Dimaklumkan bahawa Beras Padu ditutup dalam anggaran sebulan lebih, bertujuan untuk mengira berapa KWh tenaga yang digunakan. Sejak berlakunya revolusi Cekap Tenaga beberapa bulan yang lalu (di rumah saya) dan kalau Beras Padu ditutup, Penggunaan Elektrik telah turun sehingga ke tahap 55% berbanding dahulu. Namun Beras Padu duduk di komputer yang tidak cekap tenaga, Athlon XP lama. tidak sesuai untuk dihidupkan 24 jam, sepertimana yang pengunjung Beras Padu mahukan. Ia tidak boleh tidur seperti komputer-komputer lain di rumah. Saya perlu mencari kaedah Cekap Tenaga bagi menghidupkan kembali Beras Padu. Mungkin perlu beli komputer khas yang cekap tenaga. Wujud punya banyak pilihan, entah mana yang sesuai. http://www.metaefficient.com/computers/the-greenest-pcs-of-2008.html Ada juga yang tidak dijual di Malaysia. Semalam saya terjumpa Linutop 2 dan Linutop 3 , keluaran Peranchis. Hari ini, saya merasakan bahawa fit-PC2i yang paling sesuai kerana pada muatan penuh pemp...
Ayhd Yang Hendak Dibaca