Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Pendidikan

Siapa yang bertanggung jawap untuk promosi kursus IPTA?

Sejak akhir akhir ini, memang selalu nampak orang foward di Whatsapp tentang kursus IPTA yang ditawarkan. Kemudian, selalu juga, orang Kolej Komuniti promosi di Kumpulan-kumpulan Facebook. Timbul juga persoalan daripada kawan lama... Memang agak pelik, apabila zaman serba canggih, Kaedah promosi adalah lebih kurang macam iklan orang jual barang di Facebook tanpa peruntukan. Yang anehnya, promosi sebegitu sering tak diberikan pautan laman web, supaya orang boleh rujuk untuk promosi akan datang. Adakah memang tak wujud peruntukan untuk promosikan kursus nak ditawarkan? Atau mungkin perlu ada satu portal khas dimana IPTA perlu hantar maklumat kursus untuk dipromosikan secara sistematik?

Peruntukan Pendidikan dikurangkan 3.2 % sahaja, tetapi....

Peruntukan untuk pendidikan pada pelanjawan 2010 adalah berjumlah 30 billion. Namun ianya adalah merosot sedikit berbanding dengan peruntukan pada belanjawan 2009 iaitu 31 billion. Hanya kurang 1 billion. Pengurangan 1 billion daripada  31 bilion, ialah HANYA 3.2 peratus . Tetapi bila kita dengar sana sini, bukan main banyak perbelanjaan dipotong, sehingga pelajar asrama perlu balik hujung minggu untuk menjiimatkan kos utiliti. Pelajar asrama tidak ada lagi minum petang . Kalau di tanya mana-mana pegawai kerajaan, banyak yang dipotong sana sini, ada yang dicantas sehingga 40%. Adakah ia sepadan dengan pengurangan peruntukan yang hanya dikurangkan 3.2 % ?

Sumbatsemuadisekolahisme Murugiah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah mencadangkan subjek Pendidikan Moral dimansuhkan dan digantikan dengan subjek 1Malaysia yang menekankan aspek perpaduan, penghayatan Rukun Negara serta semangat patriotik. Katanya, sudah tiba masanya 1Malaysia yang yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diperkenalkan sebagai subjek dengan pengajaran dan pembelajarannya menerapkan nilai pengukuhan perpaduan kaum dalam negara diajar di peringkat sekolah rendah Sumbatsemuadisekolahisme adalah satu jenis pemikiran yang mendorong sesuatu aktiviti disumbat ke sekolah. Dengan menyumbatkan ke sekolah, maka semua akan dirasa selesai. Untuk mengekalkan permainan tradisional pun perlu disumbatkan ke sekolah . Kibar bendera pun budak sekolah yang kibarkan. Apabila dibincangkan sesuatu, maka penyelesaian yang timbul adalah "Ini perlu diterapkan di sekolah".

Sekolah Seribu Aliran Pun Tak Mengapa

Sekolah seribu aliran pun tak mengapa asalkan aliran itu tidak dipisahkan mengikut kaum . Ada banyak aliran sekolah, kalau hendak dibelah-belahkan sekolah mengikut aliran. Asrama Penuh Teknik Agama Sukan Seni Agama + Kejuruteraan Sekolah Swasta 'Home schooling' Sekolah satu aliran akan membuatkan kepala otak murid, lebih kurang sama sahaja dengan murid yang lain. baca: Deschooling society: Satu projek radikal anti-kapitalisme. Dalam tempoh sebulan kebelakangan sahaja, ramai budak yang lemas di Perak. Berbilion wang dibelanjakan, ada tak sekolah yang menyediakan pelajaran berenang kepada muridnya? Bentuk pemikiran, yang memikirkan hanya disekolah sahaja semua perlu dilansanakan, dinamakan " sumbatsemuadisekolahisme " Di sekolahlah hanya tempat memupuk perpaduan kaum, Di sekolah juga tempah pertahankan permainan tradisional, Di sekolahlah juga tempat promosi Vitagen, Di sekolahlah juga tempat memupuk nasionalisme melampau.

Satu Sekolah Untuk Semua atau Bahasa Ibunda Peringkat Awal?

Kepada mana-mana Penyokong PAS yang terpengaruh dengan Agenda Satu Sekolah Untuk Semua, sila kaji balik ucapan Dasar Presiden. Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu sejarah baru dengan meneruskan agenda pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains dan matematik di peringkat asas ini mestilah dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing- masing . Saya tidak pernah penyokong Satu Sekolah untuk Semua secara bulat, kerana ia bercanggah dengan apa yang perjuang Anti-PPSMI perjuangkan. Pejuang anti-PPSMI mahukan bahasa ibunda bagi peringkat awal pendidikan. Manakala Bahasa Melayu tetap dijadikan bahasa perpaduan dan bahasa ilmu peringkat tinggi. Oleh itu saya menolak "Satu Sekolah Untuk Semua" tetapi mahu ianya digantikan dengan "Satu Sekolah Untuk Semua bermula um...

Guru Harus Dihormati

Kejayaan Nik Nur Madihah memperolehi 20A baru-baru ini sepatutnya membuka mata para pelajar yang lain. Adik Nik Nur Madihah tiada tips yang begitu istimewa untuk ditiru oleh para pelajar lain. Hampir semua yang diperkatakan oleh Nik Nur Madihah ketika ditemuramah wartawan adalah perkara 'biasa'. Dia tidak mengatakan pusat tiusyen mana yang bagus, teknik mana yang bagus, guna pensil apakah yang bagus. Sesuatu yang Nik Nur Madihah pernah katakan ialah bahawa dia mencari keberkatan dalam menimba ilmu. Ianya sememangnya perkara pokok, penting dan tidak boleh dipandang remeh oleh pelajar yang mewah dengan alat bantu pembelajaran. Guru harus dihormati. Ayat sebegitu sudah 1000 kali didengari, akan tetapi perkara yang ringkas sebegitu sudah hampir hilang. Lihatlah banyaknya berlaku guru dipukul, di saman, dipancitkan tayar keretanya. Perkara sebegitu seharusnya tidak berlaku sekiranya perkara asas yang ringkas "guru harus dihormati" tertanam pada setiap pel...

Cadangan Layang-Layang di Sekolah, Ali Rustam Merepek Lagi?

Saudara Adihamka pada blognya pukul habis Ali Rustam apabila Ali Rustam mencadangkan supaya permainan layang-layang diperkenalkan di sekolah .Kemudian Ketua Pemuda PKR juga tolong pukul . Bagi saya, Ali Rustam memberikan cadangan yang tidak tepat bagi penyelesaian masalah. Namun masalah tetap ada. Dia mencadangkan begitu untuk mengekalkan permainan tradisi. Permainan tradisi kalau tidak dimainkan, dia akan pupus. Perumahan jenis teres dan pangsapuri tidak menggalakkan. Saya tidak tahu, kenapa semua perkara hendak diterapkan di sekolah. Seolah-olahnya dengan menerapkan sesuatu di sekolah semua akan menjadi. Saya tidak setuju pelajar dilarikan fokus daripada pendidikan hanya kerana mahukan anak-anak mengenal sesuatu. Satu bentuk pemikiran wujud dimana mereka sering berfikir semua benda perlu diterapkan di sekolah. Kita panggil pemikiran ini ialah sumbatsemuadisekolahisme . Jikalau benar Ali Rustam mahu kekalkan permainan tradisi sehingga boleh dimainkan oleh kanak-kanak ma...

Boleh Saya Cadangkan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4? - rujuk Malaysiakini sedikit

Zaman saya muda dahulu ada Peperiksaan Pernilaian Darjah 5. Hari ini saya nak cadangkan supaya diadakan Peperiksaan Pernilaian Darjah 4, dan hapuskan UPSR. Lupakan soal peperiksaan, kita fokus isu Mukhriz dan Isu Namewee . Mukhriz dan Namewee lebih kurang senada, mempersoalkan kenapa pembelajaran dilakukan dalam banyak bahasa. Mukhriz agak pelik kerana mempertahankan pembelajaran sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Mukhriz mahukan pembelajaran dalam satu bahasa sebagai alat perpaduan, saya sokong walaupun saya bukan UMNO. Akan tetapi apa yang berlaku di Malaysia ialah sekolah rendah selama 6 tahun, sekolah menengah selama 5 tahun (atau 6 tahun). Selama 5 tahun di sekolah menengahlah yang membolehkan pergaulan antara kaum dalam satu bahasa boleh dilakukan. Ketika sekolah rendah, bersekolahlah dalam bahasa ibunda. Akan tetapi, tempoh masa sekolah rendah 6 tahun, lebih lama daripada pembelajaran dalam bahasa Melayu iaitu 5 tahun. Zaman sekarang pelajar bersekolah seawal 4 tahun. M...

Jangan Politikkan Pendidikan , Kata Askar-Siber UMNO

Pada topik yang lalu saya mempersoalkan kenapa Sistem Pendidikan masih memerlukan program tambahan diluar waktu sekolah yang mempunyai label UMNO, sedangkan Kementerian Pendidikan dikuasai mereka . Maka datanglah askar-siber UMNO yang tak putus-putus mengatakan "jangan mempolitikkan pendidikan". Agak lucu, kerana pendidikanlah yang menentukan masa depan generasi akan datang, tetapi ianya tidak boleh dipolitikkan mengikut ruanglingkup pemikiran mereka. Ruanglingkup pemikiran mereka mungkin hanya menganggap politik itu samada sokong UMNO atau tidak. Tiada langsung memikirkan dasar atau kaedah yang lebih baik perlu diubah pada kerajaan supaya keadaan menjadi lebih baik. Bagi saya Pendidikan memang perlu dipolitikkan, kerana ianya membentuk generasi yang bakal menguasai dunia akan datang. Bagi mereka pula mereka hanya mahu lahirkan generasi yang terus menyokong UMNO. Jika mereka memang tidak mahu mempolitikkan pendidikan, tak hairanlah susah benar nak beri buku teks percuma. Bi...

Penglibatan UMNO Dalam Pendidikan Akademik Di Luar Waktu Sekolah

Penglibatan UMNO, dan jentera UMNO dalam aktiviti pendidikan akademi diluar waktu sekolah , dari luaran nampak baik. Kelihatan seperti nak membantu masyarakat. Suatu ketika dahulu, Pemuda UMNO pun buat tusyen. UMNO itu UMNO ini buat itu ini. Puan Emy dengan bangganya mengatakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR 2008 telah berjaya. Maka Penyokong UMNO akan mengatakan UMNO lah yang baik. Tetapi, mereka lupa, Menteri Pendidikan juga orang UMNO, berkuasa menentukan dasar pendidikan dan pengkaedahannya. Mengapa Sistem Pendidikan di Malaysia memerlukan sayap parti politik untuk dijayakan? Mengapa tidak Sistem Pendidikan di sekolah direka supaya tidak memerlukan tusyen? Ianya seolah-olah satu agenda untuk melemahkan sistem pendidikan, dan kemudian adanya "UMNO" untuk menyelamatkannya. Bukankah teknik menjawap soalan UPSR boleh diajar disekolah di dalam waktu sekolah? Mengapa perlunya sesi lain melibatkan sayap parti politik yang memerintah untuk menampal kebocoran pada sistem pend...

Soalan Soalan Lazim Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat

S: Mengapa " Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat "? J: Di atas kenaikan harga minyak ramai rakyat berasa susah sehingga tidak cukup makan. Permakanan rakyat adalah Tanggungjawap Kerajaan. S: Adakah Nama "Tuntutan Subsidi Makanan Rakyat Sesuai"? J: Ia boleh juga dipanggil "Tuntutan Royalti Minyak Rakyat". S: Mengapa RM 50 setiap orang, bukannya hanya untuk golongan tertentu? J: Setelah 50 tahun merdeka, banyak agensi telah cuba untuk membantu golongan miskin, akan tetapi masih ramai yang miskin. Pengagihan melalui agensi akan menyebabkan ada pihak yang tidak dapat bantuan. S: Adakah RM 50 setiap orang itu cukup meringankan beban golongan miskin? J: Sebenarnya tidak, akan tetapi ianya jauh lebih baik daripada mereka tidak dapat langsung daripada sistem rebet dan sistem pengsubsidian supaya harga minyak turun. S: Adilkah golongan kaya juga mendapat RM 50 ? J: Memang tidak adil, akan tetapi dengan cara pengagihan menyeluruh dapat memastikan semua orang memperolehi...

Persoalan Hak Bersuara dalam Isu Baju Kurung Sekolah Seksi

1. Walaupun terdapat 1001 hujah yang membuktikan rogol tidak berpunca daripada baju kurung sekolah yang seksi atau "keseksian" secara umum. PKPIM tetap berhak mencadangkan sesuatu yang menangkis perkara negatif bagi mereka. 2. Sekiranya ikan mencadangkan supaya perlu ada akuarium atau kolam supaya ia boleh hidup didarat. Kambing tidak boleh menafikan hak ikan walaupun kambing tidak perlu untuk berada didalam akuarium untuk terus hidup di darat. Kemaskini: Cadangan PKPIM adalah untuk pelajar Perempuan Islam sahaja . Keduanya, cadangan penukaran pakaian berwarna ini ditujukan kepada pelajar Islam, supaya cara pemakaian pelajar Islam selarii dengan Shariah dan tuntutan Islam itu sendiri. Dalam Islam, baju kurung sahaja tidak lengkap jika masih menayangkan tubuh badan. Pemakaian baju kurung kepada pelajar bukan Islam bukanlah satu paksaan kepada mereka, akan tetapi mereka yang berminat memakai baju kurung berwarna sangat digalakkan.

Ke arah "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan"

Tuan yang Dipertua, Memandangkan Rangking IPTA kita sering jatuh, Universiti X, telah jatuh daripada rangking ke n pada tahun 2006, kepada n pada tahun 2007. (letakkan 1001 perbandingan) Pada masa yang sama terdapat banyak masalah birokrasi bagi pelajar yang ingin memohon ke universiti akibat daripada wujudnya 2 kementerian berbeza. IPTA itu dikementerian ini, IPTA itu di kementerian itu, Matriks ini dikementerian ini Matriks itu di kementerian itu. Adalah dicadangkan supaya 3 kementerian , Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi digabungkan kedalam 1 kementerian bernama "Kementerian Pendidikan dan Penyelidikan" tetapi mempunyai 3 menteri seperti sediakala. Apabila Sains dan inovasi dilakukan diluar IPTA, maka sukarlah untuk menjadikan IPTA tempatan mesra penyelidikan. Di Negera maju seperti Jerman, dan Sweden, Kementerian pendidikan mereka dikenali sebagai " Ministry of Education and Research ". Manakala di ...

Menjawap persoalan blogger bukan politik "Adique"

blogger bergelar adique telah menulis... nak rapatkan jurang kaya miskin pada aku agak logik jugak..dengan arus kemodenan kat negara kita sekarang ni pada aku rm1,200 tuh pun belum tentu cukup..lainlah kalo dok kat ceruk kampung insya Allah cukup..tp kalo dok kat kota metropolitan sana yg penuh dgn ke'macam2an' sah2 tak cukup..aku dulu keje dekat -toot- tuh dengan gaji rm1,600 pun rasa cam semput jek tau..nasib bujang lagi..kalo ada suami ada anak2 mesti aku makan megi je tengah2 bulan..pikirlah kan... Buat masa ini, jurang kemiskinan melebar (miskin vs kaya) Disamping itu jurang pembangunan juga melebar (kampung vs bandar) Jurang pendapatan antara kaum juga melebar. aku nak tanya..mesti ke ada NEGARA KEBAJIKAN parti tu dan NEGARA KEBAJIKAN parti tu??kenapa kita tak nak bersatu jadi NEGARA KEBAJIKAN ISLAM HADHARI je?? kalo tak pun negara kebajikan pape la janji bersatu..napa parti ni nak gaduh dgn parti tu..parti ni nak burukkan parti tu..apa yg diorang dpt? kita sebagai warga...

Hobi subversif untuk Adi Putra

Dalam minggu lepas ramai yang memperkatakan tentang Adi Putra, pelajar yang pandai matematik itu. Banyak pihak mengatakan bahawa dia perlu kesekolah khas, dia ditempatkan di sekolah antarabangsa, kemudian keluar, dengar pula dia cuma mengambil A Level di rumah. Ada pendapat menyuruh dia mengambil UPSR tahun ini . Hampir kesemua pendapat mencadangkan supaya dia cepat habis belajar. Bagi saya, buat apa perlu cepat habis belajar? Tidakkah dia akan hilang banyak pengalaman bersekolah? Sudahkah dia menaiki bas sekolah? Sudahkah dia jadi pengawas sekolah? Pengawas perpustakaan, pengakap? Sudahkah dia mempunyai pengalaman mewakili sekolah dalam sukan atau kuiz? Pernahkah dia dihukum mencabut kemuncup di padang sekolah? Sudah puaskah dia bermain bola sepak, "police sentry", menyorok-nyorok? Sudahkah dia tahu lawak kanak-kanak , cuba sebut laju laju "Bas datang kau naik" "Bas datang kau naik" Pernahkah dia menjadi ketua murid? Sungguh banyak pengalaman yang boleh d...

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri

Program Angkasawan bukan untuk Para Menteri, tetapi untuk generasi akan datang, pewaris kita, Adik-adik yang masih bersekolah, yang belum bersekolah , yang masih merangkak, yang masih dalam kandungan, yang ibubapanya masih belum bernikah. Walaupun banyak tentangan, tohmahan, saya tetap suka menulis tentang Program Angkasawan. Julung-julung kali peruntukan untuk pertahanan dapat disalurkan ke arah pendidikan. Kebiasaannya, peruntukan untuk pertahanan hanya untuk pertahanan. Kebiasaannya, kebanyakkan kempen ditujukan kepada pelajar sekolah, biasanya berjaya hanya diperingkat sekolah tetapi ia tak berjaya apabila di dunia sebenar. Mengapa? Pelajar boleh diterapkan semangat cintakan ilmu ketika bersekolah, tetapi setelah tamat sekolah ianya hilang entah kemana. Apabila pelajar cuba diterapkan supaya meminati sains, mereka tidak semestinya akan meminati sains apabila keluar dari sekolah, ataupun dirumah. Dirumah, ibubapa sering menyuruh anak mereka " Baca buku, siapkan kerja rumah, pep...