Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel USD

Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan ?

Saya terjumpa sesuatu di posting Azlina Android Al-Hijawi , bukan dia cakap. Tiada apa yang signifikan yang boleh dicapai jika matawang ditukar ke dinar kerana 1. Sistem monetari sangat kompleks 2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang kertas ...tidak tampung nilai us dollar kepada gold... 3. Nilai dinar emas sendiri akan bersandarkan kepada emas komoditi yang jadi aset class yang nilai sentiasa berubah dipasaran...  Jadi saya jawap satu persatu... 1.Sistem monetari sangat kompleks  Wang Fiat itu yang kompleks,  Dengan Fractional reserve Banking,  Hutang boleh dijual, hutang jadi deposit, looping sana sini. Emas perak tak kompleks pun. 2. Kominiti based money terbukti gagal kerana terpaksa dilenyapkan dan digantikan dengan fiat monye kerana sistem kewangan emas tidak dapat tangani sistem kewangan guna wang k...

Emas Sebagai Penyimpan Nilai

Sekarang adalah musim membeli emas bagi pihak yang meminatinya. Namun terdapat 2 jenis penggemar emas. Ada yang menganggapnya sebagai pelaburan, ada yang mengganggapnya sebagai simpanan. Saya adalah yang lebih cenderung ke arah simpanan berbanding pelaburan. Harga emas, membuak pada peratusan yang agak tinggi beberapa tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh terbongkarnya konspirasi penekanan terhadap harga emas boleh pihak tertentu. Bihak Bank Persekutuan Amerika dikatakan menyembunyikan fakta sebenar berapa banyak emas yng disimpan, tetapi 'meminjamkan' emas kepada pasaran emas supaya wujud bekalan berlebihan. Ini digunakan untuk mengekalkan nilai dollar pada paras yang tinggi walaupun mereka mengeluarkan dollar pada kadar yang tinggi. Dollar yang tinggi membolehkan mereka membeli komoditi import daripada negara lain dengan menggunakan kertas sahaja. Berbalik kepada persoalan simpanan atau pelaburan. Sekiranya tidak wujud tekanan terhadap harga emas, emas pe...

Hujah Boikot Komoditi

Daripada blog Idham Lim Kita lihat bagaimana kisah Thumamah bin athal ra ثمامة بن أثال yang baru masuk Islam telah memboikot orang-orang musyrikin di mekah. Setelah masuk Islam , beliau berkata: والله لا يأتيكم من اليمامة حبة حنطة حتى يأذن فيها رسول الله صلى الله عليه وسلم "Demi Allah tidak akan datang kepada kamu (kaum Quraisy) sebiji gandum pun dari Yamamah sehingga Rasulullah saw izinkan." Hadis SAHIH Bukhari Muslim. Sepertimana diketahui beliau adalah penghulu Yamamah. Dalam hadis lain menyebut: فانصرف إلى بلده ومنع الحمل إلى مكة حتى جهدت قريش فكتبوا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم يسألونه بأرحامهم أن يكتب إلى ثمامة أن يخلي إليهم حمل الطعام ففعل رسول الله صلى الله عليه وسلم " Lalu Thumamah pun pulang ke kampungnya dan menegah untuk dibawa barang dagangan ke Mekkah sehinggalah orang Quraisy kemelaratan . Lalu orang-orang Quraisy menulis kepada Rasulullah saw meminta dengan berkat hubungan persaudaraan supaya thumamah membiarkan barang makanan samp...

Ramalan Ekonomi Nujum Pak Belalang

Hari ini dan semalam, saham di serata dunia jatuh. Seperti yang berlaku pada julai 2008, kejatuhan saham dunia adalah teruk tetapi mengakibatkan kenaikan USD . Kenaikan dollar itu juga akan mengakibatkan penurunan harga emas dan harga komoditi. Penoreh getah perlu berjaga-jaga. Ketika catatan ini ditulis, Indeks USD telahpun naik daripada 75, ketahap 76.33. Tidak boleh diramalkan sangat sampai berapa kenaikan indeks USD itu. mungkin 77 mungkin 78. Jika anda ingin membeli emas secara pukal, jangan beli sekarang. Beli emas ketika saham sudah habis tergolek , dan mungkin indeks USD mencapai tahap 77 atau 78. Tetapi kalau nak beli juga, sukahati kamu, Saya tak mencadangkan supaya anda menjual emas yang anda ada. Kalau nak jual juga, suka hati kamu. Sekiranya anda mempunyai emas di dalam buku, hendak difizikalkan, maka bolehlah keluarkannya dalam bentuk Ringgit, dan beli emas public Dinar bila tiba masanya. Namun ada juga spekulasi yang mengatakan harga emas akan melonjak jumaat ini. Ini a...

Drama Swasta IMF

IMF nak jual 1/8 daripada simpanan emasnya . Lebih kurang 403.3 tan. China cepat-cepat kata nak beli. Tetapi rupanya nak beli jika ada diskaun. IMF pula kata tak mahu jadikan dollar matawang utama dunia . Dollar Jatuh? Harga emas? Bank Negara Malaysia tak tambah stok emas tatkala IMF nak jual? Macam drama swasta pula cerita IMF dengan emas.

Dollar Dollar Dollar

Penentangan terhadap penggunaan Matawang USD harus diteruskan. Matawang USD adalah senjata utama Amerika untuk memperoleh komoditi di dunia tanpa perlu berperang. Nilai matawang USD masih tinggi sejak pertengahan tahun lepas, walaupun berlakunya bailout, defisit bertrilion, tetapi ia masih tinggi. Obama cukup risau kalau China tidak beli "hutang"nya. Tetapi China beli juga. Suatu ketika dulu indeks USD sudah jatuh ke tahap 75, namun ia boleh naik dan hanya turun setakat 78.xx sahaja. Mahu tak mahu, kalau kita serang USD, kita akan rasai impaknya juga. Syed Akhbar Ali memberi Amaran juga. Jauhi USD. An Urgent Note To Bank Negara Malaysia & Petronas Sebelum ini, ada kenyataan tentang Bon 'Emas' dalam USD di Laman Web Bank Negara. 10 August 2009 : Press Statement Landmark Issuance of Emas Dollar Bond and Emas Dollar Sukuk by Petronas 3 bilion USD + 1.5 bilion USD = 4.5 bilion USD lebih kurang RM 15 Bilion harta milik negara dalam USD Obama pu...

Matawang Super Global

Macam macam. IMF berkemungkinan akan memperkenalkan Matawang Super Global untuk mengatasi krisis ekonomi ketika ini. Kalau dulu USD mendominasi. Kini ianya hampir ditolak semua orang. Akan tetapi, apabila matawang super itu dikawal oleh IMF, masalah tidak selesai. Seigniorage akan dikenakan oleh IMF berbanding Amerika. Amerika nak gulung tikar. Lari dari mulut Amerika masuk mulut IMF

YB Idham Lim dan Hishamudin Rais Masih dijajah USD

Terdapat 2 catatan blog yang cukup "risau" apabila ringgit turun berbanding dollar. Ringgit bakal cecah RM4 sedolar? » CINA ISLAM (林川興) TERNOW !!! NILAI RINGGIT JATUH - BERBANDING DOLAR » Tukar Tiub Jangan salahkan mereka kerana masih dijajah USD, ada ramai lagi orang yang dijajah USD. Saya ingin memaklumkan bahawa Ringgit naik berbanding matawang bukan USD sekiranya Ringgit mencecah RM 4 satu USD kerana sistem penentuan nilai Ringgit adalah menggunakan Apungan Terurus ('Managed float') . Adakah ianya sesuatu yang baik atau tidak baik? Anda tentukan. Dengan sistem Apungan Terurus yang digunakan oleh Bank Negara, kejadian "Ringgit jatuh berbanding USD" hanya berlaku apabila USD naik. Namun, Ringgit akan turut naik berbanding matawang asing lain. Malaysia boleh beli barangan daripada luar Amerika dengan sedikit murah. Jed Yoong akan menjadi lebih kaya, kerana gajinya dibayar dalam USD. Para blogawan yang memperolehi pendapatan dalam ...

Mana Suara Boikot USD oleh Ahli Parlimen PAS di Parlimen?

Seperti biasa, ramai orang suka boikot barangan Amerika berbanding matawang Amerika. Apa sebabnya? Entahlah. Mungkin boikot barangan lebih mudah difahami berbanding boikot USD. Penerangan menunjukkan boikot USD tidak memberi kesan kepada mereka juga sukar difahami. Kalau kita tidak membeli barangan mereka sekali pun, mereka boleh cetak duit atau wujudkan "duit perakaunan" (accounting money)  untuk menggantikan kekurangan duit akibat boikot itu. Tahniah kepada Ahli Parlimen PAS Pasir Putih yang mengatakan kerajaan tidak serius memboikot barangan Amerika. Tetapi bagi saya tidak cukup, kerana tidak disebut boikot matawang. Asyik-asyik barangan. British datang Ke Malaysia dan berkuasa kerana kita membeli barangan mereka, atau mereka mahu mendapatkan barangan dari kita? Jepun datang menjajah mahu kita beli produk jepun? atau mahu hasil bumi kita? Situasi tidak stabil, lombong bijih timah di Perak menyebabkan British tidak senang duduk kerana bekalan timah tergangg...

Dokumentari Emas dan USD di Astro (History Channel dan Discovery Science)

Beberapa hari kebelakangan, terutama sekali semasa Tahun Baru Cina, cukup banyak dokumentari tentang emas dan matawang USD. Namun Dokumentari itu perlu ditonton dengan minda analitik, tidak boleh percaya 100% terutama sekali "God's Gold". Di Discovery Science, terdapat satu dokumentari tentang USD, tajuknya lebih kurang "Mighty bank", ia menceritakan bagaimana duit dicetak, duit dilupuskan, dan terang-terang meraka cerita tentang 'money creation' dan matawang USD yang baru dicetak dihantar ke luar negara. Nampak gayanya mereka sekarang sudah terang-terangan ingin memberitahu dunia bahawa mereka menguasai dunia dengan USD. Banyak pula dokumentari tentang emas di History Channel, emas Yamashita, emas Afghan, Pencarian bagaimana Nabi Sulaiman memperolehi emas, Di mana Menorah emas yang dicuri dari Palestin oleh Rom kini berada. Saya sebenarnya tidak sempat menonton kesemuanya. Semuanya akan menimbulkan keinginan penonton untuk menyukai emas. ...

Boikot USD: Datuk Salleh Majid kool

Berikut adalah Wawancana MHI dengan Datuk Salleh Majid berkenaan boikot USD. Idea-ideanya lebih kurang idea saya juga, mungkin dia ada lebih fakta sepeti 22 buah negara menambatkan matawangnya dengan USD. Selamat menonton Bahagian 1 Bahagian 2 sumber http://palestinkini.info/?p=3079

Lebihan Eksport, Amerika Kuasai Dunia dengan USD

Hari ini Puan Nur Aflah membuat catatan ekonomi dengan cukup baik. Masuk dan baca . Maka saya petik satu perenggan kecil untuk dikupas. Ya. Kupas macam bawang. Mengikut laporan MITI, 10.2% barangan Amerika masuk ke negara ini dari Jan-Nov 2008. Jumlahnya hampir mencecah RM 50 billion setahun. Manakala jumlah eksport Malaysia ke Amerika hampir mencecah RM 60 billion setahun. Malaysia import RM 50 bilion Malaysia eksport Barangan RM 60 bilion. Amerika mendapat lebihan barangan sebanyak 10 bilion. Banyak manakah barangan bernilai RM 10,000 itu? Berapa tan minyak sawit? Berapa tong minyak mentah? Sepatutnya Malaysia mendapat wang sebanyak RM 10 billion daripada Amerika. Dalam bentuk apa? USD? Mari kita kira pula berapa USDkah RM 10 billion. lebih kurang 3 bilion USD sahaja. Mari kita lihat berapa kecilkah 3 bilion USD itu. Wang USD yang dicipta atau dicetak untuk menyelamatkan 2 syarikat gadaian Amerika adala 700 bilion . Betapa kecilnya "3" berbandi...

Terima Kasih Negara China

Daripada Beras Padu , saya terjumpa satu berita yang disiarkan di gata.org mengatakan Negara China akan berusaha dengan program perintis untuk memnyelesaikan perdagangan antarabangsanya menggunakan matawang yuan berbanding sebelum ini USD. China's central bank said yesterday that it plans to implement a pilot program that would settle overseas trade with the Chinese currency instead of the US dollar. The People's Bank of China will expand financial cooperation with overseas economies and "properly deal with the global financial crisis," the central bank said. "We'll actively join international efforts to tackle the global financial crisis while safeguarding national interests," the central bank said. It pledged to implement a pilot program that the State Council announced last month. China will allow the yuan to be used for settlement between Guangdong Province and the Yangtze River Delta, China's two economic powerhouses, and the special ...

macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika'

Menarik persoalan yang diutarakan oleh Afnanhassan Boleh Pakcik Sebol terangkan macammana nak realisasikan 'jangan jual barang kepada Amerika' sebab di sekeliling kita semuanya dalam USD. Yang dalam internet ni pun berlambak yang gunakan USD. Habis macam mana nak realisasikan matlamat kita ni? Sebenarnya ia jauh lebih susah daripada jangan beli Barangan Amerika. Amerika memerlukan 2 perkara. 1. Barangan komoditi atau untuk dibeli 2. Permintaan terhadap USD. Jadi untuk merelalisasikan "Jangan Jual Barangan Kepada Amerika" perkara itu memerlukan kuasa politik dalam sesuatu negara. Peringkat tinggi. Agak sukar untuk mengeluar minyak , minyak sawit, untuk memilih pembeli. "Aku tak jual pada kamu" Namun ia boleh dilakukan dengan 2 cara. 1. Kita putuskan hubungan dagangan dengan Amerika. 2. Kita cari pasal sehingga dia sekat kita, macam Iran. Mutaligat sudah mencadangkan supaya putuskan hubungan dagangan dengan Amerika . Rundingan FTA denga...

Boikot Amerika, Bukan Sekadar Jangan Beli Barang, Tetapi Jangan Jual Barang Kepadanya

Sekian lama kempen boikot barangan Amerika telah berjalan, namun ianya agak kurang berkesan. Mengapa? Secara kebiasaannya, apabila orang membeli barangan Amerika, kita akan sangka dia mendapat keuntungan daripada itu. Kebiasaannya kita akan menyangka bahawa kita menyumbang duit kepada Amerika. Sebenarnya Amerika tidak memerlukan duit daripada jualan kepada pelanggannya untuk menguasai dunia. Duit yang dia mahu itu hanya ingin digunakan untuk dikitarkan semula supaya membeli bahan mentah daripada luar. Kekuatan Amerika letaknya adalah dengan penjualan matawang USDnya, bukan pada penjualan barangan keluaran negaranya. Apabila Amerika perlukan duit(USD) untuk membuat sesuatu, kongres bersidang dan penciptaan duit(USD) yang baru  boleh diluluskan. Mereka, Amerika tidak begitu risau akan inflasi matawangnya walaupun dicetak lebih, atau diwujudkan dalam bentuk "kredit" kerana permintaan terhadap Dollar tetap ada. Dalam erti kata lain, kekuatan ekonomi Amerika lebih ...

Cetak Duit Fiat Tak Semestinya Inflasi

Ini adalah sebahagian daripada tulisan Ustaz Zaharuddin pada catatan bertajuk Penciptaan Duit Kertas Moden, Hukum & Forex Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating' mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara. Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh. Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply. Justeru, cetakan wa...

Re: DINAR EMAS (Perhatian: Chedet)

Pagi tadi saya berborak dengan seorang staff Maybank Melaka Main, yang masih ingat lagi muka saya yang pernah beli kijang emas 2 tahun lepas. Ramai orang mendepositkan wang ke bank tempatan berbanding dahulu kerana kurang yaking kepada bank asing. merujuk kepada HSBC. Saya tanya stok, hanya 1/4 aun kijang emas sahaja yang tinggal. Chedet telah menulis tentang Dinar Emas hari ini. Tidak pasti pula, tulisan tentang Dinar Emas oleh CheDet "kebudak-budakan" atau tidak. 1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini. Belum ada sesiapa nak wawancara saya lagi. Rausyanfikir ada juga masuk siasah 2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa. setuju 3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia dit...

Tahi Lembu Telah Jatuh Dari Amerika Kelepap Melekat ke Muka Penoreh Getah Malaysia

"Wahai Datuk ahlil nujum marang kerapu kepunden marang sekepot semalam beta telah bermimpi setompok tahi lembu telah jatuh dari langit kelepap melekat keatas muka beta. Apa itu tok nujum?" "Menurut amalan patik, tuanku akan ditimpa masalah ekonomi." "Tidak, Tidak, Tahi lembu itu tidak betul betul melekap  dimuka beta, hanya sipi-sipi kena bahu beta. Apa itu tok nujum" "Kalau kena sipi, Alamat tuanku terkena demam kekurangan FDI." "Tidak tidak, Sipi pun tidak Sebenarnya beta ketik kelepak jatuh kemuka peniaga getah." "Itu alamatnya peniaga getah akan rugi ." ---- Apa yang terjadi sekarang ini adalah harga getah turun. Kenapa ia turun, jawapannya sama dengan j awapan kenapa harga minyak dunia turun. Minyak dan getah kedua-duanya komoditi. Harga getah turun kerana nilai ringgit naik (berbanding dgn matawang bukan USD) akibat daripada kenaikan sementara USD . Kenaikan sementara USD adalah kerana pelabur amerika menjual pegangannya...

Kenaikan Dollar Sementara == Penurunan Harga Minyak Dunia Sementara

Seperti biasa apabila harga minyak dunia turun, banyak catatan blog menggesa Pak Lah menurunkan harga minyak seberapa segera. Di atas adalah graf matawang Amerika Berbandin Dollar Australia. Beberapa hari lalu, terdapat kenaikan seketika harga minyak sehingga mencecah 120 kemudia dia akan turun balik. Hari ini ia berada pada tahap 94 USD. Graf USD berbanding AUD ini memang tidak menggambarkan 100% harga minyak, akalu tetai sekiranya permintaan dan penawaran kekal, dan nilai AUD kekal, maka nampak jelas penurunan harga minyak adalah disebabkan kenaikan dollar. Sebelum ini saya mushkil juga bagaimana Dollar boleh naik ketika berlaku krisis. Seorang penganalisis ekonomi di Astro Awani tadi menceritakan bahawa Dollar naik akibat daripada pelabur amerika yang menjual kepentingannya di Asia. buat masa ini tak dapat saya nak berimaginasi bagaimana permintaan terhadap dollar Amerika meningkat apabila mereka melepaskan pegangan ekuiti. Katanya, Dollar akan tetap jatuh dalam jangkamasa panjang, ...