Terima Kasih Aduka Taruna kerana melantik saya sebagai menteri Kewangan Kabinetmu.
Di bawah Perdana Menteri "Mat Sabu", TPM Khalid Samad atau Husam Musa.
Jadi di sini saya ingin menceritakan halatuju Kementerian Kewangan yang akan saya terajui ini.
Sasaran utama ialah untuk mengatasi masalah pengangguran. Sebenarnya bukan "pengangguran" itu menjadi masalah, akan tetapi ketiadaan sumber pendapatan itu adalah masalah sebenar,
Krisis Ekonomi kali ini akan ditangani dengan 2 keadah.
1. Kaedah jangka pendek, menggunakan sistem duit fiat
2. Kaedah Jangka Panjang iaitu Dinar dan Dirham, supaya krisis tidak akan berulang setiap 10 tahun.
Disebabkan seigniorage berlaku dimana cukai inflasi dikenakan kepada rakyat oleh kerajaan, maka adalah lebih baik kalau seigniorage itu dikenakan kepada rakyat oleh rakyat.
Maka M3 dinaikkan pada 2009 ini, dengan "pinjaman tak berbayar" diberikan kepada setiap rakyat, termasuk yang belum balikh. Jumlahnya akan diberitahu kemudian.
Inflasi?
Ya, kita semua akan dikenakan inflasi daripada tindakan itu, akan tetapi, inflasi hampir tiada erti kalau semua orang cukup duit, makan, pakai.
Pada masa yang sama Dinar dan Dirham akan digunakan sebagai matawang. Manakala matawang sen pada ringgit akan dikaji supaya kekal digunakan tetapi sebagai denominasi kecil bagi dirham. Kemungkinan 100 sen bersamaan 1/5 dirham 1/4 dirham, akan ditetapkan kemudian. wang kertas tidak akan diteruskan untuk mengelakkan penyimpanan nilai pada medium yang tidak bernilai dan mengelakkan pemalsuan.
Fungsi Bank Negara akan dihapuskan secara berperingkat, dimana "pinjaman tak berbayar" yang diberikan kepada rakyat akan menjadi pinjaman terakhir. Segala pinjaman baru berdasarkan OPR tidak akan dibenarkan.
Pinjaman dirham tanpa riba akan disediakan akan tetapi menggunakan insitusi lain..
Kementerian Kewangan juga meminta bahagian "Perumahan" pada Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan dipindahkan di Bawah Kementerian Kewangan. Ini adalah untuk memudahkan penyelesaian perumahan yang sering kali mempunyai masalah dengan "Bank".
Kementerian Kewangan juga memohon Perdana menteri supaya di adakan satu jawatan menteri khas, Menteri Perumahan, yang duduk dibawah kementerian kewangan.
Kementerian Kewangan akan ada 3 menteri.
1. Menteri Kewangan (selaku ketua Kementerian) 1 Timbalan
2. Menteri Perumahan. 1 Timbalan
3. Menteri Kerajaan tempatan .1 Timbalan
"Kerajaan tempatan" juga duduk sebumbung untuk mengelakkan PBT berlumba-lumba mencukai rakyat untuk dinaiktaraf sebagai Majlis Pembandaran, atau Majlid Bandaraya. Dan PBT juga berkait dengan lesen perniagaan, yang sepatutnya berkait kewangan.
Di sini saya ingn mengumumkan sekiranya PBT di bawah kementeri kewangan, semua pekerja yang diberhentikan pada 2 tahun kebelakangan ini, akan dikecualikan lesen untuk berniaga.
Sila tepuk.
Dan Saya ingin mengumumkan bahawa sekurang-kurang satu Souq dan pusat lelongan akan diwujudkan pada setiap kawasan PBT. Para pekerja kilang yang diberhentikan boleh lah berniaga tanpa fikir, nak cari kawasan, modal sewa kedai, lesen dan sebagainya.
Para pekerja kilang yang diberhentikan juga boleh melelong barangan lebih yang ada di rumah Pusat lelongan itu. dan Hasilnya boleh digunakan sebagai modal untuk berniaga di souq.
Walaupun saya mempunyai barisan Kabinet yang tidak diguna sepenuhnya. Saya ingin melantik jed Yoong sebagai Menteri Perumahan dan Cencurut sebagai menteri Kerajaan Tempatan.
Jed Yoong dan Cencurut diminta berucap dan lantik timbalan anda.
*tepuk*
sori rr mr bull@mentri kewangan,jed yoong akak cop dulu letak bawah mentri pompuan...
BalasPadamTuan Yang Dipertua (Speaker),
BalasPadamSebagai Menteri yang dilantik menjawat kerusi Kerajaan Tempatan, saya dengan ini akan memberikan beberapa hujah yang saya kira sesuai untuk kita semua bahaskan.
1. Pentadbiran PBT perlulah diselaraskan dan diletakkan dibawah satu jawatankuasa kerja yang dipengerusikan oleh Menteri.
2. Setiap pemberian lesen yang berkaitan dengan pajak gadai, panggung wayang, kedai arak, kedai judi ramalan, pemberi pinjam wang berlesen dan juga tempat parkir perlu mendapat kelulusan jawatan kuasa kerja dan tidak lagi dibawah kuasa PBT secara terus.
3. Setiap kawasan perumahan baru didalam semua kawasan PBT perlulah disediakan taman permainan paling kecil mestilah berukuran lebih dari 800 meter persegi.
4. Monsoon Drain (dengan izin) perlulah dibina disemua kawasan perumahan yang dibawah jagaan PBT dan ianya mestilah sedalam paling kurang 6 kaki dan lebarnya paling kurang 4 kaki.
5. Pusat perlupusan sampah perlulah mendapat kelulusan jawatan kuasa kerja peringkat menteri dan lengkap dengan laporan EIA daripada JAS.
6. Pusat Komuniti Masyarakat perlulah dibini pada jarak lingkungan 5 km diantara satu sama lain dan perlulah juga dibina lengkap dengan kemudahan riadah luaran serta dalaman.
7. Pasar Malam perlulah diselaraskan (termasuk juga Pasar Uptown atau Pasar Muhibbah) dan mendapat kelulusan daripada jawatan kuasa kerja dan dipantau secara berkala oleh pihak penguatkuasa.
8. Lesen berniaga menggunakan van perlulah diperluaskan namun dipantau secara berkala demi mengelakkan masalah sampah yang tidak terkawal.
9. Lesen berniaga untuk pasar malam akan dihapuskan dan diganti dengan yuran tapak pada harga RM10 bagi saiz 10 kaki persegi dan perlulah dibayar semasa berniaga. Kutipan akan diambil oleh unit penguatkuasaan yuran pada setiap hari. Tujuan direndahkan bayaran yuran ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai peniaga berniaga dan seterusnya memantapkan ekonomi negara.
10. Kemudahan WIMAX perlulah disediakan secara percuma (atau dikenakan caj minima RM10 sebulan) dalam jarak lingkungan 10 km dari pusat pentadbiran PBT. Kos berkaitan boleh ditanggung oleh bayaran taksiran rumah, kedai dan pejabat yang dibawah lingkungan kuasa PBT. Hasil juga boleh dijanakan melalui ruangan iklan pada laman web "captive portal" (dengan izin) penyedia khidmat WiMAX.
11. Penjualan ruang letak papan iklan "billboard" (dengan izin) oleh mana-mana PBT perlulah mendapat kelulusan jawatankuasa kerja peringkat Menteri sebelum ianya dibenarkan dipasang.
Setakat ini dahulu hujah dan pandangan yang saya dapat kemukakan pada sidang kali ini. Harapnya kita dapat membahaskan dengan berhemah serta professional.
(tepuk meja)....
Saya dengan ini memberi laluan kepada mana-mana wakil rakyat untuk membuat celahan dan membahaskan hujah saya. Sekian.