PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia yang menyerahkan kerakyatan negara ini untuk menjadi warganegara lain tidak lagi boleh mendapatkannya semula, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. “Satu perkara yang saya nak beritahu dan jelaskan, rakyat Malaysia yang sudah serah kerakyatan, tetapi nak balik kerakyatan, tak boleh jadi rakyat Malaysia semula,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN), di sini, semalam. Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengulas laporan akhbar semalam mengenai kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan Chai Ho, bahawa 106,000 rakyat Malaysia menyerahkan kerakyatan mereka dari 1996 hingga April lalu. Walaubagaimanapun, Ramai diantara mereka ingin memohon kerakyatan Malaysia semula, setelah tertarik dengan "Peraduan Saya Anak Malaysia PETRONAS" yang bermula sejak 15 Jun yang lalu. Peraduan itu mensyaratkan hanya warga negara Malaysia sahaja yang layak menyertainya. Manakala di...
Ayhd Yang Hendak Dibaca