Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel India

Apa Kaitan Lim Guan Eng, Ali Rustam dengan Mumbai?

Kalau anda ingin mengkaitkan Ali Rustam dengan Mumbai, mudah sahaja, kaitkan dengan Shah Rukh Khan. Bagaimana pula hendak mengkaitkan Lim Guan Eng dengan Mumbai? Apa yang Lim Guan Eng sudah buat dengan Mumbai? Sejak kecil saya hanya mendengar "bombay", entah bagaimana, nama itu hilang tanpa saya sedari. Kemudian nama Mumbai muncul, agak popular bandar Mumbai, rupanya Mumbai adalah nama baru bagi Bombay. Hari ini di CNN , BBC, Slashdot tidak lagi kedengaran nama Bombay, Bombay telah ditukarnama menjadi Mumbai pada 1995, iaitu 13 tahun yang lalu. Bagi saya ini satu kejayaan yang agak baik. Di Malaysia, "Pulau Pinang" dan "Melaka" walaupun nama rasminya "Pulau Pinang" dan "Melaka" dikenali oleh dunia sebagai "Penang" dan "Malacca". Berbanding Mumbai, ia dipanggil Bombay ketika nama rasminya "Bombay", Bombay akan tenggelam setelah nama rasminya ialah Mumbai. Di Malaysia "Pulau Pinang" dan "Melak...

HINDRAF: isu Kerakyatan?

Memang pening untuk memikirkan tentang HINDRAF. Selain daripada menyalahkan british membawa mereka ke sini, adakah mereka ingin melepaskan kerakyatan. walaubagaimanapun, bila merujuk kepada Kiriman blog BumiMalaya , tidak ramai India yang ingin menyerahkan kerakyatan. Adakala terfikir juga, adakah ketika mereka diberikan kerakyatan dulu, mereka diberi pilihan untuk "pulang"? Bagaimana pula kalau mereka tidak diberikan Kerakyatan ketika Malaya Merdeka dulu? Adakalanya, saya sering terfikir akan satu komen di blog Nik Nazm i. What if, finally, the Malays also took to the street protesting against the British for bringing in immigrant labourers into the uni-ethnic Malay States and depriving them of their sole claim to the state; and being deprived and black-mailed for agreeing to award citizenship rights to the immigrants in lieu of Merdeka arrangements???