Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mahasiswa

siapa lebih awal buka langkah pendamaian Indonesia Malaysia

Mari kita tengok, siapa lebih awal buka langkah pendamaian Indonesia Malaysia. Golongan Mahasiswa atau parti politik? Jawapan: Mahasiswa . Dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama sebagai panduan dan inisiatif "untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan antara kedua negara. Dua pertubuhan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili pelajar Indonesia. Lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama itu dipersetujui dan ditandatangani hari ini oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Ketua UMUM PII, Nashrullah Al-Ghifary.

Samad Said diperalat 'pembangkang' atau Budak U Memperalatkan PAS?

Samad Said nafi dia diperalatkan "pembangkang ", tetapi tidak pula dia mengaku memperalatkan "Pembangkang". Siapa yang peralatkan siapa? Adakah Pakatan Rakyat memperalatkan bahasa, atau budak sekolah rendah memperalatkan PAS? Cikgu Matematik peralatkan PKR? Wujud juga persoalan kenapa sekarang baru nak tentang? Kenapa tak tentang sejak dari dulu? Sebenarnya memang wujud tentangan dari dulu, tetapi ianya tidak ditentang oleh PAS secara serius. Tidak sampai turun ke jalanan, dan serah memorandum itu ini, ketika itu tiada sekretariat khas untuk isu ini. PAS memang tentang PPSMI dari dulu, walaupun ada sebahagian ahli tak setuju. Penentangan terhadap PPSMI juga dilihat oleh PAS menerusi ceramah-ceramah sebagai "susah", jarang pula dikeluarkan hujah "mengelak bahasa dari kepupusan", tiada cerita "perbandingan tamadun" . Tidak kedengaran pula hujah, perlunya Bahasa Umat Islam dijadikan Bahasa Ilmu. Bahasa umat Islam itu meru...