Pakdi seolah-olah tidak berapa setuju dengan "Gaji Minimum" . Sebenarnya, saya pun begitu. Idea "Gaji Minimum" adalah idea sosialis, memperjuangkan hak pekerja. Pakdi menceritakan bagaimana swasta akan sukar untuk memberi gaji minimum, kerana ia akan meningkatkan kos, dan seterusnya harga produk dinaikkan. Sekiranya berlaku kenaikan harga lagi dan lagi, yang minimum itu tiada ertinya. Kalau tidak salah saya, saudara Ikram , pengunjung blog ini pernah mengatakan bahawa gaji minimum yang diminta oleh MTUC itu untuk sektor tertentu. Saya sebenarnya tidak berasa risau sangat tentang nasib pekerja yang masih ada MTUC yang pertahankan. Sekiranya gaji minimum dilaksanakan, maka siapa mahu kerja kedai makan dan kedai runcit milik orang tempatan? Untung sebulan pun belum tentu melebihi RM 1500. Kebanyakan pekerja di syarikat perniagaan kecil tidak didaftarkan ke PERKESO dan KWSP. Bagi saya itu masalah yang lebih besar daripada meletakkan gaji minimum bagi pekerja yang sudah ...
Ayhd Yang Hendak Dibaca