Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Datuk Onn

Apa Yang Pemuda UMNO Tedong Tahu Fasal Datuk Onn?

Bersungguh-sungguh Pemuda UMNO Kampung Tedong menyiarkan Sumpah Melayu sambil dihiasi Datuk Onn sebagai Latar Belakang. Sumpah tersebut dilafazkan ketika dia masih lagi UMNO. Ketika itu dia masih lagi mempercayai bahawa dengan UMNO boleh berjuang. Namun Datuk Onn Keluar UMNO, kerana dia mahu membuka UMNO kepada bukan melayu. Kerana apa? Orang UMNO peringkat kampung hanya tahu langkah itu sebagai "pengkianatan kepada bangsa", memang sampai 2008 ini pun pemikiranmereka setakat itu. Walhal Datuk Onn tidak setuju benar dengan Tunku yang mahu memberikan kerakyatan murahan kepada pendatang asing. Datuk Onn ingin membuka UMNO kepada bukan melayu kerana mahu mengawal kerakyatan. Orang UMNO zaman milenium baru ini yang duduk di Kampung Tedong mana faham. Hasilnya, Datuk Onn keluar UMNO, tubuhkan IMP, kemudian orang IMP sendiri diludah oleh orang UMNO, Itu sebelum merdeka. Tetapi ludahan orang UMNO terhadap orang IMP itu tiada ertinya. IMP mahu merdekakan Malaya tanpa memberi kerakya...

Mahathir sahkan UMNO Memberi Kerakyatan Secara Murahan Untuk Menarik Sokongan

Daripada Khairul Faizi , yang diambil dari Malaysiakini, Tun Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa UMNO telah memberikan kerakyatan secara murahan untuk menagih sokongan: "Kefahaman kontrak sosial itu, yang harus di kongsi bersama ialah bagaimana Tengku Abdul Rahman memberikan satu juta kerakyatan kepada bangsa Cina, dengan harapan mereka memberi sokongan dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan," Lihatlah bagaimana UMNO, yang kononnya memperjuangkan "Melayu", memberi kerakyatan murahan untuk meraih sokongan. Hak siapa yang diambil? Hak yang diambil ialah Hak Orang Melayu yang asal, Hak Kaum Cina yang telah lama menetap di Malaya, hak orang-orang yang menetap lama di Malaya. Tidak dinafikan, hak Tan Cheng Lock, yang sudah beberapa generasi duduk di Melaka. Datuk Onn, dulu susah banyak kali mempersoalkan tindak tanduk Tunku "menjual Kerakyatan secara murahan" kepada orang asing. Walaubagaimanapun, untuk situasi semasa, "orang asing" itu, tidak lagi ...