'. Yang memeningkan kepala dialah kenduri kahwin yang guna DJ Kampung, Kebiasaannya akan kuatkan volum bunyi sekuat mungkin tetapi ada bunyi 'distorded'. Adakalanya ditolak melebihi hadnya. Akibat daripada lambakan sistem bunyi cap ayam yang murah dipasaran, ditambah pula permintaan yang tinggi, maka lahirlah banyaknya DJ kampung. Jarang-jarang kualiti bunyi yang elok kedengaran, mungkin hanya 20% sahaja DJ kampung yang benar-benar mementingkan kualiti. Akibat daripada sifat suka berk...

Agensi di bawah MeCD akan jadi seperti Facebook?

Ramai yang mempersoalkan ke mana perginya agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, adakah ia akan dikorbankan? Itu kerisauan yang timbul. Saya tidak risau langsung tentang itu, saya yakin ia akan terus wujud tetapi duduk di bawah kementerian lain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa MARA dan Tekun akan diletakkan "Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah" atau nama lain "Kementerian UMNO". Kementerian yang buat kerja untuk UMNO. Kalau dulu, menurut Pakdi, terdapat juga usahawan yang bukan UMNO mendapat manfaatnya, kelak tidak pasti apa akan jadi. Bayangkanlah, untuk menerima pinjaman Tekun, diadakan majlis khas UMNO seolah-olah peminjam itu mendapat duit percuma . Petikan daripada blog YB Ghazale, ADUN Serkam: "Ini memandangkan bidang perniagaan merupakan bidang yang boleh diceburi oleh sesiapa saja,” katanya berucap di Majlis Penyampaian Cek Tekun kepada 13 penerima di Kompleks Japerun Serkam , di sini hari ini. Hadir sa...

Hishamudin akan gunakan Taktik British untuk Mempertahankan Kepentingan Inggeris

Terdapat berita mengatakan kononnya PPSMI akan dihapuskan di sekolah rendah, tetapi PPSMI diteruskan di sekolah menengah. Al maklumlah, banyak penentang PPSMI menggunakan alasan "susah bagi pelajar" maka kaedah itu yang diberikan. Namun, PPSMI di sekolah menengah sekalipun, tetap tidak menggalakan ilmu di simpan dalam Bahasa Melayu. Tiada jaminan PPSMI tidak dilaksanakan di peringkat universiti. Sekiranya PPSMI dijamin oleh Hishamudin tidak wujud di Universiti, apa kejadahnya PPSMI di Sekolah Menengah? Untuk mengetahui istilah sains, sediakan sahajalah glosari di belakang setiap buku teks. Ini adalah taktik British yang sering digunakan untuk mengatasi penentangan ke atasnya. Di Ireland, mereka diberikan kemerdekaan separuh. Maka berpecahlah penentang kepada 2, ada yang kata "cukuplah", ada yang kata tak cukup. Begitu juga di Tanah Melayu, British memberi "Persekutuan Tanah Melayu" untuk membantutkan gerakan kemerdekaan. Maka penentang Brit...

Strategi Tarikh Pilihanraya BN yang Pelik

Dulu, mereka mahukan SPR mengadakan pilihanraya selepas berlakunya Pemilihan Agung UMNO (PAU). Tarikhnya dilewatkan begitu jauh. Alasan yang mungkin, ialah tidak mahu adanya kempen PAU di 3 kawasan terbabit. Akhirnya, hari ini kelihatan terbalik pula. Muhyidin pula berkata.. . “Saya nak ingatkan ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib (Datuk Seri), ini pilihan raya kecil,” Apa jadi kalau mereka sendiri tidak menunda tarikh pilihanraya kecil? Pasti masalah 'pungutan suara' atau 'referendum' ini tidak wujud.

PPSMI: UMNO boleh menunjukkan Isyarat Penentangan Terhadap Inggeris (kalau mahu)

Hari ini, Tali barut yang disayangi Inggeris bernama Hishamudin akan bertanding , Dia secara terang terangan mempertahankan kepentingan Inggeris. Semalam tali barut Inggeris bernama Mukhris telah ditewaskan. Saya tahu, terdapat juga perwakilan UMNO yang mahu PPSMI dihapuskan, tetapi malu nak cakap. Oleh itu, kepada Perwakilan UMNO, sila gunakan kuasa undi anda. Jatuhkan tali barut Inggeris yang bernama Hishamuddin dalam pertandingan Naib. Dan naikkan Puad Zarkashi (nombor 20) pertandingan MT.

Mana Ketua Pemuda UMNO Melaka?

Ketika pilihanraya dulu, tidak dicalonkan bertanding di mana-mana. Ketika berlakunya pemilihan ketua pemuda, namanya tidak naik.

Terima Kasih Wanita UMNO, usul mansuhkan PPSMI

Saya ingin mengucapkan Terima Kasih kerana menyokong saranan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) supaya mansuhkan PPSMI. 15:22   Wanita Umno: Usul tolak PPSMI diterima » Carian Blog ppsmi - Google   15:03   Wanita UMNO pun tak setuju PPSMI .. » Carian Blog ppsmi - Google   21:58   Wanita Tudung Merah Tolak PPSMI » Carian Blog ppsmi - Google     Mungkinkah orang keris yang mempersoalkan perkara berikut: 1. Kenapa baru sekarang usulkan tolak PPSMI? 2. Siapa dalang usulkan tolak PPSMI? Mungkinkah orang keris akan tergelak besar Mirnawan Nawawi selepas bertemu Wanita UMNO? "Sekarang saya pula yang tergelak besar bersama mereka" Keputusan Peraduan PETRONAS Hot Ketua Pemuda UMNO Cool Cash , belum keluar lagi. Mungkinkah Calon anti PPSMI akan menang?    

Ali Rustam Tidak Perlu Letak Jawatan Kalau......

Ali Rustam tidak perlu letak jawatan kalau dia tidak bersalah. Akan tetapi situasi yang berlaku, ialah Ali Rustam akur segala keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Sekiranya Ali Rustam benar-benar tidak bersalah, maka dia sepatutnya berani mengatakan dia tidak salah bukan sekadar akur dan buat rayuan dan akur lagi. Apa yang berlaku ialah seolah-olah kejadian menyalahkan kenapa yang lain tidak dilarang bertanding, kenapa Ali Rustam seorang sahaja yang dilarang bertanding. Kalau Ahmad mencuri dan ditangkap dan dikurungkan, mengapa pula Ahmad hanya salahkan, kenapa tak tangkap Abu, dia pun mencuri juga. Kalau Ahmad tidak mencuri, Ahmad sepatutnya berkata dia tidak bersalah, bukan persoalkan jenis hukuman. Jadi, sekiranya Ali Rustam tidak bersalah, dan kononnya dianiayai Lembaga Disiplin UMNO, maka laporan ke SPRM oleh Ustaz Kamarudin Sidek dan Syamsul Iskandar adalah sesuatu yang tepat. SPRM boleh menentukan Ali Rustam tidak bersalah, jika dia benar tidak bersalah dan dianiayai Lem...

Daripada mana UMNO Melaka belajar baring atas jalan?

UMNO Melaka mempertahankan Ali Rustam hingga baring atas jalan . Penyokong Umno berbaring di jalan, cuba menghalang ketua Angkatan Muda PKR keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas membuat aduan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Daripada mana UMNO Melaka belajar baring atas jalan? Daripada yang ini atau  yang itu ?

Pening Kepala Baca Blog Orang UMNO

Boleh dikatakan, takrifan "Bangsa" oleh orang UMNO begitu sempit. Bagi Mereka, "Bangsa" itu hanya merujuk kepada keturunan Melayu yang berada di negara yang dibentuk daripada bekas jajahan Inggeris. Yang peliknya, UMNO juga menentang penubuhan Negara Melayu Raya. Selama ini, saya menggunakan "Bangsa" sebagai merujuk kepada warga bagi satu negara. Bangsa Malaysia. Satu bentuk nasionalisme yang wujud hasil daripada kerjasama UMNO dengan British. Malaysia ditubuhkan supaya bekas jajahan Inggeris duduk dalam satu negara. Negara Melayu Raya UMNO tentang. Tapi orang UMNO yang banyak cakap tentang "bangsa". Rupanya takrifan mereka begitu sempit. Kaum Cina dan India warga Malaysia dianggap sebagai "Bangsa Asing" atau "Bangsa lain". Walhal "Bangsa Asing" dalam konteks nasionalisme adalah warga asing seperti pelancong asing, pekerja asing. Dr Burhanuddin menulis... “Kita ...

Kewujudan Puteri UMNO menyebabkan istilah "Wanita" menjadi tua

Banyak cerita tentang pembubaran Puteri UMNO. Itu hanya cadangan sahaja untuk mengurangkan "politik wang". Hairan juga bagaimana kalau ada banyak pertandingan boleh banyak "main duit" ? Sekolah rendah dulu, Pasukan Bola Jaring ada banyak perlawanan juga, tetapi pemain hanya makan biskut kering. Satu kesan ketara kewujudan "Puteri UMNO", istilah wanita kelihatan tua. Majalah fesyen ada guna perkataan Wanita lagi tak? "Fesyen untuk Wanita", mungkin akan kelihatan seperti fesyen untuk perempuan 40 tahun ke atas. Nasib baik masih ada lagi rancangan "Wanita Hari ini" yang menunjukkan Wanita itu masih lagi muda. YB Nik Nazmi dulu pernah mengatakan bahawa perlunya menarik Wanita dalam AMK PKR . Bayangkan kalau istilah wanita itu dianggap sebagai untuk 40 tahun keatas sahaja. Bagaimana makcik 40 tahun ke atas nak sertai AMK? Tanpa Puteri UMNO, Wanita UMNO adalah terbuka untuk semua wanita walaupun bawah 40 tahun. Bila adan...