Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Minyak

Harga Minyak Apungan Terurus atau masih dikawal manusia?

Cantiknya nombor, semua ada hujung 0, 0, 0 Ini masihlagi Apungan Terurus atau dikawal manusia? Kalau Apungan Terurus, boleh sepakat pula harga semua hujung ada 0. Apungan Terurus atau harga yang diputuskan oleh Mesyuarat? Ahli Mesyuarat jenis kaki bundar? Perbezaan harga 95 vs 97 , secara tiba-tiba berubah drpd 20sen kepada 30 sen. Sememang aku tak percaya ianya sistem apungan terurus yang dikatakan bermula 1 disember 2014 yang lalu. Manusia tidak serik-serik nak cuba kawal harga. Mahu tersontot lagi dengan masalah-masalah subsidi dan penyeludupan?

Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan ?

Saya terjumpa sesuatu di posting Azlina Android Al-Hijawi , bukan dia cakap. Tiada apa yang signifikan yang boleh dicapai jika matawang ditukar ke dinar kerana 1. Sistem monetari sangat kompleks 2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang kertas ...tidak tampung nilai us dollar kepada gold... 3. Nilai dinar emas sendiri akan bersandarkan kepada emas komoditi yang jadi aset class yang nilai sentiasa berubah dipasaran...  Jadi saya jawap satu persatu... 1.Sistem monetari sangat kompleks  Wang Fiat itu yang kompleks,  Dengan Fractional reserve Banking,  Hutang boleh dijual, hutang jadi deposit, looping sana sini. Emas perak tak kompleks pun. 2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang k...

Akad dah Ke Laut ...Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik?

Betulkan Stesen Minyak boleh bankrap Harga Minyak Turun/Naik? Jawapannya Ya dan Tidak. Selama ini pun ada banyak stesen yang tutup. Diganti dengan orang lain. cuma tak nampak sangat sebab penggantian itu cepat. Minyak tak turun naik pun, ramai sudah tersungkur dek kos operasi terutama TNB yang meningkat. Maka timbullah teori mengatakan, kalau harga rendah, harga kos pun rendah. bila naik, stok jadi mahal, maka untung. Teori itu memang boleh dipakai, JIKA stok adalah sama setiap kali perubahan harga. Akan tetapi perkara sebeitu mustahil berlaku. Kebiasaanya, bila harga nak naik ramai berduyun-duyun penuhkan tangki. Jadi stok masa nak naik sedikit. Masa nak turun pula, biasanya stok banyak. OK, nak salahkan pengusaha kenapa simpan stok banyak? Tidak boleh, sebab ini sistem Akad sudah kelaut Dalam sistem Akad sudah ke laut , pengusaha (pelanggan) tidak lagi boleh memesan berapa banyak kuantiti yang hendak dibeli. Semuanya ditentukan oleh syarikat minyak (penjual...

Pengapungan Harga Minyak ; Rafizi buat-buat bengong atau ....

Sambung lagi sedikit cerita pengapungan harga minyak.... Ada sedikit kepelikan sedikit mengenai pengapungan terurus harga minyak, Media Bahasa Melayu tulis "Hapuskan subsidi" media Bahasa Inggeris menulis tentang "Managed Float", jadi pemahaman pembaca ada berbeza-beza. Kalau managed float nampak baik sedikit. Kalau hapuskan subsidi nampak jahat. Maka muncullah wira politik yang baca sebagai "penghapusan subsidi", dok keluar hujah kaitkan subsidi IPP dan sebagainya. Bagi saya, subsidi yang menyebaban pembohongan harga adlaah tidak baik. Subsidi pada kroni IPP juga tak baik. Tetapi yang itu tiada kaitan sangat pengapungan harga. Dari sudut pandang saya, Apungan Terurus adalah lebih baik daripada rakyat dibohongan soal harga. Maka timbulkan persoalan buat-buat tak tahu daripada Rafizi budak kolej kesayangan KetUm.   Dia nak macam mana sebenarnya? Dia nak harga minyak turun 35% juga kah? Sudah tentu sebelum ini memang ada subsidi, maka se...

BN Akhirnya Mengaku Tak Mampu Kawal Harga Minyak

Akhirnya diumumkan bahawa Kerajaan menghapuskan kawalan harga terhadap RON 95 dan menjadikan "Managed Float" atau Apungan Terurus. Ianya belum 100% diapungkan, tetapi dia ikut lebih kurang harga sebenar. Maka tumbanglah rejim kawalan harga, yang dahulunya menyangka boleh mengambil tugas Allah dalam menentukan harga, namun pasti gagal. Sistem kawalan harga BN ini telah banyak menimbulkan banyak masalah. Masalah gula "tiada" bekalan, masalah minyak masak "tiada" bekalan walaupun negara kita adalah pengeluar sawit terbesar dunia. Ingat lagikah masalah disel  dikuotakan sehingga lori-lori besar keluar lebuhraya untuk beratur beli disel. Kemudian disebabkan kuota juga, Stesen minyak bergilir-gilir kehabisan bekalan, walaupun dalam perut bumi ada banyak lagi minyak. Tidak dilupai masalah penyeludupan yang berpunca daripada perbezaan harga yang ketara. Siap ada buat paip untuk terus salur ke Thailand. Itulah hasil daripada manusia yang nak cuba ...

Bebaskan... Bebaskan .. Sekarang Masa Terbaik Bebaskan Harga Minyak

Dunia agak pelik apabila melihat pengeluar minyak Arab Saudi nak harga minyak rendah . Apa yang Amerika sudah cucuk, saya pun tak tahu. Sebelum ini Harga minyak di Malaysia dikawal oleh manusia, bila harga dunia tinggi, harga Malaysia rendah. Bila harga dunia rendah, Malaysia pula tinggi. Kalau turun naik, OK lah juga, tak guna wang rakyat nak bohongkan harga . Tapi kalau sentiasa di bawah paras dunia, makin lama makin banyak hutang negara. Bebaskan, Bebaskan, Tak mampu bertahan lagi. Jadi Harga minyak perlu dibebaskan sementara ianya tengah rendah. Hal arab Saudi itu biarlah dia fikirkan sendiri. Di Malaysia, harga minyak sentiasa di bawah paras dunia, sejak selepas krisis kewangan 1998. Jangan ingat kesan Krisis itu sudah habis. Kalau Ringgit di paras RM 2.50 == 1 USD baru boleh isytiharkan habis. Bebaskan... Bebaskan... Terlalu banyak masalah berlaku akibat nilai ringgit yang tak mesra harga komoditi minyak. Banyak lubang, banyak tampal. Tampal guna subsidi, berlu...

Pakatan Rakyat Menyokong Sistem Kawalan Harga BN

BN selama ini mencandukan rakyat dengan kawalan harga. Walaupun BN banyak mencetak duit daripada angin, atas nama defisit, perbekalan tambahan, bon/sukuk , tetapi Pakatan Rakyat tetap menyokong Sistem Kawalan Harga BN. BN telah berjaya menyembunyikan kesan inflasi dengan mengawal harga, dengan merompak duit anak cucu, subsidikan harga supaya kelihatan murah. Walhal, rompakan terus berlaku. Namun Pakatan Rakyat yang sepatutnya menolak sistem kawalan harga BN, termakan candu yang diberi BN, untuk terus bersama candu. Candu kawalan harga dianggap lebih nikmat daripada s3ks. Maka apabila perubahan harga oleh kerajaan. Maka berbalahlah penyokong kawalan harga. Ada yang kata tak boleh naik 20 sen, ada yang kata kena kurangkan candu sebab hutang dah banyak. Mereka BN dan Pakatan sama-sama menyokong sistem kawalan harga BN. Apa perlunya Pakatan Rakyat menyokong BN merompak hak anak cucu kita? Apa perlunya menambah hutang hanya untuk menyenangkan generasi 'kuat selfie',...

Rasionalisasi Candu: Penagih tetap menagih walau dos kurang

Harga Minyak tak naik, hanya rasionalisasi Candu. Candu dikurangkan, tetapi penagih tetap menagih. Pengurangan candu bukan bertujuan untuk menghentikan ketagihan, sebab candu masih ada, penagih dibiarkan menagih. Hutang nak beli candu sudah banyak. Swipe kad kredit sampai 600 bilion. Maka pembekal candu pun kurangkan dos candu. Kenapa pembekal candu sibuk nak beri candu? Candu bukan sebarang candu, candu itu boleh sorok kenaikan harga barang. Pembekal candu tahu, bila swipe kad kredit harga barang naik. Nilai ringgit tu kasi lambat sikit jatuh nilai, Sementara itu boleh rembat guna nilai yang masih tinggi. Tapi taknak kasi kesan drastik, maka diberikan candu. Takut jadi macam zimbabwe. Orang Zimbabwe tak pandai guna candu. Penagih candu tak tau, dia ketagih. Penagih BN dan penagih PR, sama-sama menagih. Penagih BN kena kasi hujah Bagusnya ada candu, Penagih PR kasi hujah, candu penting untuk rakyat. Penagih PR banyak yang percaya ajaran Budak kolej kesayangan ketum. Kononnya candu lebi...

Harga minyak naik malam ini

Gambar dijumpai di Google+ seseorang Hasil daripada kelekaan ahli politik dengan "Langkah Kajang", maka ini hasilnya.

Sebelum Subsidi "Pembohongan Harga" dihapuskan....

Minyak "diselaraskan" 5 sen. Gula "diselaraskan" 25 sen. Ramai pihak yang berkata memang tak patut kerajaan tanggung begitu banyak subsidi. Memang benar! Kita tak perlu subsidi untuk dibohongi. Rakyat bukan mahu sangat barangan disubsidi supaya dibohongi harga sebenarnya. Rakyat hanya mahukan barangan murah, samada murah disubsidi atau tidak. Itu tidak penting. Namun, kerajaan mengsubsidi harga supaya harga sebenar dibohongi, setelah nilai kertas ringgit semakin lama, semakin jatuh berbanding nilai komoditi. Kerajaan tidak perlu mendabik dada, kerana memberikan subsidi untuk membohongi harga sebenar sesuatu barangan yang dikawal. Rakyat hanya mahu barangan murah berdasarkan pendapatan rakyat. Mana yang rakyat mahukan? Harga runcit petrol RM 1.40 tanpa subsidi, atau harga runcit petrol, RM 1.85, tetapi berbilion subsidi masih ditanggung kerajaan? Keperluan untuk pengsubsidian berlaku akibat taksubnya "pakar" ekonomi, den...

RON 95 naik lebih tinggi daripada RON 97

Minyak RON 95 naik daripada RM 1.80 , kepada RM 1.85. Kenaikan 2.77777 % Minyak RON 97, naik daripada RM 2.05 kepada RM 2.10 Kenaikan 2.4390 % Di sini kita dapat lihat bahawa RON 95 dinaikkan lebih tinggi daripada RON 97, walhal RON 97 adalah barangan mewah. Tak adil bagi golongan pendapatan rendah. Adalah lebih baik RON 97 dinaikkan lebih tinggi, supaya RON 95 pengguna biasa, tidak perlu dinaikkan.

Cukai Terhadap Kenderaan Hibrid Perlu Dihapuskan?

Sekiranya cukai terhadap kenreta hibrid dihapuskan, sekilas pandang nampak macam negara akan rugi, kerana tak kutip cukai. Akan tetapi, penjimatan minyak yang ada pada kenderaan sebegitu, akan menyebabkan negara boleh mengeksport lebih minyak tatkala pengeluaran kekal pada jumlah 700 ribu tong setahun. Pengeluaran 700 ribu tong setahun, penggunaan 400 ribu tong. Maka eksport hanya 300 ribu tong. Kalau penggunaan dikurangkan kepada 350 ribu tong? Apa pendapat anda.

Lambat Cabut & Polisi Nilai Matawang Rendah

Masih ingat lagi teka teki sebegini... Sebutkan satu sebab yang sama kenapa Gigi sakit Perompak kena tangkap Perempuan Mengandung Ubi kayu jadi besar Jawapan : Kini ada lagi 1 teka teki. Sebutkan satu sebab yang sama kenapa berlaku krisis disel berlaku krisis minyak masak berlaku krisis gula berlaku masalah subsidi gula berlaku masalah subsidi petrol penyeledupan disel ke luar negara bil elektrik naik masalah subsidi beras  Jawapan:

Halatuju Politik Minyak di Malaysia

Politik minyak di Malaysia agak pelik, terlalu fokus kepada harga runcit. Pantang ada perubahan harga, ia akan menjadi isu. Macamlah Malaysia sudah guna wang berasaskan komoditi. Berbanding negara luar, politik minyak adalah berkisar kepada penguasaan minyak. Amerika mendapatkan minyak daripada Iraq dengan menyerang atas alasan mencari senjata pemusnah. Australia pula membantu 'membebaskan'  Timor Leste daripada Indonesia atas alasan alasan, tetapi yang sebenarnya mereka mahu minyak. Malaysia dan Indonesia berebut Ambalat walhal masing-masing mempunyai syarikat minyak nasional dan boleh bentuk kerjasama. Yang peliknya Malaysia boleh bekerja sama dengan Thai untuk merompak hasil bumi Patani dan Kelantan. RON 95 dan RON 97 apa pula? Ada pihak yang mencemuh RON 95, tak berkuasalah, dan macam macam. Ada pihak yang terlalu marah atas kenaikan barang mewah RON97. Bagi saya, penggunaa RON 95 sebagai petrol utama adalah satu langkah yang agak baik, untuk menangani ke...

Janji RON 95 RM 1.75

RON 95 yang dikeluarkan hari ini telah dikatakan sebagai berharga RM 1.75 seliter oleh Kementerian Penerangan. Rakyat tidak berapa kisah kalau "harga minyak utama" kekal. Sekiranya RON95 telah dicadangkan dari seawal mei dulu adalah RM 1.80, maka tidak timbul soal pembohongan. Namun apa yang telah berlaku adalah ianya dijanjikan pada harga RM 1.75 pada mei lalu. (Klik untuk besarkan.) sumber : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3739:kenaikan-harga-petrol-ron97-dan-pengenalan-ron95&catid=99:isu-negeri Rakyat tidak pinta RON 95 mestilah berharga RM 1.75. Kalau ianya RM 1.80 sama seperti RON 97 sebelum ini, ia mungkin tidak dipersoalkan. Tetapi apa yang terjadi adalah rakyat telah dijanjikan bahawa 1 September 2009 RON 95 berharga 1.75, tetapi pada 1 september 2009, ianya RM 1.80.

RON95 RM 1.80 ?

Orang yang membeli minyak RON95 esok hari, akan dapat minyak RON97 , kerana ia stok semalam, pada harga RON95 yang dinaikkan dari RM 1.75 ke RM 1.80. Dalam erti kata lain dia masih lagi beli RON 97 pada harga RON 97. Pelik betul, kenapa RON 95 perlu 'dinaikkan' pada hari ianya dilancar? Kalau mahu jual RON 95 pada harga RM 1.80 , lebih baik dia dari mula terus perkenalkan RON95 pada harga RM 1.80. Sebaliknya hanya kawasan bandar yang menikmati penjimatan 5 sen, tetapi orang kampung tak dapat. Kalau mereka terus perkenalkan RON95 pada harga 1.80 , maka hanya ada 1 'kenaikan' berbanding 2. Hairan juga tengok cara BN berpolitik.

Belum Tentu lagi RON 97 ada dijual di Daerah Jasin

Politik harga minyak sudah berkumandang akibat daripada pengumuman tentang penggunaan RON95 dan harga RON 97 akan dinaikkan ke RM 2.00 . Peliknya hanya kenaikan harga minyak RON 97 yang dipersoalkan. Sekiranya harga minyak RON 95 adalah RM 1.75, dan harga RON 97 adalah kekal seperti sediakala RM 1.80, belum tentu lagi ramai orang yang kekal menggunakan RON 97. RON 95 akan dijadikan sebagai barangan keperluan dan dan RON 97 dijadikan barang mewah. Apa ertinya kita kalau masih mahu guna barang mewah tetapi menagih subsidi. Oleh itu saya harap barang mewah RON 97 itu diapungkan terus, tak payah ikat pada RM 2.00. Biar dia naik sehingga RM 3.50 seliter. Jadi kalau PAS Bukit Katil menerusi Sofi Wahab dan Angkasanuri mahu memperjuangkan nasib orang kaya supaya terus dalam membeli barangan mewah dengan harga murah. Itu hak demokratik mereka. Dan kemungkinan besar akan ada RON 97 dijual di sekitar kawasan Bukit Katil. Walaubagaimanapun, di Kawasan Jasin senarionya berberbeza,...

Kenaikan Harga Emas, Perak, Minyak dalam USD

Ketika ini, harga dalam USD : Emas USD 920 seaun Minyak Mentah USD 58 Perak USD 14.3 seaun Ramai yang suka harga minyak dunia rendah kerana menjimatkan mereka yang suka berjalan. Namun yang paling suka harga minyak rendah ialah Amerika, kerana mereka boleh beli minyak murah daripada Negara Islam. Negara Islam pula masih tidak faham-faham dan terikut-ikut rentak mereka, sehingga negara Islam pun mahukan harga minyak murah. Di Malaysia harga minyak ron97 dikatakan akan "dinaikkan" kepada RM 2.00 , mengapa ia tidak diapungkan terus? Berikut adalah carta kejatuhan nilai dollar yang menyebabkan harga minyak/emas/perak dalam USD naik. Dalam 3 bulan kebelakangan, USD telah jatuh 15% berbanding AUD (Australia). tetapi hanya turun 5% berbanding euro, dan seikit dengan Ringgit. Graf yang sama untuk 5 tahun. (klik pada imej di tab baru) A adalah ketika USD jatuh , dan ketika itu harga minyak dunia USD 130 , Perak USD 20 , emas USD 950. B adalah ketika harga min...

Shahrir Samad Tidak Perlu Letak Jawatan Kerana 'Prinsip'

Bagi saya Shahrir Samad tidak perlu meletak jawatan kerana 'prinsip' yang berdasarkan sokongan ahli UMNO. Shahrir Samad, dilantik menjadi Menteri setelah layak menjadi ahli Parlimen dan dipilih oleh Perdana Menteri. Shahrir Samad menjadi ahli Parlimen kerana dipilih oleh rakyat termasuk bukan ahli UMNO atau BN. Perdana menteri boleh memilih sesiapa sahaja dikalangan ahli Parlimen untuk menduduki kerusi menteri, termasuk ahli parlimen dari parti lawan kalau mahu. Tiada mana-mana undang-undang mensyaratkan menteri ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, melainkan ianya 'kebiasaan' UMNO sahaja. Satu perkara yang kita perlu ingat ialah, jawatan menteri itu bukan satu kurniaan tetapi tanggungjawap. Bagaimana prestasi Shahrir Samad selaku menteri KPDNHEP? Mungkin ramai yang tidak berpuas hati ketika harga minyak naik ke tahap RM 2.70 dahulu. Ada yang berdemonstrasi, tetapi tidak menuntut Shahrir Samad meletakkan jawatan, sebaliknya hanya mahu harga minyak diturunkan ...

Adakah Sistem Kewangan Dinar/Dirham Tiada Kaitan dengan Alam Sekitar?

Dinar dan Dirham, dengan Alam sekitar adalah isu berbeza, tetapi sebenarnya ia saling berkait. Rapat mana kaitannya? Amat rapat. Sistem kewangan berdasarkan kertas, sering menyebabkan sesuatu golongan terlalu kaya. Andaikata tidak kaya, mereka boleh membeli tenaga secara kredit. Duit secara perakaunan boleh dicipta. Emas dan perak tidak boleh dicipta dan dimusnahkan. Begitu juga tenaga. Tenaga tidak boleh dicipta. Saya masih ingat  lagi pesan Cikgu Fizik saya ketika tingkatan 4&5, Cikgu Vellupilai Ponudurai, bahawa tenaga tidak boleh dicipta, kalau tenaga boleh dicipta kita boleh jadi kaya. 19 tahun dulu, cikgu saya berpesan sebegitu. Hari ini, rupanya negara barat kapitalis tidak mencipta tenaga untuk menjadi kaya. Mereka juga faham tenaga tidak boleh dicipta. Tenaga berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Akan tetapi walaupun tenaga tidak boleh dicipta, wang kertas, wang dalam bentuk kredit, dalam bentuk bon dan sebagainya boleh dicipta oleh mereka....