Hati ini bercampur baur, Aku benci, tapi kadang kalanya rindu. Bila kuselak, Tanggal 29 November 2010, Bermulanya hubungan. Aku dan Facebook Ads... Bil pertama, 6 disember 2010. Masihku ingat Bank telefon Kenapa ada Facebook dalam bill? Bayar ke siapa? Aku pun jawap "facebook" Ditanya lagi "Facebook mana"? Aku pun jawap "facebook" "Syarikat Facebook tu" Mungkin zaman itu, tiada orang bayar ke "Facebook" Tak lama selepas itu PRK Merlimau. Guna Fb Ads.. Entah mengapa aku tak faham Yuhaizad nak padam Page itu. Walhal dia yang bertanding, Suka hati dia lah... Masa berlalu, keakraban makin erat. Teringat lagi, terpaksa cari Artis Tamil untuk iklan Deepavalee. Masa Berlalu lagi, Facebook makin kedekut. Makin kedekut, Tahi hidung masin. Iklan masih boleh jadi murah, tapi impak sudah tiada. Kedekut pada fanpage. Kalau dulu 1 engagement, boleh lama sikit orang nampak di time line. makin lama makin singkat...
Ayhd Yang Hendak Dibaca