Saya pernah ditanyakan oleh seseorang, "Apa itu Rizab Emas Keluarga". Kusangkakan semua tahu. Menurut surah Yusuf, makanan disimpan selama 7 tahun, walaupun ketika makanan masih banyak. Pernah saya ceritakan tentang stok penimbal beras, suatu masa dulu. Jadi, rizab emas keluarga, konsepnya sama macam stok penimbal makanan . Samada mahu simpan rizab emas untuk keluarga anda sebagai rizab 7 tahun perbelanjaan, ikut suka anda. Bergantung kepada kemampuan. Jika anda mempunyai rizab makanan yang banyak, maka anda tidak perlu mempunyai rizab emas 7 tahun. Andakata anda mempunyai rizab makanan untuk 7 tahun, maka anda perlu simpan emas untuk 7 tahun gaji. Banyak sangat? Sebenarnya berapa banyak rizab emas keluarga anda simpan, bergantung kepada keputusan mesyuarat suami isteri. Kalau suami putuskan seorang diri pun boleh. Ada banyak kaedah untuk menentukan berapa rizab emas keluarga. Anda boleh kira sebagai peratus daripada simpanan. Sebagai contoh 80% daripada s...
Ayhd Yang Hendak Dibaca