Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mudahalih

Penetrasi Mudahalih vs Blogawati + Nuffnang

Penetrasi mudahalih (Mobile penetration) meningkat dengan jayanya. Hasil kerja Google dengan Androidnya dibantu oleh rakah perkakasannya dari Asia, menjadikan peranti mudahalih menjadi murah. Dulu ketika saya berblog, mungkin Google Adsense jual mahal, susah untuk luluskan blog tempatan. Maka ramai beralih ke Nuffnang, Advertlets pun ada ketika itu. Nuffnang menjaga baik blogger terkemuka , sehinggakan ada kadar khas gelirati pada blogger yang lebih tinggi daripada bukan gelirati. Saya mengambil sedikit masa untuk melihat manakah blog popular yang mesra mobile, yang mana boleh diiklankan secara mobile pada blog tersebut. Cari punya cari, umpama mencari rambut di dalam tepung. Kebanyakkan blog tempatan adalah Nuffnang, dan mereka biasanya tidak menghidupkan versi mobile mungkin kerana iklan nuffnang tidak keluar di situ. Tetapi Nuffnang belum ada pakej iklan mobilenya. Jadi macam mana kita nak iklan pada blog blogawati mudahalih? Cari punya cari, baru jumpa 2 blog bloga...