Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Australia

Emas Turun, Minyak Turun, Saham Turun, Apa yang Naik?

Ramai yang suka harga minyak turun, termasuklah Shahrir Samad . “Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun, walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya. “Saya tidak boleh ramal tapi harapannya macam yang lain. Tetapi alhamdulillah nampaknya harga minyak di paras yang stabil dan saya harap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit supaya kita dapat pula satu berita baik sebelum hari raya. Kalau kita lihat dalam 2 bulan sebelum ini, semua harga komoditi turun, Minyak, Emas, itu ini. Saham juga kebanyakan turun. Hai, kalau semua turun apa yang naik? Jawapannya ialah USD. USD cuba bangkit dari kejatuhan berterusan sejak lebihkurang setahun yang lalu, Dan ini menyebabkan banyak harga turun. Sampai bila dia hendak turun? Mari lihat carta USD berbanding euro. USd telah naik melebihi purata 200 harinya berbanding euro. Menunggu masa ia akan tergolek, paling kurang ia akan berada pada tahap warha hijau (purata 200 h...