Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pelaburan

Berita Emas Tersontot: Anak Bulan Masih Belum Kelihatan

MELAKA, 45 Disember - Ramai orang masih lagi menunggu ketibaan bulan Januari. Namun ada pihak yang masih lagi inginkan Bulan disember, kerana modal dijanjikan untuk dikembalikan pada Disember. Manakala pihak penyontot pula lebih gemar bulan Disember 2014 dilanjutkan sehingga 314 hari. Kejadian perlanjutan bulan disember itu dikatakan berkalu kerana anak bulan Januari masih belum timbul. "Ku tunggu, punya tunggu, bulan tak timbul timbul" , kata seorang penunggu anak bulan. Tidak ada perhimpunan berlaku, kerana bulan disember masih belum berakhir. Namun begitu, keadaan agak pelik, apabila penjawat awam sudah mula berhimpun, di mesin-mesin  ATM.  Bonus Kerajaan beserta gaji, yang dijanjikan untuk dibayar pada 1 Januari, telah ada dalam  akaun penjawat awam.

Cara Melabur emas di arrahnu

Artikel ini ditulis bukan untuk menggalakkan orang memajak emas sesuka hati. Saya bukan suka orang memajak emas tanpa sebab, kononnya boleh untung kalau guna skil skil tertentu. Memang kena ada skil, tetapi skil itu bukannya dilakukan tanpa sebab. Perlu dingatkan Ar Rahnu, kos upahnya adalah lebih kurang 14% setahun. Kalau ada kaedah pinjaman lain, baik guna kaedah lain. Cuma kelebihan Ar Rahnu, ialah anda tidak perlu meminjam lama. Kalau ada orang ajar cara, tiap-tiap bulan suruh pajak, atau  kaedah berbentuk bulanan, semuanya tak boleh dipakai. Jadi bila boleh Ar Rahnu? Perlu diingatkan ArRahnu adalah pinjaman berkos tinggi, 14% itu sudah macam kad kredit, tetapi rendah sedikit. Namun kalau jangka pendek maka ianya boleh dikurangkan. Kadar sama, tetapi bila pinjam sekejap maka bayar sedikit. Jadi bila boleh Ar Rahnu? Ar Rahnu boleh digunakan apabila anda berpeluang untuk membeli emas pada di bawah nilai. Atau , ketika harga emas betul-betul rendah. Ini bol...

Jongkong Perak 500 gram 'Public Silver'

Di atas adalah gambar Jongkong perak 500 gram keluaran Public Gold, yang diberi nama 'Public Silver'.   Sebelum ini Jongkong perak Public Silver hanya wujud dalam bentuk 1kg , agak besar dan mahal bagi yang ingin memulakan pelaburan perak. Emas dan perak adalah wang, namun perak telah hilang fungsi sebagai wang, dimana wang kertas lebih banyak mengambil fungsi perak sebagai matawang, berbanding emas. Catatan blog ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan pembaca melabur dalam perak. Bukan Negeri Perak, tetapi logam perak. Hanya pelabur sejati sahaja yang sesuai melabur dalam perak. Maksud saya, yang melabur dengan membeli sesuatu yang berada dibawah nilai seperti Warren Buffet. Tidak sesuai untuk pelabur jenis spekulatif. 500 gram perak, sudah menghampiri nisab perak iaitu 595 gram atau 200 dirham. Sekiranya anda hanya memiliki perak dalam bentuk 500 gram, maka anda tidak dikenakan zakat. Perak sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana ianya terlalu dibawah nil...

Pengurus Dana Menjauhi Malaysia Hanya Kerana Anwar?

Tadi di Buletin Utama telah menyiarkan PakLah baru tahu rupanya Pengurus Dana sudah menjauih Malaysia. Bayangkan Bekas Menteri Kewangan I itu hanya baru tahu pengurus dana menjauhi malaysia. Agak lucu. Tapi itulah Bekas Menteri Kewangan yang tidak ambil tahu soal kewangan. Pengurus Dana memang sudah lama menjauhi Malaysia. Ada baik dan buruknya. Saya sebagai rakyat Malaysia yang lebih mementingkan ekuiti Malaysia dimiliki rakyat berbanding asing. Saya bukan jenis orang yang mahukan negara bergantung kepada FDI untuk maju. Sepatutnya sekarang kitalah pelabur asing bagi negara miskin, bukannya kita terlalu bergantung harap kepada FDI. Kalau bergantung harap pada FDI, risikonya agak tinggi, pelabur boleh lari apabila tidak untung dan pekerja merana. Anwar Ibrahim telah menceritakan tentang pengurus Dana telah menjauhi Malaysia memang sudah lama, ketika ceramah di Jasin dahulu, beberapa hari setelah dia ditangkap, dia sendiri telah mengatakan yang pengurus Dana sudah menjauhi Malaysia. Buk...

Amanah Saham Johor: Saya pun pening

Amanah Saham Johor, atau ASJ ni ada cerita pelik, dia bukan seperti Unit Amanah yang biasa, daripada satu forum "eboss" mengatakan hanya untuk UMNO. TU LAH...SOMBONG SANGAT...MASA MEMULA SKIM NIE DILANCARKAN TAK BENARKAN AHLI PAS JOHOR LABUR...HANYA UNTUK UMNO Perkara pelik kedua ialah ianya diwar-warkan sehingga meningkat 500%, daripada suara Rasmi Kerajaan Negeri Johor. Tak jumpa pula di mana gambar Suara Johor yang menjanjikan "ia akan naik ke Rm 5.00". Atas sebab itu, ASJ ini dianggap umpama skim cepat kaya, ramailah yang meminjam untuk melabur. Kalau tidak meminjam, dengan duit sendiri melabur di ASJ. Kalau rugi 70%, maka rugilah. Akan tetapi puak yang meminjam untuk melabur pula yang merungut. “Kerajaan Negeri patut mengambil serius soal ini kerana ia mengecewakan ramai orang Melayu terutama ahli-ahli UMNO yang telah digalakkan melabur ketika ia diperkenalkan,” Suri rumah, Rafaimah Mohd Zain, 60, berkata, penamatan skim itu memang amat membimbangkan pelabur-pe...

Amanah Saham Johor: Pendapat PAS Johor vs Tawaran JCorp

Ceritanya di Sini . Bagi saya, Ketua Eksekutif JCorp memang bersalah apabila meramalkan ia akan naik 500% daripada RM 1.00 kepada RM 5.00 "ASJ telah mendapat sambutan hebat di kalangan orang Melayu Johor berikutan kenyataan Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) Jcorp, Tan Sri Mohamad Ali Hashim, yang menyatakan nilai saham ASJ akan ditingkatkan sehingga RM5.00 seunit dalam tempuh lima tahun, iaitu pada 1997 (sila rujuk "Suara Johor", buletin rasmi Kerajaan Johor terbitan Jun 1996, halaman 10). "Kenyataan ini menyebabkan ramai rakyat Johor menganggap ASJ seperti 'Skim Cepat Kaya' atau 'Skim Pak Man Telo', disebabkan keyakinan yang tinggi menggunung, pelabur telah membuat pinjaman bank antara RM10,000 hingga RM150,000, untuk dilaburkan di dalam ASJ. Akan tetapi pelabur sepatutnya perlu tahu apa risiko yang ada. Mengapa rakyat Johor terlau bodoh untuk mempercayainya? Mengapa harus meminjam untuk melabur tanpa mengkaji prospektus ASJ dengan lebih te...

Minggu Saham Amanah di Negeri Melaka

Menurut Melaka Hari ini, Minggu Saham Amanah diadakan di negeri Melaka , hanya sehari sebelum ianya diadakan. Maka tidak sempatlah Nadlique untuk pulang ke Malaysia untuk menghadirinya. Begitulah nasib Negeri Melaka yang mempunyai Media Kerajaan Negeri yang tidak bermaya. Akan tetapi, pada berita yang sama, Ali Rustam telah mengeluarkan kenyataan yang pelik :- Katanya, keyakinan ini bukan sahaja wujud di kalangan kaum Melayu dan Bumiputera, tetapi juga di kalangan bangsa-bangsa lain. "Manifestasi keyakinan ini dapat dilihat apabila unit Amanah Saham Malaysia sebanyak 500 juta yang diperuntukkan kepada bukan-Bumiputera telah habis terjual dalam masa 39 minit saja. Ini adalah satu kejayaan yang wajar dibanggakan ," tambah beliau. Apa yang hendak dibanggakan sangat? Sejak bila Unit Amanah itu dikhususkan untuk bukan bumiputera? bukanlah ia boleh dibeli oleh semua orang. Memang lumrah alam bagi kaum bukan melayu menyerbu Unit amanah terbitan baru. Pelabur Melayu pun ada yang men...

Siapa Jatuhkan Indeks BSKL?

Ketika sebelum pilihanraya, saya telah membuat ramalan berikut tentang Indeks Komposit BSKL:- Kiriman asal oleh sebol aku rasa kalau BN tak dapat 2/3, saham akan jatuh, pasal kononnya negara tak stabil. lepas tu dia naik balik pasal rupanya malaysia tempat sesuai melabur tapi nak shopping duit dah takde. spend untuk election. Awal pagi tadi, Indeks dibuka rendah, ketika jam 10 pagi, indeks merosot -7.24 % .Jumlah dagangan ketika itu bernilai RM 688 juta. Kusangkakan ia setakat begitu sahaja, ketika rehat tengah hari, dibuletin utama, menunjukkan nilai dagangan RM 1.9 bilion, tidak pasti berapa % kejatuhan indeks ketika itu. Setelah terbongkang akibat demam, saya dapati "Penampan Kejatuhan" telah digunakan dan bursa ditutup jam 2:58 pm. Untuk pengetahuan, bursa akan automatik ditutup jika indeks turun 10% dalam hari yang sama. Setelah diperhatikan semula, indeks jatuh sehingga ke paras 1,166.32 dan nilai dagangan adalah RM 2.47 bilion . Adakah pelabur r...

Terima Kasih Poland

Apabila dekat dengan pilihanraya (atau pilihan raya), maka banyaklah cerita indah tentang ekonomi, di sebarkan supaya menunjukkan kecekapan pemerintah menjaga ekonomi, menarik pelabur, menambah kekayaan negara. Kita lihat satu cerita indah ekonomi. RM100bil trade surplus is second highest ever Eksport ke Amerika Syarikat berkurang 14.5% Eksport ke Poland meningkat 73.3% Eksport ke Qatar meningkat 47.3% Eksport ke Iran meningkat 31% Tidakkah ia sesuatu yang baik, apabila kita kurang berdagang dengan Amerika, tetapi lebih diversify ke banyak negara lain. Kalau mengikut benua:- From a regional perspective, North-East Asia was Malaysia’s largest regional export market, accounting for 29.1% of total exports. That was followed by Asean with a 25.7% share, North America with 16.2% and European Union with 12.9% . Saya memang lebih suka apabila Amerika tidak jadi Rakan Dagangan No.1 Malaysia. Dan saya juga menentang US-FTA. Maka itulah cerita indah Ekonomi Malaysia. dan sudah pasti KDNK Malays...

Tarif Elektrik Terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik

"Tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana harga angin naik" Bayangkan kalau seorang Timbalan Perdana Menteri berkata sebegitu. sebenarnya, Najib berkata “You can’t review gas prices without looking at the (electricity) tariffs because otherwise the market will dump TNB (Tenaga Nasional Bhd) shares,” Itulah akibatnya apabila sumber tenaga alternatif tidak dicari. Itulah akibatnya, apabila "kos di atas kertas" meningkat dan TNB akan rugi, ( walaupun baru lepas untung besar ). Dari sudut pelaburan pula, pelabur cukup suka jika ada berita "tarif elektrik akan dinaikkan", kerana ia akan menaikkan harga saham TNB secara mendadak. Ditambah pula dengan pengumuman Hukum melabur di ASB adalah Harus . Tidak hairan kalau indeks akan mencecah 15++ mata sekali lagi seperti sebelum kejatuhan akibat kegusaran pelabur tentang krisis sub-utama di Amerika Syarikat. Tidak hairan kalau indeks akan dilonjakkan setinggi-tingginya ketika pilihanraya untuk membuktikan bahawa keraj...

Harga Emas dan Minyak mentah pecah rekod.

Harga emas melepasi USD 850, Harga Minyak mentah melepasi USD 100, Nilai ringgit tertinggi selepas gawat. Yang pasti USD yang jatuh. dan USD akan jatuh lagi dan lagi waalupun ia akan naik kembali selepas ini.

Tahun baru, mari mengira berapa peratus

Ini bukan ucapan Selamat Tahun Baru kerana saya tidak menggalakkan sambutan tahun baru seolah-olah ianya satu perayaan besar. Ada pendapat yang mengatakan sambutan adalah berdasarkan peristiwa lama agama tertentu. Akan tetapi perubahan nombor dari 2007 ke 2008 tetap memberi makna, dari banyak sudut, kerana banyak perkara diukur berdasarkjan tahun. Prestasi Indeks Komposit BSKL juga diukur mengikut tahun dan indeks ketika ditutup petang ini adalah begitu bermakna kerana prestasi bagi tahun 2007 berdasarkan pada indeks petang ini. Jika ia kekal dalam 144x, maka prestasi BSKL 2007 adalah lebih 30% Dari sudut matawang pula, Ringgit meningkat lebih 5% berbanding USD, tetapi merosot hampir 5% kepada Euro. Harga Emas yang dikira dalam USD meningkat 32% Harga Emas yang dikira dalam ringgit pula meningkat dari RM 2,309 seaun ke RM 2858. berapa peratus, jap saya kira. ...... 23% sahaja.

Pelaburan dan Melayu

Saudara 'San' telah ulas di topik Rasuah telah menjadi kebiasaan :- No wonder that prospective foreign investor stated, "Invest anywhere in Southeast Asia but not Malaysia!" When I wanted to start a business, the first thing they ask is about a malay partner. Obviously, the sick value systems perpetrated by Mahathir is so widespread that daylight robbery and corruption is perfectly okay and are normal, everyday values. End the NEP. Let us get back to being a normal country where every Malaysian is equal. Ditelah mati anak diluah mati bapak. Itulah ungkapan yang sesuai untuk BSKL / KLSE. Iklim pelaburan Malaysia sebenarnya lemah. Walaubagaimanapun, pihak tertentu, menggunakan kuasa politik yang ada sering meningkatkan indek kompositnya supaya ia diminati pelabur. Hampirt setiap tahun, Indeks akan naik apabila tarif elektrik dinaikkan. Banyak kali instrumen pelaburan KWSP (EPF) digunakan untuk menyelamatkan syarikat tertentu, dan banyak kali ia digunakan untuk mem'b...

Hari Jadi Saya

Bila tengok jam di komputer, rupanya hari ini hari jadi saya yang ke 32. Mungkin tahun ini saya boleh sambut double birthday berdekatan. 19 Disember 1975 adalah bersamaan 16 ZulHijjah iaitu minggu depan. Oleh itu, saya umumkan pengagihan 8 sen dividen dan 1 sen bonus pada pelabur ASB . bersamaan 9% berdasarkan harga seunit RM 1. Walaupun prestasi sebenar KLSE jauh lebih tinggi pada tempoh setahun, itu yang pelabur dapat apabila, pengagihan banyak telah diberikan ketika pasaran merundum 1 ketika dulu.

Unit tambahan 300 juta Amanah Saham Didik

Tadi saya membaca akhbar yang mengatakan ASD atau Amanah Saham Didik diberi tambahan unit sebanyak 300 juta. Sebelum itu juga sudah beberapa kali dilakukan tambahan unit namun juga habis. petikan berita harian:- Beliau berkata, dana tambahan itu adalah yang keenam sejak ASD dilancarkan pada 20 April 2001 dengan saiz dana permulaan 300 juta unit. Kali pertama ialah pada 2002 dengan tambahan 200 juta unit, diikuti 200 juta unit lagi pada 2004 dan 500 juta unit pada 2005. Tahun lalu, ASNB menambah 300 juta unit ASD yang mana habis dilanggan dalam tempoh kurang dua bulan, manakala 200 juta unit lagi pada Julai lalu. Maksudnya, ia sudah banyak kali di tambah tetapi sering habis. Apa tidaknya habis, rupanya ia adalah pelaburan yang dicadangkan oleh PNB apabila ASB sudah penuh . Namun ia tidaklah memberi pulangan yang memberangsangkan. Namun oleh kerana sifatnya nilai tetap, hampir tiada risiko kejatuhan, maka ianya menjadi pilihan bagi golongan kaya bumiputra yang sudah penuh ASBnya. Suatu k...

JawapCarian: Harga Emas Malaysia

Mengapa seorang suami membelikan emas kepada isterinya ? Jawapan biasa ialah kerana sayang/cinta/nak_kawin_lagi_satu/muah2x Ianya boleh dijadikan "hiasan" atau "hiasan berharga" atau "kool" Selain dari itu, adalah sebab 'nilai'nya. Ramai yang berpendapat Emas adalah bukan pelaburan yang baik. Dan ada yang mengatakan ia adalah bukan pelaburan langsung. Kenapa? Emas adalah emas, Ringgit adalah Ringgit, USD adalah USD, Euro adalah Euro (nak kena buat loop) Sejak Azali, Emas telah dijadikan matawang tidak kira di mata kita berada. Tahukah anda "sekupang" itu berasal dari matawang emas yang dipanggil kupang? Tapi kini sekupang adalah 10 sen tapi merujuk kepada syiling 10sen dan bukannya kupang emas. Saya belum kaji lagi berapa berat satu kupang emas, Tetapi kalau ia mengikut spesifikasi Syaidina Umar, ia mungkin bernilai Rm 283 Maka dipendekkan cerita, walaupun zaman berubah, emas tetap menjadi pengukur kekayaan. Di Malaysia terdapat beberapa...

Negara Pelaburan

Malaysia satu ketika dulu kecoh dengan "Pelaburan Internet", pelbagai skim yang tiba-tiba tumbuh menarik pelbagai pelabur tempatan, pensyarah, budak kilang, orang kampung. Pada Negara yang sama iaitu Malaysia, Syarikat dari Malaysia telah memenangi anugerah "Best Fund Manager- Asia" & "Best Asian Equity Fund" pada Anugerah "Islamic Fund Award" Anjuran Failaka . Dimana Best Fund Manager Asia - dimenangi oleh Public Mutual Best Asian Equity Fund - dimenangi oleh Dana Al-Ilham Fund Hairan sungguh, Pelaburan Islamik yang berjaya didepan mata, tapi kenapa bersusah payah melabur di "internet" melalui skim yang nyata penipuannya? Dimaklumkan bahawa ini adalah bukan promosi Unit Amanah melalui laman web. Sila YM "sebolku" untuk maklumat lanjut mengapa ia bukan promosi Unit Amanah melalui internet.

Harga emas dah naik

(Gambar menunjukkan harga emas, pada dasboard OSX, latarbelakang ada 'Bluetooth file manager'.) Kenaikan itu mungkin akibat ketegangan antara Iran dan Amerika, dan mungkin juga disebabkan oleh ketegangan di ijok. Nak tunggu sampai 700 atau tak? kalau ikut ramalan tok nujum Sungai Ramal mengatakan : "oh.. jgn risau.., perang akan tetap berlaku..! berita2 yg keluar 2-3 minggu ni.. semua menunjukkan ke arah itu..!!" kalau nak parking tempat lain, kat mana ye? FD? Islamic bond? Tabung Haji? (anything yg riskless)