Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bakul

Batu Sang Saka Perang Gemilang Terbilang

Ni nak sambung kisah batu yang semalam. Tak pernah dibuat orang, RNK Stesen Minyak PETRONAS kerjanya ialah basuh batu. Kemudian batu itu dimasukkan ke dalam bakul membeli Belah yang kool itu. Terdapat juga batu yang mungkin bakal dicuri oleh pelajar perempuan. Kemudian, Banner Peraduan Saya Anak Malaysia diletakkan di atas rumput. Dimaklumkan bahawa peraduan itu sudah tamat. Kepada yang masih memerap borang peraduan itu, sila kitarsemula. Asalnya Banner terpakai digunakan sebagai alas kepada batu itu supaya rumput tidak tumbuh, akan tetapi oleh kerana banner itu mempunyai logo kemerdekaan, ianya diubah suai sedikit. Batu diletakkan sekeliling logo, dan kemudian banner terpakai itu digunting. Hasilnya ialah.... Teknik ini Dinamakan Teknik Hiasan " Batu Sang Saka Perang Gemilang Terbilang " Walaupun asalnya nak menamakan ia sebagai Teknik Azizan Zakaria.

Bakul di PETROSAINS, kool?

Saya baru-baru ni telah pergi ke satu C-Store Syarikat minyak yang agak tersohor di Malaysia, untuk membeli Nescafe Latte 4 tin, Air Mineral dan roti. Bayangkan kalau 4 tin Nescafe Latte, tangan dah penuh, perlukan bakul, tapi tak disediakan. Tak perlukan saya menceritakan dimana C-Store itu. Bila difikirkan balik, walaupun pelanggan jarang guna bakul untuk beli barang di C-Store, samada di 7 Eleven atau Mesra atau Select, namun adakalanya kita perlukan bakul, terutama sekali bila nak dijadikan stok dalam kereta untuk perjalanan jauh. Kemudian saya ke Menara Berkembar PETRONAS (MBP), atau PETRONAS Twin Tower atau lebih dikenali di Malaysia sebagai "KLCC". (Jarang pula orang sebut "Kuala Lumpur City Centre"). Terdapat 1 kedai di sebelah PETROSAINS, yang menjual barangan PETROSAINS, dikenali sebagai Galeri PETROSAINS. (Kenapa saya ulang perkataan PETROSAINS banyak kali?) . Di dalam kedai itu terdapat bakul-bakul untuk digunakan oleh pelanggan. Berdasarkan saiz baran...

Faktor 'its cool' pada bakul

Gambar menunjukkan bakul. Ya, hanya bakul. Kedai mamak belakang depan rumah aku pun ada bakul. Daripada pembacaan saya dari sumber yang tak diingati, Orang yang cipta troli untuk pasaraya, menciptanya setelah melihat pelanggan berhenti shopping, setelah bakulnya penuh. tapi kalau tak ada bakul, maka, orang akan berhenti shopping bila tangan dah penuh. Macam mana nak tambah faktor "It's cool" pada bakul? Ia hanya bakul yang bodoh. Dan mungkin orang tak tahu pun itu bakul untuk pelanggan isikan barang. Memang kebiasaannya banyak lagi stesyen minyak yang tak sediakan bakul. Disebabkan perlu ada mekanisme untuk memberitahu pelanggan bahawa itu "bakul disediakan untuk pelanggan" Dan lakukannya dengan penuh bergaya. Akan ada poster orang pegang bakul dengan penuh bergaya, ikut gaya Iklan Ipod tapi pegang bakul. Walaupun aku bukan orang grafik, cuba sahaja la. Walaubagaimanapun, poster itu tak akan diterbitkan si blog ini. ops: aku terlupa nak tambah faktor "it...