Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perak

Pelaburan Silver (Perak) Yang Cair

Apabila harga logam perak naik, ke tahap USD 24 satu troy aun, Maka ramailah yang mula nampak bahawa perak adalah satu pelaburan yang baik, kenaikannya tinggi berbanding emas. Nisbah harga perak masih terlalu rendah berbanding emas. Kalau kini sekilo perak lebih kurang 20 gram emas, Ianya tidak mustahil untuk sekilo perak setara dengan 40 gram emas. Namun terdapat satu masalah, dimana ramai orang menganggap logam perak tidaklah secair emas. Ia tidak boleh dipajak, dan sukar dijual. Ia menjadikan tahap kecairan logam perak begitu rendah. Sekira anda menyimpan jongkong logam perak di rumah, ianya hanya menjadi simpanan yang beku. Ya, harganya akan naik, tetapi begitu sukar untuk dijual. Apatah pula kalau jenama jongkong itu tidaklah sepopular mana. Mungkin ianya popular hanya di Malaysia. Jadi, untuk mendapatkan tahap kecairan perak yang tinggi, ianya perlulah popular. Dikenali serata dunia. Anda boleh mendapatkan logam perak yang murah, tetapi ianya mungkin tidak cair...

Jongkong Perak 500 gram 'Public Silver'

Di atas adalah gambar Jongkong perak 500 gram keluaran Public Gold, yang diberi nama 'Public Silver'.   Sebelum ini Jongkong perak Public Silver hanya wujud dalam bentuk 1kg , agak besar dan mahal bagi yang ingin memulakan pelaburan perak. Emas dan perak adalah wang, namun perak telah hilang fungsi sebagai wang, dimana wang kertas lebih banyak mengambil fungsi perak sebagai matawang, berbanding emas. Catatan blog ini bukanlah bertujuan untuk mencadangkan pembaca melabur dalam perak. Bukan Negeri Perak, tetapi logam perak. Hanya pelabur sejati sahaja yang sesuai melabur dalam perak. Maksud saya, yang melabur dengan membeli sesuatu yang berada dibawah nilai seperti Warren Buffet. Tidak sesuai untuk pelabur jenis spekulatif. 500 gram perak, sudah menghampiri nisab perak iaitu 595 gram atau 200 dirham. Sekiranya anda hanya memiliki perak dalam bentuk 500 gram, maka anda tidak dikenakan zakat. Perak sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana ianya terlalu dibawah nil...

Ejen Public Gold & Denarist jangan Bergaduh dengan Ustaz Zaharuddin

Ejen Public Gold & Denarist usah Bergaduh dengan Ustaz Zaharuddin berkenaan artikelnya http://www.zaharuddin.net/content/view/908/72/ Dalam artikel itu, kelihatan seolah-olah melarang menjual beli emas, kerana ianya tidak sepatutnya dijadikan komoditi. Ianya agak meragukan, kerana pada zaman sebelum khalifah Malik bin Marwan, Dinar dan Dirham tidak diikat nilaiiannya. Juga wujud kisah dimana perak naik harga berbanding emas. Penetapan nilai emas dengan perak, juga menjadi punca berakhirnya bimetalism di Amerika Syarikat. Baca Crime of 73 Bayangkan, apabila perak dijumpai, kerajaan berasa rugi? pelik punya manusia. Adakah pengikatan nilai emas dan perak adalah sesuatu yang betul? Mungkin Ya, bagi tempoh tertentu sahaja. Ia memang boleh berubah-rubah tetapi tidak lari jauh. Ia akan balik asal juga. Cartanya adalah lebih kurang harga minyak dunia dalam emas. pi mai pi mai tang tu. Ianya tidak seperti carta harga emas dalam dollar. Perkara yang mushkil samada diben...

Berapa Harga Sultan Johor Jual Singapura Kepada British?

Saya telah berjanji kepada Prof Abdullah , (laki Puan Ainon ) untuk "menterjemah" berapakah nilai Pulau Singapura yang dijual kepada British oleh Sultan Johor. Agak sedih dam memalukan apabila membaca kandungan perjanjian itu. Persetiaan antara Great Britain dengan Johor, 1824 — menyerah sepenuh kedaulatan dan hak … untuk selama-lamanya … Orang Johor , sila baca secara menyorok-nyorok. Antara yang menyedihkan... Perkara III Syarikat Hindia Timur Inggeris Yang Mulia dengan ini berjanji, sebagai balasan kepada penyerahan yang dinyatakan dalam Perkara terdahulu ini, membayar kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Hussain Muhammad Shah, sejumlah wang sebanyak tiga puluh tiga ribu dua ratus (33,200) Dolar Sepanyol , bersama dengan gaji, sepanjang hayat Baginda, sejumlah satu ribu tiga ratus (1,300) Dolar Sepanyol sebulan, dan kepada Duli Yang Amat Mulia Datuk Temenggung Abdul Rahman Sri Maharaja, sejumlah wang sebanyak dua puluh enam ribu lapan ratus (26,800) Dolar Sepany...

Tak Jadi Buat 'Tembok Ipoh'?

Ramai orang kata, pembubaran DUN dapat menyelesaikan krisis politik di Perak. Namun kalau DUN tidak dibubarkan sekalipun, masih boleh diselesaikan krisis itu dengan memecahkan Negeri Perak kepada 4 sektor. Sektor Barat laut diperintah Kedah, Sektor Barat Daya diperintah Selangor, Sektor Timur laut diperintah kelantan, sektor tenggara diperintah Pahang. . Sebagai mana, Negara Jerman "diselesaikan" selepas perang dunia ke II, Jika Negeri Perak di pecahkan kepada empat sektor, dikuatiri penduduk daripada sektor Pahang, akan menyeberangi ke sektor Selangor untuk mendapatkan 20 meter padu air percuma. Oleh itu, perlu didirikan Tembok Ipoh. Sekiranya DUN dibubarkan, tidak dapatlah orang Ipoh memperagakan kreativitinya melukis pada tembok itu. Tak dapatlah orang Ipoh melukis gambar kereta AGS 10 langgar tembok.

Separa Fiksyen : Kisah ADUN Melawat Pejabat MB Perak

Seorang ADUN datang untuk berjumpa MB Perak di pejabat MB pagi tadi, jam 9:20 Pagi. Namun hasratnya untuk berjumpa MB tidak kesampaian, kerana MB tiada di pejabat. "Mengapa MB tiada di pejabat?" katanya di dalam hati. Kemudian dia tersenyum sendirian, "Eh lupa pula, aku yang failkan mahkamah rayuan supaya MB tak boleh masuk pejabat".

Kenaikan Harga Emas, Perak, Minyak dalam USD

Ketika ini, harga dalam USD : Emas USD 920 seaun Minyak Mentah USD 58 Perak USD 14.3 seaun Ramai yang suka harga minyak dunia rendah kerana menjimatkan mereka yang suka berjalan. Namun yang paling suka harga minyak rendah ialah Amerika, kerana mereka boleh beli minyak murah daripada Negara Islam. Negara Islam pula masih tidak faham-faham dan terikut-ikut rentak mereka, sehingga negara Islam pun mahukan harga minyak murah. Di Malaysia harga minyak ron97 dikatakan akan "dinaikkan" kepada RM 2.00 , mengapa ia tidak diapungkan terus? Berikut adalah carta kejatuhan nilai dollar yang menyebabkan harga minyak/emas/perak dalam USD naik. Dalam 3 bulan kebelakangan, USD telah jatuh 15% berbanding AUD (Australia). tetapi hanya turun 5% berbanding euro, dan seikit dengan Ringgit. Graf yang sama untuk 5 tahun. (klik pada imej di tab baru) A adalah ketika USD jatuh , dan ketika itu harga minyak dunia USD 130 , Perak USD 20 , emas USD 950. B adalah ketika harga min...

Langkah Zambry Pelik

Hairan bin Ajaib, Zambry cukup suka ambil langkah tidak popular, sedangkan dia mampu menjadi lebih popular. Zambry hanya meminta mahkamah rayuan untuk menangguh keputusan mahkamah tinggi yang telah diputuskan semalam. Dia memang terang-terang tidak mahu Nizar memohon untuk membubarkan DUN tatkala semua orang mengatakan pembubaran DUN adalah penyelesaian masalah. Zambry mampu menang dan menjadi MB secara demoktratik, tetapi dia menolak kaedah itu. Entah apa yang seronoknya berlakon menjadi MB? Tatkala MB yang sah tetap Nizar. Sekiranya Mahkamah Rayuan memutuskan supaya keputusan mahkamah tinggi ditangguh, Kerusi MB kekal milik MB sebelum keputusan semalam, iaitu Nizar juga. Zambry tiada kena mengena dengan Kerusi MB. Apa penyelesaian krisis Perak yang Zambry mahukan? Adakah Zambry mahu Negeri Perak dipecah kepada beberapa sektor seperti yang berlaku pada Jerman selepas kekalahan Perang Dunia ke II ? Sektor Barat laut diperintah Kedah, Sektor Barat Daya  diperintah Se...

Jika Guna Sistem Emas/Perak, Boleh Tak Bentang Belanjawan mini 60 bilion?

Jika Guna Sistem Emas, Boleh Tak Bentang Belanjawan 60 bilion? Macam mana nak beri 60 billion kalau tidak ada emas sebanyak itu. Sistem Kewangan Emas dan Perak tak bagus kah? Sistem kewangan Kertas Fiat boleh adakan 60 bilion. Apa jawapan bagi persoalan ini? Sebenarnya kalau kita menggunakan emas/perak, kemungkinan besar tidak perlu pakej rangsangan. Ekonomi "Berkembang" pada kadar yang tidak sepatutnya menggunakan wang kertas. Ada negara nilai "kertas"nya mahal, ada negara murah. Negara kertas mahal boleh beli macam-macam dari negara kertas murah. Negara kertas murah bergembira apabila negara kertas mahal terus membeli dan membeli sehingga menyebabkan pertumbuhan yang tinggi. Kilang dibuka, peluang pekerjaan bertambah, semua orang mahu pekerjaan popular, tak mahu jadi orang gaji, tak mahu jadi tukang cuci. Jatuh maruah kononnya. Tugas itu diambil oleh rakyat negara kertas lebih murah. Komoditi dan barangan kita diambil oleh negara kertas m...

Kenyataan Media JIM Pelik

Telah tersiar kenyataan media JIM (Jemaah Islah Malaysia) tentang krisis di Perak di BloggerNetwork dan bersetuju untuk mengusulkan 6 perkara. 1. menyelesaikan kemelut ini melalui rundingan; 2. mengisytiharkan “ gencatan senjata” dengan menghentikan acuman (agitation) di peringkat akar umbi, berhenti membuat laporan-laporan kepada polis, memberhentikan perbalahan melalui media massa; 3. menjaga status dan martabat institusi raja dengan tidak mengheret pihak istana di dalam pertikaian ini; 4. menyelesaikan kesahihan pendirian masing-masing dengan merujuk kepada Undang-undang. Jika perbincangan pakar undang-undang kedua-dua belah pihak tidak mencapai kata sepakat, perkara ini bolehlah dirujukkan kepada mahkamah; 5. Jika dirujuk kepada mahkamah, persetujuan harus dibuat tentang pemerintahan negeri Perak sebelum mahkamah memberikan keputusan; 6. membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk membolehkan piliharaya peringkat negeri Perak diadakan. Ini mengembalikan hak kepada rakya...

Gambar Pendemonstrator Baring di Hadapan Kereta

Kejadian ini berlaku bukan di Gazza. Kejadian ini berlaku bukan di Masjid Ubudiah atau Istana Iskandariah Kuala Kangsar. Akibat daripada ketagihan Politik yang disebabkan oleh Beras Padu , seorang blogawan telah berdemonstrasi tanpa sebab dengan berbaring di hadapan kereta sambil memegang bendera Palestin. Kejadian berpunca apabila blogawan itu mendapat idea untuk membuat catatan blog. Anda sedang membaca catatan blog yang dimaksudkan itu.

Macam Perjanjian Pangkor

Ini adalah Perjanjian Pangkor. Raja Muda Ibrahim diangkat menjadi Sultan Perak, Bendahara Ismail bekas Sultan itu dibenarkan memakai gelaran Sultan Muda; Sultan Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat British Residen hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat British Residen. Harapnya jangan jadi sebegini... Adun Pangkor diangkat menjadi Menteri Besar Perak, Ir Nizar bekas Menteri Besar itu dibenarkan memakai gelaran Menteri besar Muda; Menteri Besar Perak hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat  Residen Persekutuan hendaklah diikuti termasuk pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang-orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat  Residen Persekutuan.

Menggunakan Kesan Candu Politik Sebaik Mungkin

Politik itu bercandu, menyebabkan ketagihan tegar. Apabila berlaku krisis sebegini, penagih berita politik semakin kuat ketagihannya. Saya akui saya sendiri agak ketagih dengan maklumat Krisis Negeri Perak, namun saya cuba untuk tidak membuat catatan blog tentang Negeri Perak. Namun saya gagal. Walaupun cuba melarikan diri daripada menulis tentang Negeri Perak, akhirnya saya menulis tentang logam perak . Akibat ketagihan politik ini, pemikiran agak sukar untuk melarikan diri dari "Perak", saya berjaya juga menangkis ketagihan dengan menulis soal masalah Pekerjaan . Jadi. Jangan salahkan saya kerana menyebabkan anda semua ketagih politik. Saya cuba lari juga sedikit demi sedikit. Baiklah, mari kita kaji sejarah. Tatkala berlakunya Krisis Politik Perak, saya dapati Negeri Perak sudah mengalami krisis yang lebih kurang sama. malah jauh lebih teruk dari ini sejak 1860an. Terdapat 2 artikel di Wikipedia yang boleh membantu anda untuk mendapatkan ilmu sejarah sebagai...

Campurtangan Asing Dalam Negeri Perak

T.Guru Nik Aziz telah berpesan... 1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an. Dalam konteks ini, Najib adalah orang luar, begitu juga Anwar Ibrahim. Najib memainkan peranan yang besar dalam proses rampasan kuasa ini. Saya juga orang luar dari konteks pemerintahan negeri Perak. Saya tidak mahu ulas tindakan Sultan Perak untuk tidak membubarkan DUN. Saya hanya pembaca setia berita-berita tentang krisis politik perak sehingga berlakunya rampasan kuasa. Alasan Nizar pada suratnya , hanyalah berbekalkan 2 sebab. 1. Bilangan kerusi adalah sama 28-28 dengan mengambil kira status 3 kerusi DUN belum diputuskan ma...

Jenayah BESAR terhadap PERAK

Saya tahu, ramai yang inginkan saya menulis tentang 'Perak' ketika 'Perak' amat hangat. Tetapi diminda saya ketika ini lebih tertumpu tentang bagaimana hendak menggunakan perak sebagai penyelamat ekonomi masyarakat setempat. Perak adalah wang sejak dulu sehingga 1873. Zaman dahulu, emas dan perak adalah matawang. Kemunculan 'Piawaian Emas' (Gold Standard) yang menggunakan kertas sebagai mewakilkan emas, menyebabkan perak sedikit demi sedikit hilang status matawangnya. Dulu Sterling, Baht, USD adalah kepingan perak. Perak Sterling adalah 92.5% perak. dulu nama Pound Sterling itu adalah berasal daripada beberapa keping syiling perak sterling mestilah beratnya 1 pound. Lama kelamaan, emas kemana, perak kemana. Kewujudan duit kertas sebenarnya banyak membunuh perak berbanding emas. Emas wang besar, Perak wang untuk jualan harian. Apabila kertas digunakan untuk mewakilkan emas, maka apa guna perak? Permintaan terhadap perak merosot sejak wujudnya ...

Bertih jagung! Bertih Jagung! ... Malaysiakini

Bertih Jagung! Bertih Jagung! Sebungkus 1 Dirham! Drama politik Perak Makin Hebat. 2 Exco hilang. Objek asing yang tidak dikenali kelihatan. 2 Exco dikatakan diculik oleh pihak Decpticon. 2 Exco dikatakan akan lompat. 1 Timbalan Speaker di katakan kononnya berpesta muda-mudi dengan MCA. 1 Exco menyanyi 1 lagi exco menari tukar baju menyanyi lagi menari tukar baju 2 exco dikatakan letak jawatan . ada pula spekulasi murahan Sang Rimau. 2 exco  kata tak letak jawatan. 2 exco lupa ada surat letak jawatan tanpa tarikh ditandatangani mac lalu. Najib pun lupa. Bertih Jagung! Bertih Jagung! Mari makan bertih Jagung sambil melayari Beras Padu .

Kerana Dinar dan Dirham Krisis Berlaku?

Ulasan saya di catatan blog Dr Halimah yang mengatakan krisis Ekonomi Berlaku kerana mengejar Dinar dan Dirham, (tetapi dibaca sebagai dollar dan sterling) . Apabila Dr Halimah berkata: Dinar dan dirham tak berdosa dan bersalah. Sebab dirham dan dinar dijadikan matlamat dan matlamat itu pula menghalalkan cara mendaptkannya, maka dek kerana nawaitu dah silap, natijahnya pun jadi tak betul. Ok ke response di atas. Contoh lain, makanan: hidup nak makan atauu makan nak hidup? salahke nak hidup? Hidup itu untuk apa pulak? Saudara Sebol, banyak hadith tentang kehidupan dunia menyebut secara khusus dinar dan dirham. Tk. Dan kemudian saya jawap. Bagi saya jikalau semua orang mengejar emas dan perak, krisis ini tidak berlaku. Krisis berlaku apabila mereka tetap mahu menguasai dunia walaupun tidak cukup emas dan perak, mahupun komoditi) untuk menguasai dunia. Bagi saya "Pengejaran terhadap emas dan perak" adalah ubat kepada krisis ekonomi. baca: Dr Halimah. Banyak Hadis yang berkata te...

Siapa cucuk Tian Chua dan S.Husin Ali?

Suatu petang, Syed Husin Ali dalam kenyataan medianya berkata: kami tidak bersetuju dengan persetujuan yang telah dibuat oleh PAS dengan DAP tentang komposisi Exco Negeri Perak di mana lapan kerusi Exco diperuntukkan untuk DAP dan dua selainnya untuk parti lain Pada petang yang sama, Saudara Tian Chua membantah, pengagihan kerusi exco langsung tidak diberikan kepada PKR . Namun, apabila komposisi exco ialah 6:3:(1+MB) maka ia bersesuaian. Kalau saya pun sebagai PAS atau PKR, memanglah akan rasa kena tipu bila DAP ambil 8 kerusi exco, dan PKR dan PAS masing-masing 1 kerusi exco. Akan tetapi, persoalan yang timbul sekarang ialah, dari mana Tian Chua mendapat tahu kononnya tiada kerusi exco untuk PKR? Daripada mana S.Husin Ali dapat tahu kononnya DAP menyapu sehingga 8 kerusi exco? Siapa yang mencucuk mereka berdua? Adakah terdapat dalang untuk melagakan PKR dengan DAP pula? Jadi diharap, pihak PKR sendiri siasat darimana sumber berita kononnya DAP menyapu 8 kerusi exco. ATAU ia memang b...

Lihat Krisis MB Perak dari sudut positif

Saya tahu, krisis perlantikan MB perak adalah memeningkan. Kronologinya sebegini. Isnin: Sultan panggil wakil-wakil PKR, PAS DAP Selasa: Wakil PAS PKR DAP jumpa sultan, dan berbincang dan mengatakan terpulanglah kepada sultan untuk memilih. Dipersetujui oleh ketiga-tiga wakil. Kesemua Rabu: Telah diumumkan bahawa Ir Nizar, dipilih menjadi MB. Kemudia DAP punya CEC cadang untuk tak hadir majlis perlantikan. Pada masa yang sama penyokong DAP kebanyakannya membantah tindakan Lim Kit Siang di blognya. DAP dan PAS sebenarnya memang tiada pakatan sebelum pilihanraya, kecuali ketika membahagian kerusi. Akan tetapi terdapat arahan Pimpinan PAS menyuruh Ahlinya untuk mengundi DAP dan PKR untuk menumbangkan BN. Apabila keadaan sebegitu berkalu di Perak, dimana DAP mempunyai lebih banyak kerusi berbanding PAS dan PKR, ia seolah-olah DAP mempunyai hak mutlak untuk memjadi MB. Situasi di Perak agak berbeza kerana wujudnya Undang-undang Tubuh Negeri yang mengkehendaki Melayu Islam menjadi MB. Namun ...

Malaysia Perlu Lagu Kebangsaan Yang Baru.

Saya terpanggil untuk mencari asal usul lagu "Negaraku" setelah membaca komen pengunjung Indonesia pada Posting ini . mulai dari mencuri lagi kroncong Terang Bulan Terang di kali dijadikan lagi kebangsaannya,... Adakah benar Lagu Negaraku berasal dari lagu "Keronchong Terang Bulan"? Atau Ia berasal dari lagu "Mamula Moon" Felix Mendelssohn Dan ada pendapat yang mengatakan ia berasal penggubah peranchis , Pierre-Jean de Béranger(1780-1857) . (Tiada kaitan dengan Jeanne Abdullah) Sebelum itu, Bagi sesiapa yang belum tahu, Lagu Negaraku berasal dari Lagu Negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan". Lupakan "Mamula Moon" kerana ia adalah adaptasi dari lagu Keronchong terang bulan, Pada tahun 1888, Lagu Mamula Moon belum wujud. Lupakan Rudy Van Dalm, kerana ia belum wujud pada tahun 1888. Lagu Negeri Perak mula dimainkan apabila ketika Sultan Idris melawat England, Pada tahun 1888. Ketika itu Negeri Perak tidak mempunyai Lagu Kebangsaan. Terd...