Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sabah

Negeri Bangsamoro Tak Mustahil untuk Menyertai Malaysia selepas ia Merdeka

Pening nak kaji sejarah kalau kesultanan yang ada di Asia tenggara ini diperkotak katikkan oleh penjajah, malah dibelah-belah oleh penjajah. Penjajah terlalu berkuasa berbanding kesultanan. Empayar Johor Riau dibelah-belah oleh Inggeris dan Belanda. Di Sabah yang asalnya milik Kesultanan Sulu, boleh disewa oleh British daripada Amerika yang menjajah filifina sehingga melibatkan kawasan Kesultanan Sulu. Kini MNLF menuntut Sabah atas sebab sejarah . Yang peliknya, Kemerdekaan Sulu belum lagi dicapai. Saya rasa inilah satu peluang baik bagi Umat Islam Malaysia. Nur Misuari dalam Amanat Penubuhan Republik BangsaMoro telah membuat kenyataan supaya ingin mendapatkan Sabah kembali berdasarkan sebab sejarah. Kalau nak kira ICJ yang mementingkan kedaulatan berbanding faktor sejarah, pasti Mindanao tidak akan berjaya mendapat Sabah. Sudah tentu Bangsamoro tidak menuntut Sabah sekian lama, kerana Kerajaan BangsaMoro pun belum merdeka dan masih dalam jajahan Filifina. Saya melihat ini sebagai satu...

ADUN / AP yang Lompat Parti Tidak Semestinya Pecah Amanah

Ada 1001 pendapat tentang isu "lompat parti" walaupun acara lompat itu belum bermula. Bagi saya lompat parti tidak semestinya Pecah amanah atau tidak bermoral. Sistem berparti yang membuatkan ianya seolah-olah tak bermoral atau "dibeli". Apa akan terjadi kalau seluruh pengundi kawasan parlimen atau DUN itu memang mengundi seseorang individu itu tak kira apa lambangpun dia guna. contoh: "Saya memang sokong Abu, Abu pilihlah pakatan mana yang Abu sesuai" Senario lain, Ada pengundi yang mengundi seseorang calon kerana ingin menyokong kerajaan, dia masih sentiasa berada di pihak yang menang. Sebagai contoh, Ali adalah ADUN BN Perak, Pengundi kawasannya mengundinya kerana menyangka BN akan membentuk Kerajaan Negeri Perak. Akan tetapi BN kalah, Pengundi Ali kecewa kerana dia menjadi ADUN pembangkang, maka terdapat sedikit kesukaran untuk peruntukan itu ini. Wajarkah Ali melompat parti kerana Pengundinya hanya inginkan ADUN di pakatan yang menang? Sebenarnya, Po...

Penerima Audio Bluetooth A2DP Sony Ericsson MBR100

Memang saya terlambat kenal bluetooth, orang lain dah guna bertahun-tahun, saya hanya baru guna tak sampai setahun. Pada mulanya saya menganggap bluetooth hanyalah seperti Infra merah. Untuk hantar data. Atas sebab itu, 2 tahun lepas, ketika saya hendak membeli telefon baru, saya memilih untuk tidak bluetooth. Ketika itu saya menganggap infra merah adalah mencukupi untuk memindah fail, simpan nombor telefon dll. Memang ktika itu inframerah dah mencukupi. Katak yang duduk bawah tempurung tidak dapat melihat dunialuar, akan tetapi katak yang efisyen akan cuba sebaik mungkin supaya menggunakan apa yang ada. Sampai 1 tahap, saya merasakan saya perlu tukar telefon lain, walaupun telefon Nokia 6020 saya itu masih boleh digunakan. Macam macam boleh dilakukan dengan Nokia 6020 itu, tetapi storan yang terhad menyebabkan saya penat. Sekejap-sekejap sms penuh, sekejap sekejap memori penuh. Suatu hari saya pada awal 2006, saya membelikan Isteri muda saya telefon baru, Nokia 6085. Asalnya saya t...

Demam + Launching + sibuk

Dah lama tak kemaskini, sebenarnya ada banyak cerita yang nak ditulis, trip ke sabah buat 'retail research' & jadi 'Gigolo Semenanjung'. Banyak 'point of view' yang aku nak ceritakan, tapi tak sempat. Macam macam hal. Walaubagaimanapun, sekarang ni aku rasa macam demam pasang surut, banyak sangat Pelancaran pada ketika ini. Pelancaran Jalan baru (dengar cerita 3 hari berturut-turut) Pelancaran Transformer Pelancaran iPhone yang sharuzzaman bagitau malam tadi, pelancaran GPL3. jadi aku pun nak melancarkan benda juga sempena pelancaran jalan baru.