Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Belanda

Muatturun Video Fitna Geert Wilders

Sifat tegas vangardx terserlah ... Should i provide the download link for the Geert Wilders video that said “ no to islamization ” at the end of the movie? The answer is NO! Di Negeri Melaka, menurut Akhbar Rasmi Kerajaan Negeri Melaka, " Melaka Hari ini " Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini digesa agar mengambil langkah segera menghalang akses ke sebuah laman web popular yang turut menyiarkan sebuah filem Belanda menghina Islam. Meskipun terdapat cadangan untuk menghalang akses ke filem itu, namun terdapat Lahabau UMNO Melaka tanpa segan silu menyiarkannya. http://lahabau.blogspot.com/2008/04/fitna.html (tiada pautan diberikan) Walaupun tulisannya berapi mengecam Wilders, akan tetapi dia juga jadi ejen penyebarannya.

Apa itu "Barangan Penajaan Christian Albers"?

Sambil saya menjenguk statistik blog sendiri, ramai juga yang menggunakan senarai produk belanda yang telah saya senaraikan tempoh hari. Terima kasih. Diucapkan. Namun begitu saya mushkil apabila saya menulis " sebahagian besar penaja Christian Albers ". akan tetapi ia sering ditafsirkan sebagai " Barangan penajaan Christian Albers " , seolah-olah Christian Albers itu satu jenama pula. Di saya ingin menjelaskan bahawa Christian Albers itu bukanlah syarikat produk barangan, dia hanya seorang pemandu F1 yang tak seberapa. Konsepnya hampir sama dengan Alex Yoong, iaitu, melobi pasukan untuk menerimanya sebagai pemandu apabila membawa banyak penaja dari negaranya. Dia bukanlah seorang pemandu F1 yang hebat, mungkin Fairuz Fauzi jauh lebih hebat daripadanya. Entah-entah, Khairul Faizi lebih hebat darinya. Dia menjadi pemandu Pasukan Spykers pada tahun lepas, ketika itu banyak penaja dari Belanda menaja pasukan itu kerana dia orang belanda. Memang macam Alex Yoong, tet...

Produk Belanda Di Malaysia

Mudah sahaja Dr. Mahathir mengajak kita semua memboikot produk belanda dan Haji Hadi menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi. Namun, di mana dia senarai produk Belanda untuk diboikot Rakyat Malaysia? Mari kita senaraikan:- Restoran WindMill Shell Dutch Lady. Barangan Elektrik Philips sebahagian besar penaja Christian Albers Syarikat yang mempunyai nama "contoh n.v." Senarai Syarikat Belanda di Malaysia (pdf) Produk-produk Unilever Groceries Ais Krim Household HBA: Tak perlu boikot Dumex/Dugro kerana numica n.v. telah tergadai ke tangan syarikat peranchis "Danone". Belum pasti. Minta tolong pengunjung memberikan lagi produk belanda untuk diboikot di ruangan Ulasan. Pautan: WANNA BOYCOTT DUTCH PRODUCT? » Al-Banjari On...

Wilayah Autonomi Melayu Islam Siam?

Hari ini, walaupun negara Malaysia sibuk dengan pembubaran Parlimen, saya tertarik dengan berita Ura-ura Autonomi di Selatan Thai. Di Selatan Thai, terdapat 3 wilayah Melayu Islam yang lupa untuk dimerdekakan oleh orang orang UMNO hanya kerana 3 wilayah itu dibawah jajahan Siam dan bukannya British. Menurut sejarah, wujud kesultanan Melayu disitu, yang tiada bezanya dengan kesultanan melayu di negeri melayu yang ada Sultan. Sebelum kedatangan Inggeris, terdapat banyak negeri-negeri melayu yang mempunyai kesultanan sendiri, maksudnya, ada banyak negeri melayu yang merdeka tanpa dijajah oleh mana-mana kuasa penjajah. Negeri Kedah, Negeri Perak, Johor semuanya negeri yang merdeka diperintah oleh Sultan masing masing, dan kesemua negeri itu berkawan dengan negeri melayu yang lain. Tiada pula kedengaran Sultan kedah ingin menyerang sultan perak untuk membesarkan negerinya. Di Indonesia juga terdapat kesultanan melayu, sebagai contoh kesultanan Siak. Di Aceh, ada kesultanan Acheh, tak pasti ...