Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Iqra

Memalukan! Presiden PAS kata Ahlinya Tidak cukup Membaca

Berkisar tentang "Kerajaan Perpaduan", saya sendiri sudah lama menjangkakan bahawa ianya adalah proses perubahan sistem demokrasi, dan bukannya jenis "Masuk BN". Namun ramai yang anggap sebaliknya, dan kini dilabel sebagai kurang membaca . “Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri, “(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik .”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin. Apa yang terjadi pada Pesta buku kelmarin, Ianya seolah-olah didominasi orang PAS, ada gerai milik penyokong PAS, ada Ketua Pemuda PAS, ada Mursyidul Am PAS. Yang tiada hanya Bendera sahaja. Rasanya tidak adil kalau ahli PAS dilabel kurang membaca. Walaubagaimanapun memang wujud ahli PAS yang tidak suka membaca. Apa yang saya mampu lakukan sebagai ahli PAS peringkat bawah untuk memupuk budaya membaca? Di Peringkat Cawang...

Masyghul kerana sukar menghadham bacaan?

Anwar Ibrahim menulis: Ada yang masyghul kerana sukar menghadham bacaan dan gagal menghabiskan buku. Andainya begitu mulai dengan buku nipis dan ceritera yang menarik minat. Jadikan membaca dan iqra’ sebagai budaya. Adakalanya saya membaca beberapa judul silih berganti. Kadangkala mengambil masa lama. Ada juga judul yang terbantut sekerat jalan kerana membosankan. Umpamanya karya Umberto Eco, The Name of The Rose memukau sekali. Tetapi karya berikut dari pengarang yang sama, seorang Prof Semiotics dari Universiti Bologna berjudul Faucaults Pendulum amat membosankan. Kaedah membaca kita mungkin berbeza, Walaupun hampir kesemua buku yang saya beli, saya baca separuh jalan, tetapi itu tidak menggambarkan diri saya sebagai tidak minat membaca. Mungkin buku tebal bukan rakan saya, mungkin buku bentuk cerita bukan rakan saya. Apabila mengetahui sesuatu buku itu adalah rekaan semata-mata, maka ia tidak menarik minat saya, akan tetapi sekiranya buku bentuk cerita itu dikatakan menggambarkan ...