test

Memaparkan catatan dengan label web 2.0. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label web 2.0. Papar semua catatan

Selasa, 7 Oktober 2014

Mengurus apa hendak dibaca supaya tidak dikawal orang lain

Kita ada 24 sehari, dalam 365 hari, daripada usia yang ada.

Kita tak cukup masa untuk baca benda bermanafaat, Tak cukup masa untuk follow rakan-rakan kita.

Tetapi apa yang berlaku, biasanya kita membaca atau menonton apa yang disuapkan pada kita.

Jangan biarkan media sosial atau media lain menentukan apa yang kita hendak baca.

Kita boleh follow kawan kita, kita juga boleh baca apa yang dicadangkan oleh kawan kita.
Kita boleh juga baca apa yang ditulis oleh tokoh-tokoh, atau baca berita.

Adakalanya apa yang dicadangkan oleh kawan kita untuk dibaca itu memang bagus.
Dia sudah baca 20,30 artikel, tetapi kongsikan hanya 1,2 sehari.

Tetapi tengok orang juga, Siapa kawan kita itu.

Ada orang yang terima maklumat, rasa seronok, terus kongsi.
Tak semak pun sahih atau tidak, bila hati dia tersentuh dia akan kongsi.

Lupakan orang2 macam ini seketika, sebab ada ramai.

Yang betul2 membaca, dan memilih apa yang benar2 bermanafaat dan menarik untuk dikongsi, tidak ramai.

Saya ada meminati beberapa orang punya perkongsian.
Biasanya apa yang dia kongsi adalah menarik, informatif atau pelik sedikit tetapi bermaklumat.

Orang sebegitu tidak ramai.

Dulu ada Beras Terpilih, hanya untuk mengumpulkan apa yang yang mereka telah tapis dan dirasakan menarik.

Kematian Google Reader, menyebabkan beras terpilih juga mati.

Mereka masih membaca tetapi, perkongsian mereka tak sampai untuk diproses.

Di Facebook juga ada beberapa orang yang suka kongsi benda bermanfaat.
Tetapi tidak semestinya popular.

Jadi anda kena tapis kawan anda ikut kategori supaya anda boleh dapat baca benda bermanafaat, dan tidak tenggelam dengan benda popular/viral yang melekakan.


Jika kita nanti disuapkan oleh media sosial seperti facebook atau Google+ , mereka akan tentukan apa kita nak baca.

Kebanyakan enjin media sosial atau web 2.0 mengambil kira populariti untuk diangkat menjadi lebih popular.

Tetapi kebanyakan orang leka dan lalai, maka akan terjadi banyak benda tidak bermanfaat dipopularkan oleh orang ramai. Algoritma Facebook makin mengarut, sehinggakan URL popular yang dikongsi oleh bukan kawan kita pun boleh timbul.

Sekarang ini, jika anda buka facebook untuk kali pertama, tanpa sentuh yang lain, anda dapati banyak URL pelik dipaparkan. URL Kisah terlalu sensasi.


Adakalanya benda bermanafaat yang dikongsi oleh kawan kita sendiri pun kita tak nampak.

Jadi kena ada usaha secara manual sedikit, untuk follow kawan-kawan baik kita, mana yang kongsi benda bagus.

Ada banyak media sosial, kawan kita hanya kongsi di facebook, Mudin pula suka baca di flip it dan kongsi di twitter, Ustaz2 ada yang tulis di blog sendiri ada tulis di Facebook. Ada yang di Youtube.

Jadi kita kena susun sendiri apa kita nak baca.

Belum ada aplikasi khas yang boleh buatkan kita follow kawan-kawan kita dengan baik.
Follow Ahmad di twitter
Follow Sebol di Google+
Follow ZulHazmi di Facebook.
Jed Yoong mana pergi? Tak tahu nak follow di Mana.

Gabung dalam 1


Ada orang memang nak guna media sosial untuk bersosial, chit chat sana sini, jenis macam itu saya tak maksudkan dalam artikel ini. Tetapi kena jenguk sekali sekala, sebab mereka pun kawan kita juga.

Nak follow seseorang di Facebook , tanpa akaun facebook memang sukar, melainkan dia ada share sekali di twitter. Kerana Profil Facebook seseorang tak boleh dibaca tanpa logmasuk. Yang peliknya posting publicnya boleh dibaca, melalui pautan dari twitter.

Ini baru cerita follow, belum masuk cerita berita mana patut baca.

Apa pun, jangan terpengaruh atau hanyut dengan berita popular atau viral yang boleh mencuri masa berharga anda.









Jumaat, 15 Mei 2009

Tutorial : Menambah 'chatbox' Google Friend Connect di Blogger.com

Sebenarnya saya bukanlah seorang peminat ideologi 'chatbox mesti ada di blog'. Akan tetapi saya tertarik dengan konsep google friend connect.

Sebelum ini saya banyak melihat laman blog yang menyediakan senarai ahli google friend connect di blog masing-masing. Ianya biasanya dikenali sebagai 'follower'.

Blog Kedahlanie, cukup ramai ahlinya, akan tetapi apa ahlinya boleh buat?

(ketika ini ada 263 ahli)


Disebabkan saya sendiri, sebelum ini tidak pasti apa follower ini boleh buat, maka saya tidak meletakkan senarai 'follower' di blog saya.

Akan tetapi saya menjumpai bahawa 'follower' boleh memberi komen. Dengan meniru Petaling Street Baru, Beras Padu menyediakan medium borak sebegitu. Untuk maklumat petaling street & Beras Padu tidak menggunakan enjin Blogger.com.

Di situ letaknya keindahannya.

Ahli yang ingin menyertai google friend connect tidak diwajibkan untuk mempunyai akaun blogger.com, beberapa jenis autentikasi lain juga boleh logmasuk ke google friend connect.

Tidak seperti Facebook yang sering mensyaratkan keahlian.

Itu baru pengenalannya sahaja,

Kini masuk sesi tutorial,


Bagaimana meletakkan wiget borak Google Friend Connect untuk blogawan yang menggunakan platform Blogger.com (blogspot).


Pertama, masuk ke http://www.google.com/friendconnect/

Logmasuk menggunakan akaun Blogger.com anda.




Pilih blog yang mana satu, (seperti bulatan atas), klik social gadget dan kemudian pilih 'Get This Widget' pada 'Comments'.

Anda akan dapat halaman sebegini:-
 (klik untuk besarkan)


Ubahsuailah apa yang patut, seperti :

  • mengecilkan kelebaran menjadi 220 , mengikut kesesuaian templat anda
  • bilangan maksimum mesej daripada 5 ke 10, atau lebih
  • Tukar warna
  • Ubah 'Comments' menjadi 'Borak Santai'


Klik "Generate Code'


Kemudian tepeklah kod HTML itu di susunatur (Layout) blog anda.

Selasa, 24 Mac 2009

MENJ, Jed Yoong dan Aliran Maklumat Blog Tempatan

Masih ingatkah lagi Carta Aliran Maklumat Blog Tempatan?




Dalam carta itu ada Jed Yoong, tetapi tiada MENJ.
Tetapi apabila MENJ membeli Petaling Street.

Maka ada unsur MENJ dalam carta itu.
Akan tetapi unsur MENJ pada carta itu halanya ke arah lain.

Petaling Street tidak membawa maklumatnya ke mana-mana.

Semalam, saya berborak dengan MENJ, tentang pengintegrasian Petaling Street dengan Negaraku.
Saya mencadangkan supaya di borang Negaraku.net boleh juga ada opsyen untuk menghantar maklumat yang sama ke Petaling Street.

Begitu juga Petaling Street, setelah pengguna menghantar maklumat di petaling Street, perlu ada opsyen "Anda Mahu hantar ke Negaraku.net"?

Barulah maklumat boleh diintegrasikan.
Sekiranya sesuatu catatan di Negaraku.net diangkat oleh pengunjung, ia juga automatik disiarkan di Beras Terpilih , Beras Padu, blog saya dan Whitenaval.

MENJ mempunyai kuasa terhadap Petaling Street
Jed Yoong juga mempunyai kuasa untuk tidak 'share' mana-mana catatan.

Sama-sama ada kuasa.
Diam-diam cukuplah.

Kalau Jed Yoong tidak mahu 'share' penulisan MENJ, diam-diam cukup lah.
Kalau MENJ tidak ban orang, diam-diam cukuplah.

Saya pun ada kuasa.
Saya yang menentukan sesuatu blog itu tersenarai di Beras Padu atau tidak.
Kalau saya keluarkan sesuatu laman blog, saya diam-diam sahaja.

Noktah Hitam pun ada kuasa, dia boleh ban sesiapa sahaja dari Negaraku.net
Diam-diam cukuplah.

Isnin, 15 Disember 2008

Catatan Blog Paling Popular di Malaysia Hari Ini

Saya terjumpa satu URL dimana cukup sesuai untuk kita rujuk, apakah catatan blog paling popular hari ini di Malaysia.

Walaubagaimanapun, catatan blog popular itu hanyalah dikalangan pengguna feedjit sahaja.


Sila tandabuku URL ini

http://feedjit.com/news/MY/?s=p


atau

dalam Bahasa melayu sahaja
http://feedjit.com/news/MY/10/lang-ms/

Rabu, 3 Disember 2008

Facebook, Perkongsian Bersyarat

Banyak kali juga saya menerima URL dari facebook, untuk melihat sesuatu, namun untuk melihat sesuatu dalam Facebook, walaupun telah ditetapkan sebagai "public" atau "everyone" oleh pengguna Facebook, pengguna mempunyai akaun Facebook untuk melihatnya.

Apa erti "public" atau "everyone" kaalu begitu?

Kalau benar mahu dikongsikan, mengata mensyaratkan keahlian Facebook?

Ada sesiapa mempunyai akaun Facebook untuk dilacurkan?
berikan Logmasuk dan katalaluan

Sabtu, 11 Oktober 2008

Mana Tidaknya Google Pening, Masalah SEO Khalid Samad

Pejabat YB Khalid Abdul Samad telah mengutarakan masalah SEO laman blog boss nya iaitu Khalid Abdul Samad.





-Pejabat YB Khalid Abd Samad- said...





Terima kasih atas komen Tuan Hasbullah Pit "Ref Malaysiakini" diletakkan pada tajuk kali ini utk kajian pihak kami keatas kapasiti enjin pencari Google 'mencari' blog ini dlm blogosphere kerana terdapat sedikit masalah pencarian - walaupun telah di index dlm Google. Sekarang lebih jelas sedikit kerana tidak keluar di Malaysiakini pun setelah hampir 12 jam. Mungkin Tuan boleh memberi pandangan utk memudahkan lagi pencarian di Google.

Harap maaf diatas kesulitan yg timbul. "Ref Malaysiakini" kini telah di keluarkan dari posting.

Malangnya dia telah tersalah berguru, dan menggunakan kaedah yang kurang beretika, untuk menyelesaikan masalah yang lain.

Masalah sebenarnya ialah SEO.
Blogawan wordpress ramai yang pakar SEO, saya bukan pakar SEO, tetapi tidaklah bodoh sangat sehingga tidak mengetahui apa-apa.

Bagaimana sesuatu nama boleh dikaitkan terus oleh google kepada sesuatu laman web atau blog?
Kalau hanya ada 1 laman blog Khalid Samad, dan semua pautan "Khalid Samad" ditudingkan ke situ, maka ianya mudah.

Akan tetapi perkara yang terjadi ialah ada banyak blog khalid Samad, akan tetapi yang rasmi adalah yang berURL http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com

Akan tetapi, masoh lagi wujud laman blog "lama" dan tidak aktif dikenali sebagai blog "Khalid Samad".

http://khalidsamad.blogspot.com
http://khalidabdulsamad.blogspot.com
http://khalidabdsamad.blogspot.com

Google pening yang mana satu "Khalid Samad" sebenarnya?

"Khalid Abdul Samad" atau "Khalid Samad"?
Yang ini pun empunya diri perlu tentukan, nama komersil mana satu yang hendak digunakan, ada Abdul atau tidak.

Jika hendak mempopularkan http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com, maka laman blog lama tidak aktif atau lupa katalaluan perlu dihapuskan dari dituding sebagai "Khalid Samad".

3 laman blog tidak aktif itu perlu ditukar URL, dan tidak mempunyai tajuk "Khalid Samad".
Maka ia akan lebih mudah untuk google tentukan yang mana satu "khalid samad".

Masalah yang timbul, berpunca dari banyaknya laman web / blog lain yang mentuding "Khalid Samad" ke laman blog yang sudah mati.

Jadi, Pejabat YB Khalid samad kena kesan siapa yang tuding ke laman blog yang salah.

google rentetan berikut.


link:http://khalidsamad.blogspot.com
link:http://khalidabdulsamad.blogspot.com
link:http://khalidabdsamad.blogspot.com


lakukan carian menggunakan enijn yang lain juga. beritahu secara manual bahawa URL sebenar ialah http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com

Sebelum itu, tuan punya diri perlu tentukan, adalah alamat bagi Khalid Samad ialah sebegitu atau mahukan nama yang lebih mirip namanya seperti khalid.samad.my atau khalidsamad.my

kalau beli domain samad.my, boleh kongsi dengan Shahrir Samad.

seorang khalid.samad.my
seorang lagi shahrir.samad.my

Kalau sudah beli domain samad.my, barulah boleh digunakan pada blog sedia ada. Kaedahnya akan diceritakan kemudian.

Apa pun tanya boss dulu nak khalid.samad.my atau tidak, kalau mahu, YM "sameon" untuk beli domain, selepas itu YM sebolku, untuk belajar konfigurasi. Atau belajar sendiri.

Atas sebab teknikal, saya lebih prefer samad.my berbanding khalidsamad.my kerana mengikut hukum DNS, khalidsamad.my tidak boleh diCNAMEkan ke blogger. Kena tambah "www".

kalau daftar samad.my,  boleh masuk guna kedua-dua www.khalid.samad.my dan khalid.samad.my
seperti hasbullah.pit.my dan www.hasbullah.pit.my

Kasihan pula Afham kerana tak boleh masuk blognya tanpa www.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Melajukan Blog Menggunakan Kaedah Malas Muat

Apa itu kaedah malas muat? saya curi dari istilah lazy load.

Kalau anda perhatikan, blog saya membunyai sidebar di sebelah kanan yang agak berselirat, tetapi tidak berselirat sangat.

Ada blog yang mempunyai sidebar di sebelah kiri dan kanan. Ada juga yang di sebelah kiri sahaja.

Terpulang pada "tuan tanah".

Saya memilih untuk mempunyai sidebar di sebelah kanan kerana saya mahu ia dimuatkan selepas kandungan dimuatkan.

Yang agak berat di kemudiankan.

Oleh itu pengguna yang mempunyai kelajuan internet perlahan masih boleh membaca kandungan utama blog tanpa perlu habis menunggu keseluruhan blog dimuatkan. Walaupun, ia berlatarbelakangkan kelabu, sebelum menjadi putih, ia tetap boleh dibaca.

Mana-mana wiget yang berat dan tidak berapa perlu, diletakkan di paling kiri dan paling bawah.

Baru-baru ini blogawati tersohor di Melaka, Puan Nur Aflah, telah bertanyakan adakah laman blognya lambat untuk dimuatkan.

ketika itu memang banyak flash.

Maka jawapan ringkas saya ialah "kurangkan flash".

Maka ia agak lebih laju sedikit. Namun masih boleh dipertingkatkan kalau menggunakan kaedah malas muat.

Wiget  yang ada flash duduk di kiri, wiget yang tidak berflash duduk di kanan.

Rujuk contoh:

Sila klik

Suapan RSS yang berasaskan HTML lebih laju untuk dimuatkan.
Kandungan blog boleh dibaca tanpa menunggu wiget berat yang telah diletakkan di sebelah kiri.

Jumaat, 19 September 2008

Apa yang Anda Faham Tentang Web 2.0 ?

Si Rastom dan Zubli bercerita tentang web 2.0 di topik Shahrir Samad.

Apa yang anda faham dengan web 2.0?

Ramai diantara kita bercakap tentang blog, tetapi menganggap blog sendiri sebagai laman web.

Ada banyak takrifan web 2.0, siapa yang lebih betul? tiada hakim yang menentikannya.

Web 2.0 bukanlah sekadar blog yang mana pengunjung masuk setiap hari, dari satu blog ke blog.

Mana-mana laman web yang tidak menyediakan RSS boleh dikirakan bukan web 2.0.

Antara sifat web 2.0 yang menarik ialah pengguna boleh menggangkat sesuatu artikel untuk naik ke atas.

Andaikana sesuatu penulisan itu baik, penulisanitu diangkat oleh pembacanya setinggi yang boleh. Namun sifat sebegitu tidak wujud pada budaya blog tempatan, dimana penulisan sering diangkat dengan menyalinnya di tempat yang dirasa lebih popular.

sebagai contoh, blogawan sendiri terpaksa menghantar catatannya sendiri ke tranungkite.

Nak mengweb2.0kan manusia tempatan bukan senang, kerana budaya pembelajaran tempatan adalah lebih kepada meniru gaya pengkomputeran kawan yang mereka kenal secara fizikal, bukannya dalamtalian.

Pelbagai cara direka untuk mengangkat catatan blog, salin tepek juga yang mereka suka.

Antara ciri web 2.0 ialah pengasingan pengformatan dengan kandungan.

Ini yang selalu blogawan lupa.

Ada diantara mereka mewarnakan tulisan dalam kandungan blog sendiri supaya sesuai dengan apa yang dia hendak lihat di pelungsur web.

Ada yang menulis tajuk dia ruangan badan , hanya kerana hendak mewarnakan tajuk dengan warna yang disukainya.


Berbalik kepada web 2.0, kononnya akan ada web 3.0, bezanya ialah, catatan diangkat oleh golonganprofesional, berbanding mana-mana pengguna pada web 2.0.

Beras Terpilih adalah web 2.5 dimana ianya dipilih orang yang tidak profesional. :)

Ahad, 31 Ogos 2008

Carta Aliran Maklumat Blog Tempatan

Carta ini telah saya buat untuk menggambarkan aliran maklumat blog-blog.
Sila klik pada imej untuk melihat gambar yang lebih jelas.


Carta menunjukkan bagaimana sesuatu catatan blog diangkat oleh robot dan manusia.
Dimana anda?
Ada yang membaca blog satu persatu.
Ada yang membaca blog dari Beras Padu.
Ada yang membaca blog dari pembaca RSS jenama kesukaannya.
Ada yang suka baca upcoming di Negaraku.net

Adakah anda tergolong dalam golongan yang suka membaca blog satu persatu?
Masuk sahaja blog itu, "Alamak belum kemaskini"


Panah yang berwarna biru adalah aliran yang dilakukan oleh manusia, dimana pembaca yang boleh mengangkat sesuatu catatan blog supaya naik. Pembaca di Beras Padu boleh hantar dan undi ke Negaraku.net. Setiap catatan yang popular akan digabungkan dengan catatan yang dipilih secara manual oleh "Editor" Beras Terpilih.

(Editor : mudin , Ezza, Jed dan saya)

Panah berwarna hitam adalah aliran yang dilakukan oleh mesin iaitu menggunakan RSS.
Google Reader menarik suapan dari blog-blog, begitu juga Beras Padu.
Malaysiakita-bm dan The X Blog, dijana tanpa menggunakan manusia yang memilih catatan secara manual. hanya pemiliknya yang menentukan suapan mana yang dia mahu ambil.

Sarawho juga dijana oleh robot.

Petaling Street kes istimewa dimana ianya boleh dihantar secara manual ataupun automatik.

Kalau sebelum ini, catatan terpilih di Beras Terpilih memang bergantung kepada 4 orang "editor " ini, tapi selepas bergabung dengan RSS negaraku.net (Top News), maka sesiapa sahaja pun boleh menentukan catatan mana yang mampu disiarkan di Beras Terpilih, tetapi melalui Negaraku.net. Perlu daftar dahulu.

Anda tidak perlu menjadi blogawan untuk menggunakan negaraku.net ianya terbuka untuk pembaca blog.

Sekira anda sudah daftar dan logmasuk, maka senanglah anda mengundi (fave it) pada mana-mana catatan blog yang anda rasa berkualiti pada
  • laman blog itu sendiri (sekiranya ada wiget Negaraku.net) ATAU
  • laman upcoming / Top News ATAU
  • pada Beras Padu (pada bendera Malaysia kecil).
Terdapat blogawan yang meletakkan wiget Negaraku.net pada blognya seperti Jed Yoong. Sekiranya terdapat mana-mana catatannya yang anda rasa berkualiti, anda boleh klik "GO" untuk hantarkan catatannya bagi pihaknya.

Saya tidak berbohong apabila saya mengatakan saya sudah jatuh cinta dengan Negaraku.net, Lihatlah carta itu, betapa indahnya aliran maklumat.

Diharap Noktah hitam dapat menyediakan wiget lebih kecil dalam satu baris seperti

Fave it(6)
submit GO

Bang Bakaq dulu sudah letak, tetapi dia sudah keluarkan balik, mungkin kerana ia terlalu besar.

Selasa, 12 Ogos 2008

Saya Sudah Jatuh Cinta Dengan Negaraku.net

Saya Sudah Jatuh Cinta Dengan Negaraku.net

Apa tu Negaraku.net?

Ianya klon kepada digg yang bagi saya sesuai untuk kandungan blog tempatan terutama sekali blog politik dan separa politik berbanding rockyourvote, innit, dan layann.

Negaraku.net bukan Agregator RSS, kerana ruangan agregator RSSnya telah berpindah ke sini

Jadi apa kelebihan negaraku.net berbanding 3 pencabarnya itu? Entahlah.
Bagi saya kandungan sedia ada didalamnya lebih bertamadun berbanding lain, jadi bagi blogger yang bertamadun ayuh daftar negaraku.net dan letakkan wiget negaraku.net pada blog anda.

Sekiranya tidak meletakkan wiget pun boleh juga, tetapi sukarlah pengunjung setia anda yang berjuta-juta itu untuk mengundi anda.

Pengunjung blog ini, jemput daftar di negaraku.net untuk mengundi catatan-catatan saya yang anda rasa menarik. Anda tidak perlu menjadi blogger untuk mengundi.
Atau anda juga boleh mengundi catatan yang anda rasa menarik di kemasukan baru (Latest Buzz)


Bagi menulis blog yang sudah mendaftar, maka bolehlah belajar bagaimana meletakkan tag Negaraku.net di blog anda. Bagi pengguna blogger.com, anda hanya perlu perlu "layout" --> "Edit HTML" --> Expand HTML untuk meletakkan HTML itu.


Bagi penulis blog yang menggunakan feedburner, anda boleh menambah tag negaraku.net pada suapan RSS anda menggunakan 'FeedFlare'.

Kepada pelanggan RSS Beras Terpilih, tag "fave it on Negaraku!" juga disediakan.
(klik sini untuk langgan RSS Beras Terpilih menggunakan Google Reader)

Lihatla betapa indahnya aliran maklumat.

Daripada blog-blog yang dibaca oleh saya, jed, mudin, dan erisar, kemudiannya dipilih, dan kemudiannya pengguna boleh membaca catatan terpilih itu untuk dipilih lagi di negaraku.net oleh orang ramai.

Noktah hitam, Saya nak beli 20% negaraku.net? mahu jual?

Jumaat, 1 Ogos 2008

Tips Blogger: Gunakan feedburner untuk Memudahkan Perpindahan blog.

Malam ini Saudara Khairul Faizi dikatakan akan memindahkan blognya ke alamat blog baru.

Alamat baru yang sepatutnya ialah http://minda-kembara.com
Jam sudah melepasi 12 malam tapi masih belum timbul blog barunya.

Walaubagaimanapun, blog barunya boleh dilihat sementara di http://minda-kembara.com/v2008/
Tiada siapa yang bocorkan alamat sementara kerana robot technorati yang bocorkan.


Pelanggan RSSnya sepatutnya tidak perlu berbuat apa-apa kalau Khairul Faizi atau juruteranya melencongkan suapan RSSnya kepada sumber suapan yang baru.



Tutorial Bagaimana menukar sumber suapan RSS pada Feedburner untuk perpindahan blog.

1. logmasuk feedburner, klik pada nama suapan itu.
2. Edit subscription detail. buat sebegini

3. "Save Feed Details"



Tutorial: Memaparkan Kandungan Blog baru di blog lama

Alamat blog yang lama jangan dipersiakan kerana ia boleh dijadikan pintu masuk kepada blog baru.
Feedburner mempunyai kebolehan memaparkan kandungan rss di sesuatu blog.

1. Logmasuk Feedburner, pilih feed dan pilih "Publicize"
2. Kemudian Pilih BuzzBoost.
3. godek secukup rasa, supaya kandungan blog baru boleh dipaparkan di blog lama.

contoh:

4. Klik Go! , bila sudah rasa sesuai.

Sekian, selamat berpindah blog.

Rabu, 30 Julai 2008

Tips Blogger: Jangan Putihkan Warna tulisan blog anda Secara Manual

Terdapat penulis blog yang mempunyai blog berlatarbelakangkan gelap, akan tetapi oleh kerana tulisan asal adalah tidak cukup putih untuk menerlahkan tulisan itu, maka terdapat blogger yang memutihkan tulisannya secara manual pada kandungan blog.

Apa akan Jadi?

Sekiranya blog dibaca pada laman blog sahaja, ia akan kelihatan elok, akan tetapi apabila blog dibaca oleh pembaca rss seperti googlereader, tulisan mungkin tidak kelihatan langsung.

Lihat contoh:



Jadi apa penyelesaiannya?
Menurut konsep web 2.0, kandungan dipisahkan dengan pengformatan melainkan yang tidak melibatkan warna dan jenis tulisan.

Sila lihat video ini

Selasa, 29 Julai 2008

Seminar Bloggers PAS Melaka

Seminar Bloggers PAS Melaka akan di adakan:

Tarikh: 3 Ogos 2008 , 8:30 pagi
Tempat: Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, (Semabok).

Antara acara yang diadakan ialah penerangan tentang penulisan, dan penerangan tentang "blog".

Sasaran Hadirin:

  • Seseorang yang belum mempunyai blog, supaya boleh belajar membuat blog.
  • Seseorang yang sudah mempunyai blog, untuk meningkatkan kemahiran berblog sambil mempromosikan blognya.
  • Seseorang yang (atau akan) mengendali blog sesuatu Dewan atau kawasan atau cawangan.
  • Seseorang yang mempunyai bakat penulisan tetapi tak tau bagaimana nak mula berblog.
  • Pemuda PAS Johor yang menyahut seruan Ketua Pemudanya "Satu Pemuda Satu Blog"
  • Blogger Tersohor yang ingin berkenal-kenalan dengan blogger semi-tersohor.
  • Blogger yang berideologi "Chatbox tak perlu ada" yang nak berdebat dengan blogger berideologi "Chatbox mesti ada"
  • Anda yang membaca catatan ini.


Insentif Tambahan:
Semua blog blogger yang hadir DAN blog yang dibuat ketika seminar itu akan automatik diserapkan ke ruangan "Beras Padu Sementara" di Beras Terpilih.

Peta:

View Larger Map


Sebarang persoalan, sila ajukan diruangan Ulasan catatan ini.

Jumaat, 16 Mei 2008

SMS vs Web vs Gopher

Tersebutlah alkisah bagaimana SMS dijadikan bahan perbincangan di Parlimen, yang menunjukkan betapa negatifnya SMS.

Di Negara kita SMS terlalu didewa-dewakan, maklumkan ianyamedium yang sesuai untuk sampai ke hampir semua orang, memandangkan tahap penetrasi Internet masih rendah di Malaysia.

Maka Acara itu guna sms, semak ini guna SMS, semak halal pun guna sms.
Tak hairan kalau Malaysia negara ke 6 terbanyak menggunakan SMS di dunia ini.

Program realiti menggunakan SMS berbanding Internet, kerana 2 sebab:-
1. SMS boleh menjana pendapatan, berbanding Internet kerana agak sukar.
2. Penetrasi Internet di Kalangan orang Melayu amat kurang, kebiasaannya sasaran utama mereka ialah orang melayu.

Memperbanyakkan penggunaan SMS tidak dapat membantu meluaskan penetrasi Internet ke kawasan kampung.

Mengapa tidak undian AFUNDI itu digantikan dengan web?
Saya rasa automatik ramai orang akan menginternetkan dirinya.

Walaupun segala bentuk Siaran Program Realiti Hiburan melalaikan, walaubagaimanapun ia boleh dijadiman pemangkin untuk meluaskan penetrasi Internet.

Suatu ketika dahulu, Web mengatasi gopher, hanya kerana Web boleh memaparkan gambar lucah, dan mendominasi Internet.

Rasanya sampai bila pun IPV6 tak dapat mengatasi IPV4 kerasa web di IPV4 sudah boleh buat macam-macam.

Apa kata kalau undian Akademi Fantasia hanya boleh dilakukan dengan IPV6?

Sabtu, 26 April 2008

"Beras Terpilih" bukan RSS Agregator seperti Sarawho dan Beras Padu

Terima Kasih diucapkan kepada Penarek Beca yang telah membuat pautan ke Beras Terpilih akan tetapi menggunakan nama "Agregator".

Akan Tetapi dimaklumkan bahawa Beras Terpilih dijana secara manual oleh editor-editornya iaitu Mudin001, Ezza , Jed Yoong.

Ianya bukanlah seperti Agregator RSS yang buta tuli menerima bulat-bulat semua maklumat seperti Beras Padu, Sarawho, Petalingstreet ....
Tidak dilupakan Malaysia-bakaq.

Terdapat unsur "memilih" berlaku oleh keempat-empat orang editor yang tidak profesianal ini.

Konsep Beras Terpilih itu sendiri "Bidan terjun", berdasarkan sikap suka berkongsi yang mulia oleh editor, maka ia lahir.

Di sini saya ingin bercakap tentang "Aliran maklumat media alternatif".

Dari ruang lingkup pemikiran Ali Rustam, mudah sahaja, katakan sahaja semua ADUN mesti ada blog. Akan tetapi itu bukanlah penyelesaian terbaik, kerana siapa pula nak baca blog-blog kalau blog bersawang yang bersepah.

Beras Padu dan Malaysia-bakaq mungkin penyelesaian sementara untuk mendapatkan maklumat media alternatif.

Akan tetapi banyak pihak yang lebih suka salintepek artikel berita di blog masing-masing dan menjadikan agregator berulang-ulang menceritakan perkara sama.

Oleh kerana Tandabuku Sosial adalah terlalu asing bagi pengguna internet Di Malaysia, maka Beras Terpilih mungkin penyelesaian terbaik untuk mendapatkan maklumat "terpilih".

Setelah beberapa hari Beras Terpilih beroperasi, maka saya dapati terdapat satu kelemahan besar Beras Terpilih iaitu, Editor tidak boleh memilihberas artikel yang tiada dalam senarai googlereadernya.

Jika Mudin terjumpa satu atikel yang menarik untuk dikongsi tetapi tidak dilanggan oleh googlereadernya, maka dia terpaksa langgan suapan rss itu supaya dia boleh pilih artikel itu.

Bagaimana kalau artikel itu tidak diletakkan pada laman yang ada RSS seperti laman web kuno seperti Melaka Hari Ini?

Jadi, Sementara mencari idea untuk penyelesaian yang lebih baik, maka Beras Terpilih perlu diteruskan dengan merekrut 2,3 editor tambahan.

Rabu, 23 April 2008

Beras Terpilih (BETA)

Oleh kerana Beras Padu terlampau sendat dengan catatan blog, kalau saya memilih laman blog yang terbaik sekalipun ia akan menjadi umpama sampah.

Akan tetapi Beras Padu tetap sesuai untuk golongan yang suka membaca.

Beberapa hari lalu, saya tertarik dengan komitmen Tok Mudin untuk berkongsikan catatan blog mana yang dia suka.

Saudari Ezza pun mula mencuba "Wiget Google Reader Tok Mudin dan OPML Beras Padu" dengan jayanya.

Jed Yoong, memang sudah ada Wiget Google Reader di blognya.

Di akan kesungguhan 3 insan ini untuk berkongsi maklumat, maka saya sediakan Beras Terpilih untuk mereka.

http://beras-terpilih.blogspot.com/


Dalam masa beberapa jam bermain dengan RSS dan CSS, maka jadilah ia.

Saya tidak pasti ia akan berjalan seperti yang saya rancangkan atau tidak.

Hanya mereka bertiga sahaja yang mempunyai kuasa catatan blog manakah yang bersepah di sferablog ini untuk mereka pilih. Mereka adalah umpama ketua editor di dalam media alternatif ini.

Saya sendiri tiada kuasa untuk memilih catatan untuk diberasterpilihkan.

Si Pemilih Beras:

Selasa, 1 April 2008

Pendapat bukan blogger

Setelah membaca satu pendapat bukan blogger yang disiarkan di Al-Banjari Online, maka saya tertanya-tanya, kemana bukan blogger ingin menyuarakan pendapatnya tanpa perlu risau nak menyelenggara blog?

Mungkin selama ini, mereka perlu hantar ke tranungkite, sampai tranungkite tak cukup tangan.

Akan tetapi Beras Padu tak boleh feed tranungkite, kerana RSSnya bercampur baur antara emel pembaca dengan berita semasa.

Jadi apa penyelesaiannya?

Ini Idea saya....

"Projek Bukan Blogger"

Saya buat 1 blog khas untuk memaparkan pendapat bukan blogger, dimana ada ramai author. sebagai contoh bukan-blogger.blogspot.com atau emel-pembaca.blogspot.com. atau pendapat-pembaca.blogspot.com

Author terdiri daripada blogger sedia ada. Saya, kakjie, albanjari, ezza, bla bla bla..

Bukan blogger hanya perlu menghantar emel kepada salah seorang daripada author, supaya author boleh salin-dan-tepek pendapat bukan blogger itu untuk dijadikan kiriman blog.

Author hanya perlu menyiarkan alamat emel supaya menerima emel bukan blogger di laman blog masing-masing.
ATAU menyediakan ruang bagi bukan blogger untuk menulis pandangannya.

Beras Padu atau agregator RSS lain samada berasaskan web atau natif, boleh membaca pendapat bukan blogger tersebut.

Laman web CMS seperti tranungkite, boleh menyiarkan pendapat bukan blogger tersebut, kalau mereka berminat dengan pendapat tersebut.

Jumaat, 28 Mac 2008

Memerlukan Penyelesaian Penyimpanan Foto

Oleh kerana saya ni orang kampung yang ketinggalan dalam dunia web 2.0, maka sehingga kini saya tidak mempunyai penyelesaian penyimpanan foto secara web. (Kedahlanie dah komplen kenapa gambar tenggelam timbul)

Jadi di antara berikut, yang mana sesuai untuk saya.


Ada tak penyelesaian foto yang 2,3 orang boleh gunakan akaun berasingan tapi menyimpan album secara kolektif.

Yang mana mudah untuk dibenamkan sebagai wiget di blog?

Google+ Hasbullah Pit