Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Internet

Nak tiru Lazada, Nak tiru Zalora, Nak tiru 7eleven

Banyak kali saya dengar, "nak buat macam lazada" "nak buat macam Zalora", "nak buat macam 7eleven". Memang ramai orang meniru. Tetapi kebanyakkannya yang meniru gagal meniru. Tak salah meniru, tetapi bukan tiru outputnya sahaja, tapi perinciannya tidak ditiru. Beberapa tahun dulu, ketika 7 eleven berkembang, ramai yang mula nak meniru 7 eleven, namun ramai juga kecundang. Disiplin 7 eleven memang tinggi, setiap benda terperinci. Kalau sudah boleh tiru apa yang 7 eleven buat, sudah cukup baik. Tidak perlu menjadi 7 eleven, tapi disiplin peruncitan tinggi tu boleh ditiru. Yang bukan kedai serbaneka pun boleh tiru. Cara merchandising, planogram, label, SOP semua boleh tiru, tanpa perlu menjadi kedai serbaneka 24 jam juga. Sekarang musim tiru Lazada Zalora. Hmmm Memang popular sekarang ini, cuma tang mana yang perlu ditiru. Bukan sekadar laman web yang ada shopping cart, tapi ada banyak lagi perkara yang mereka buat. Cara mereka iklan C...

Perniagaan DalamTalian , Shopping Cart atau tidak?

Sememangnya Shopping cart membantu dalam perniagaan dalam talian. Tetapi rakyat Malaysia masih lagi belum biasa dengan shopping cart. Saya dulu pun pernah terfikir untuk ada laman web shopping cart, namun emas ada susah sikit, atas 2 sebab. 1. pelanggan jenis suka tanya. 2. Harga berubah. Jadi maka sering saya tangguh untuk buat shopping cart. Pelanggan suka guna cara yang mereka suka guna. Mungkin ada yang memang suka shopping cart, tetapi kalau tiada opsyen itu, saluran komunikasi biasa boleh digunakan. Whatsapp/Telegram/ SMS/ wechat/ Fb mesegger. Rakyat Malaysia ada juga yang melepak di laman seperti mudah dan lelong. Maka jenis macam itu, dia kekal dengan cara mereka. Yang di dalam media sosial pun lebih gemar untuk kekal dengan cara mereka bersosial dan membeli belah. Budaya berjual beli di Instagram memang giat berlangsung, urus niaga berlaku tanpa shopping cart. Begitu juga di Facebook (page atau group atau profil). Mereka suka 'pm'. Walaupun sepa...

Arus WeChat Golongan Muda, dari perpekstif orang tua

Penetrasi internet dalam satu tahun kebelakangan ini agak pelik, apabila ramai yang tidak pernah menggunakan komputer pun nak ke internet. Fenomena ini menyebabkan hoax tahun 90an pun timbul semula. Mereka baru jumpa tahun 2014. Maka mereka sebarkan, termasuklah "Progesterex" muncul semula. Semalam Sang Amran ada memaparkan statistiknya mengenai peratusan yang tinggi yang menggunakan mobile . Ya, saya sedar, memang peratusan penggunaan mobile sudah hampir 90% daripada keseluruhan Internet dan 35% adalah "mobile only". Yang 90% itu termasuk yang guna desktop dan tablet sekali. Itu baru mukaddimah. Yang nak saya ceritakan ialah tentang wechat. Pakar pemasaran internet, mana yang berkiblatkan barat, biasanya tak cerita wechat. Sebab WeChat itu berasal daripada Asia, dan mungkin lambat tiba di Amerika. Tetapi Wakik pemasaran internet di Malaysia berbeza, dimana WeChat adalah salah satu perkara popular di kalangan muda mudi. Ya saya sudah tua. Say...

Sambungan Internet: Individu atau Lokasi?

Zaman saya kecil dahulu, tiada telefon dirumah. Kemudian pada tahun 1980an rumah saya ada telefon. Zaman ini, banyak rumah yang tidak perlukan talian tetap PSTN hanya kerana individu yang menghuninya mempunyai telefon tangan. Internet pula. Mulanya internet menggunakan PSTN. Bergaduhlah penghuni rumah tentang penggunaan talian PSTN samada ingin bercakap atau berPPP. Kemudian wujudnya streamyx. Talian PSTN rumah digunakan untuk streamyx walaupun fungsi PSTNnya jarang digunakan. Penghuni rumah menggunakan internet pada komputer yang ada dirumah itu. Apabila telefon tangan kian canggih, maka semua talian telefon tangan penghuni rumah mempunyai akses tanpa had 3G/UMTS/GPRS. Ketika di hadapan komputer, guna internet komputer. Apabila komputer direbut-rebut oleh calon angkasawan, adakalanya ibu bapa terpaksa Ber BerasPadu menggunakan telefon. Makin lama, makin ramai manusia yang menggunakan talian internet tanpa had melalui telefon, maka bertindanlah kemudahan internet bagi seseorang itu. D...

SMS vs Web vs Gopher

Tersebutlah alkisah bagaimana SMS dijadikan bahan perbincangan di Parlimen, yang menunjukkan betapa negatifnya SMS . Di Negara kita SMS terlalu didewa-dewakan, maklumkan ianyamedium yang sesuai untuk sampai ke hampir semua orang, memandangkan tahap penetrasi Internet masih rendah di Malaysia. Maka Acara itu guna sms, semak ini guna SMS, semak halal pun guna sms. Tak hairan kalau Malaysia negara ke 6 terbanyak menggunakan SMS di dunia ini . Program realiti menggunakan SMS berbanding Internet, kerana 2 sebab:- 1. SMS boleh menjana pendapatan, berbanding Internet kerana agak sukar. 2. Penetrasi Internet di Kalangan orang Melayu amat kurang, kebiasaannya sasaran utama mereka ialah orang melayu. Memperbanyakkan penggunaan SMS tidak dapat membantu meluaskan penetrasi Internet ke kawasan kampung. Mengapa tidak undian AFUNDI itu digantikan dengan web? Saya rasa automatik ramai orang akan menginternetkan dirinya. Walaupun segala bentuk Siaran Program Realiti Hiburan melalaikan, walaubagaimanapu...