Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hindraf

Teknik Menambah Bilangan Pelancong India oleh Ali Rustam

Ali Rustam ada langkah tambahan untuk meningkatkan pelancong India 1. Beri Gelaran Datuk kepada artis India. 2. Gugurkan Kerakyatan penyokong hindraf. Perbuatan ahli HINDRAF memburukkan kerajaan dengan menfitnah adalah satu sabotaj dan tidak setia kepada negara maka eloklah yang punya diri meletakkan kerakyatannya dari menjadi warga Malaysia atau pun kerajaan Malaysia melucutkan kerakyatannya. Maka automatik penyokong hindraf dikira sebagai pelancong dan pelancong india bertambah,

Tag Petaling Street Pada Blogger

Terima kasih kepada Saudari iEn yang memberikan tutorial yang membangkitkan idea saya untuk membuat tag Petaling Street pada blog saya ini. Kalau anda perhatikan, di bawah ada "Petaling Street: tag, tag, tag" Apa gunanya Tag Petaling Street itu? Berdasarkan sasaran untuk memperbanyakkan kandungan Web 2.0 tempatan, maka kandungan web 2.0 tempatan sepatutnya boleh berkait antara satu sama lain. Jadi kandungan blog saya sepatutnya boleh berkait dengan kandungan blog tempatan yang lain. Petaling Street adalah tempat paling sesuai untuk mencari maklumat berbentuk "Pandangan Rakyat Malaysia". Maka, apabila saya menulis tentang "Hindraf", Tag Petaling Street " Hindraf " akan membawa anda ke laman blog tempatan yang lain yang menceritakan tentang hindraf. Bergantung pada waktu, sekiranya musim orang bercerita tentang "Angkasawan", Tag Petaling Street "Angkasawan" akan membawa anda ke pandangan orang lain terhadap " Angkasawan ...

Jangan Benci Kaum India

Semalam saya menulis tentang HINDRAF yang melampau . Jangan salah tafsir tulisan ringkas saya itu, ianya tidak mengajak pembaca untuk membenci kaum india. Sekiranya anda meng'generalize'kan HINDRAF sebagai India, anda tiada bezanya dengan HINDRAF melainkan menggunakan label yang lain. Tatkala membincangkan tentang HINDRAF, ianya hanya HINDRAF. Tak perlu melabelkan tindakan HINDRAF sebagai tindakan orang india, walaupun memang dalam HINDRAF itu hanya ada orang india. Sifat perkauman memang ada dalam semua manusia. Itu lumrah manusia. Orang Melayu ada masalah untuk mengecam muka orang cina Orang Cina ada masalah mengecam muka orang Melayu Orang Melayu ada masalah mengecam muka orang India Orang India ada masalah mengecam muka orang Melayu. Melainkan kalau mereka rapat atau seseorang itu Popular. Jangan salahkan sesiapa, dalam soal ini. Maka seperti biasa manusia sering menggunakan label berasaskan kaum untuk menunjukkan individu dari bangsa lain. Tak hairan kalau ada individu Ind...

HINDRAF yang melampau

Sememangnya HINDRAF melampau, mereka sesuka hati melabel musuh mereka. Siapa musuh mereka? secara terang musuh mereka ialah UMNO. Siapa musuh mereka lagi? Dengan kegiatan melabel sesuka hati, Polis mereka label sebagai " MALAY MUSLIM POLICE " Kerajaan di label sebagai GOVERNMENT BACKED ISLAMIC EXTREMIST Adakalanya Kerajaan dilabel sebagai Islamic fundamentalist and malay chauvinists UMNO led Malaysian government Kerajaan dilabel sebagai malay supremacist and Islamic fundamentalist UMNO controlled Malaysian Government Jika mereka hanya memusuhi UMNO, mengapa perlu menokok tambah label "Islam", "Malay", "Extremist" dan lain-lain. Ternyata mereka perkauman.

HINDRAF: isu Kerakyatan?

Memang pening untuk memikirkan tentang HINDRAF. Selain daripada menyalahkan british membawa mereka ke sini, adakah mereka ingin melepaskan kerakyatan. walaubagaimanapun, bila merujuk kepada Kiriman blog BumiMalaya , tidak ramai India yang ingin menyerahkan kerakyatan. Adakala terfikir juga, adakah ketika mereka diberikan kerakyatan dulu, mereka diberi pilihan untuk "pulang"? Bagaimana pula kalau mereka tidak diberikan Kerakyatan ketika Malaya Merdeka dulu? Adakalanya, saya sering terfikir akan satu komen di blog Nik Nazm i. What if, finally, the Malays also took to the street protesting against the British for bringing in immigrant labourers into the uni-ethnic Malay States and depriving them of their sole claim to the state; and being deprived and black-mailed for agreeing to award citizenship rights to the immigrants in lieu of Merdeka arrangements???