Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Malaysiakini

Tips untuk tabayyun berita.

Tips untuk tabayyun berita. Sekiranya anda ternampak orang share artikel Malaysiakini, atau tmi. Maka janganlah percaya tajuk itu bulat-bulat. Ianya mungkin sensasi, atau menyentuh perasaan anda, untuk cepat-cepat percaya tajuk. Mungkin adakalanya, tajuk itu sudah cukup untuk membuatkan anda percaya tajuk, sebab tajuk itu membolehkan anda menghentam pihak lawan. Ada berita yang diambil daripada kenyataan verbal, ada yang diambil daripada kenyataan media. Untuk verbal, memang susah nak dapatkan ayat-ayat sebenar. melainkan ada video. Namun untuk yang bersumberkan kenyataan media, anda boleh cari di http://mediaterus.blogspot.com . confirm tak ada spin. Maka anda boleh baca, tanpa terpengaruh tajuk yang diubah suai. Cara lain, ialah, anda perlu cari dimana punca sebenar kenyataan itu, sebagai contoh, kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, boleh dicari di Fanpage dia. sekian.

Malaysia dah makin pelik, Menteri pun terlibat nak exclude Internet Ads

Sudah makin pelik dunia pemasaran internet hari ini. Menteri pun campur tangan, mana nak iklan. Mungkin kita akan lihat, Mentri campur tangan bab SEO kekeke BSN tidak letak iklan di Msiakini tapi dibuat oleh agent iklan BSN. CEO BSN maklumkan tadi. Saya dah minta BSN segera tarik balik iklan itu. — Ahmad Maslan (@ahmadmaslan) September 30, 2014

Melayan "Selar" ciptaan Malaysiakini...

Sudah jadi satu kerja pula nak dijelaskan. Apabila apa yang dikatakan oleh Tuan Guru  Hadi Awang, ditulis sebagai Selar oleh Malaysiakini. Dalam kandungan berita, tiada langsung perkataan "selar", akan tetapi hanya tajuknya sahaja yang selar. Ini bukan pertama kali Malaysiakini memanipulasikan Tajuk berita supaya lain daripada kandungan, sehingga perlunya penjelasan. Baca penjelasan . "Kedua, beliau bukan 'selar', tetapi tidak setuju terhadap campurtangan asing dalam sebuah negara berdaulat atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa." Moral: Malaysiakini perlu dibaca sama kaedahnya dengan membaca Utusan, dimana tajuk tak boleh dipakai.

Nizar Ganti Elizabeth Wong dan Malaysiakini?

Saya terbaca catatan blog "Ini yang aku rasa" menceritakan bahawa blognya tersenarai di Malaysiakini. Daripada situ saya nampak Malaysiakini menangkap perkataan "nizar" Sebelum ini, saya sudah perhatikan bahawa terlalu banyak cerita Elizabeth Wong, yang tersenarai di situ. Sebelum itu pula, perkataan "Malaysiakini" yang membuatkan ianya tersenarai. Jadi, "Nizar" ganti "Elizabeth Wong" yang menggantikan "Malaysiakini" Masih ada lagi yang membuat pesta "Ref Malaysiakini" pada tajuk catatan blognya? Jadi, Kalau nak trafik, tulis tentang Nizar Nizar melambai Nizar masuk kereta Nilai pergi Mahkamah Nizar nak cari bakal menantu daripada kalangan blogawan Nizar berdiri Nizar duduk Nizar makan Nasi Lemak Esok lusa mungkin Malaysiakini tangkap perkataan lain.

CPU Raja Petra boleh Menyimpan data - rujukan Malaysiakini

Saya agak ketinggalan rupanya, pada zaman saya masih muda remaja, CPU adalah komponen untuk memproses data. Langsung tidak menyimpan data. Tanpa disedari fungsi CPU sudah ditambah iaitu boleh menyimpan data. menurut Malaysiakini Pendakwa dibenar analisis semula CPU Raja Petra Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi saksi mereka mengekstrak dan menganalisis semula dokumen yang belum dibuka di dalam unit pemprosesan komputer (CPU) dan komputer riba milik Raja Petra Raja Kamaruddin Saiz cache CPU zaman sekarang sudah bertambah agaknya. Dan boleh ditetapkan untuk menyimpan data.

Harapan Terlalu Tinggi Terhadap "PAS for all" ? Surat Arvin di Malaysiakini

Saudara Arvin Kalam Pereira, telah menulis di Malaysiakini satu tulisan bertajuk 'We cannot trust PAS' ( mesti baca ) Satu tulisan yang agak menarik, Akan tetapi ia menunjukkan harapan palsu terhadap "PAS for all", PAS for all pula ditakrifkan sebagai kesamarataan mutlak. Inikah hasil daripada penyembunyian  "pembela melayu" ? Walaupun disembunyikan, orang melayu, masih ada yang meletakkan harapan kepada PAS sebagai pembela melayu, pada masa yang sama, bukan melayu seperti arvin telah meletakkan harapan tertalu tinggi sehinggakan menerupai perjuangan DAP. Akibat kekecewaan daripada harapan palsu itu, maka Arvin telah menggariskan 3 perkara. 1. Jangan letakkan PAS di kawasan berbilang kaum 2. Jangan letakkan PAS banyak kerusi. 3. Mempersoalkan kenapa Kelab Penyokong PAS bukan ahlis sebenar. Maka, Roslan SMS, blogawan yang sering tidak menulis tajuk, telah membuat ulasan tentang apa yang dibangkitkan oleh arvin (Mesti baca ). 2 perkara yang dinyatakan oleh Ar...

Tajuk Lain Cerita Lain di Malaysiakini

Apa sudah jadi dengan Malaysiakini? Tajuk berita "Harussani: Orang politik tidak tekan mufti" Sekali baca, kelihatan seperti Datuk Harussani cuba menafikan yang Dr. MAZA ditekan secara politik. Akan tetapi kandungannya ialah... Diminta mengulas dakwaan wujud "permainan politik" sehingga menyebabkan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meletakkan jawatan hujung bulan ini, Harussani berkata "saya tidak tahu."

Skuad DUN Batu Caves Disindir Anwar Ibrahim kerana spam Malaysiakini?

Skuad DUN Batu Caves, juara baru dalam kegiatan Spamming Malaysiakini yang menjijikkan itu kini disindir oleh Anwar Ibrahim? Anwar Ibrahim kini mempromosi kempen Etika Penyebaran Makluma t . Kita perlu mempertahankan etika dalam menyebar maklumat tanpa sebarang kecelaruan fakta. Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai!

Kegiatan Spamming Malaysiakini yang Menjijikkan

Sejak akhir ini, apabila tetnik memperbanyakkan pengunjung blog diketahui dengan meletak tajuk "Malaysiakini", maka berleluasalah kegiatan itu sehingga ke tahap spamming yang menjijikkan. Ya. saya tahu ianya sesuatu teknik meningkatkan pengunjung, tetapi adakah perlu sehingga semua catatan blog mempunyai perkataan Malaysiakini? Sehingga satu tahap, catatan itu seolah-olah membohongi pembaca kononnya ia berasal dari sumber Malaysiakini. Apa ertinya menyalin tepek berita harakah dan mempersembahkan ia di dalam blog seolah-olah ianya dari Malaysiakini? Tak salah untuk kita meletakkan perkataan "Malaysiakini" di tajuk jika benar ia menceritakan tentang sesuatu yang berasal dari Malaysiakini atau bercerita tentang Malaysiakini. TETAPI JANGAN SPAM. Ianya satu teknik yang kita boleh gunakan sekali sekala. Saya ulangi "SEKALI SEKALA". Bukannya tiap-tiap kali catatan blog kita akan mengulas berita dari Malaysiakini, adakalanya kita ulas dari sumber lain. Spamming i...

Nathaniel Tan & Nik Nazmi Melaungkan HIDUP MELAYU di Malaysiakini

Tidak terfikir oleh saya bagaimana 2 orang menulis satu artikel. Ianya tidak mustahil. YB Nik Nazmi bersama Nathaniel Tan bersama-sama menulis artikel bertajuk Hidup Melayu di Malaysiakini . Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat  Melayu? Baca lagi  Apabila saya menulis tajuk Malaysiakini, catatannya mesti berkait dengan Malaysiakini. Jangan terikut-ikut budaya spam, yang menipu pembaca dengan mengambarkannya seolah-olah ianya berasal daripada Malaysiakini . Pernahkan anda merasai sesuatu artikel itu datangnya dari Malaysiakini rupanya tidak? p/s: Jangan "fave it"  catatan ini, sebaliknya "fave it" di sini kerana ia merujuk kepada artikel yang asli.

Jangan SPAM Malaysiakini

Akhir-akhir ini ramai blogger yang meletakkan tajuk catatannya mengandungi perkataan "Malaysiakini" dengan harapan mendapat pautan di Laman Malaysiakini. Pernah saya tertipu kerana menyangka sesuatu artikel itu datangnya dari Malaysiakini, Rupanya tidak. Jika mahu siarkan pendapat ke Malaysiakini, hantarlah ke Malaysiakini. Rasanya tiba masanya Malaysiakini menapis blog yang mengandungi "Malaysiakini" ikut gaya Beras Terpilih. Berikut adalah cara yang saya fikirkan boleh digunakan oleh staff Malaysiakini. Langgan RSS yang blogsearch "Malaysiakini" di google reader. Kemudian, staff itu "share"kan hanya catatan yang memang berkait Malaysiakini. Laman Malaysiakini menggunakan RSS yang dikongsi daripada googlereader itu. sekian.

Cadangan Pemuda PAS Cawangan Sempang Berkenaan Media dan Kenyataan

Di sini saya ingin memberi penerangan tentang Cadangan Pemuda PAS Sempang tempoh hari yang telah diserahkan ke Dewan Pemuda Kawasan Jasin ketika Mesyuarat Agung tempoh hari. Supaya ianya boleh disampaikan ke upstream Negeri dan Pusat. 1. Mencadangkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin supaya mengeluarkan kenyataan rasmi dalam bentuk bantahan atau sokongan atau mengalu-alukan berkaitan isu semasa. Sebagai contoh: Isu Fitna, Isu Pemain Israel Chelsea, Isu DSA 2008. 2. Mencadangkan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, dan Negeri Melaka supaya menjemput media dalam setiap aktivitinya, samada mereka datang atau tidak, samada berita tersiar atau tidak itu perkara kedua. 2.1. Mencadangkan Pemuda PAS Negeri Melaka supaya mempunyai dasar “Mesra Media” memandangkan “Sinar Harian” yang akan tiba di Melaka tidak lama lagi. Setelah berlakunya tsunami politik di Tanah air kita, Media kelihatan lebih terbuka untuk menyiarkan berita berkenaan pakatan rakyat berbanding dahulu. Walaupun ada kedengaran kononnya ...

Khairul Faizi dan Budaya Berblog PAS, Lanjutan Kes Namanya Diperguna

Khairul Faizi, Ketua Pemuda PAS NEGERI Johor, menyiarkan emelnya ke Malaysiakini dan Malaysiakini memberitahu ianya adalah sumber berita daripada BERNAMA . Di Catatan blognya juga tersiar akan satu berita , yang menceritakan tentang dirinya mencari daripada mana datangnya punca namanya tersiar. Khairul Faizi menambah, beliau "amat terkejut" apabila dikaitkan dengan isu kontroversi tersebut seperti diberitakan. Dhubungi hari ini, Khairul Faizi berkata, Pemuda PAS negeri termasuk beliau tidak terlibat dalam laporan polis berhubung kes berkaitan. Ditanya pihak yang terlibat, beliau berkata "tidak tahu". "Saya ada bertanya PAS negeri, tetapi PAS negeri juga tidak tahu-menahu tentang soal ini," katanya."Kemungkinan PAS (kawasan) Johor Bharu, kerana berita itu dimuatkan di laman web PAS kawasan tersebut. Bagaimana Laman PAS Johor Bahru boleh memuatkan berita tentang Ketua Pemuda Negeri tanpa usul periksa? Budaya salin tepek? Kini bukan persoalan Karpal Si...