Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jusco

Tesco Bercerai dengan Bonuslink

Tesco kini sudah bercerai dengan Bonuslink. Saya baru tahu apabila saya pergi ke tesco melaka semalam untuk menangkap gambar makanan . Akan tetapi, menurut laman web PASIM , Kad Bonuslink sudah tidak diterima di TESCO sejak 23 Ogos lagi. Tapi saya lambat tahu kerana saya setia dengan JUSCO & dah lama tak pergi TESCO. Selepas penceraian itu, Tesco mengeluarkan Kad kesetiaannya sendiri iatu Club Card . Bagi saya itu langkah bijak yang dilakukan oleh tesco. Syarikat besar tak perlukan gunakan perkhidmatan pihak ke tiga untuk program kesetiaanya. Syarikat program kesetiaan mungkin tak mesra pelanggan seperti peruncit gergasi itu. Saya lihat, mereka beria-ria cuba daftarkan pelanggan akan Club Card yang baru itu dan mereka turut mensasarkan sejuta pelanggan mendaftar kad baru itu. Eh, bukankah Bonuslink baru sahaja berkahwin dengan TESCO? kalau tak salah saya baru setahun jagung. Apa terjadi antara mereka? Ketika itu sibuk pekerja TESCO turut mendaftarkan pelanggan mereka dengan BON...