Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jambatan

Tiada Jaminan Kapal boleh Lalu di Selat Tebrau

Sebelum ini ada keluar berita tentang perbincangan Najib dengan Perdana Menteri Singapura tentang jambatan baru yang menghubungkan Malaysia dengan Singapura. Adakah benar Malaysia yang mahukan jambatan itu untuk memajukan Johor atau Singapura yang lebih mahukan Jambatan itu? Apa perlunya jambatan ketiga kalau sudah ada 2 laluan? Ada pula cerita indah yang kononnya tambak johor akan diroboh. Adakah benar Malaysia yang mahukan Jambatan atau SIngapura yang lebih memerlukannnya? Apabila diutarakan soal jambatan menggantikan tambak johor, mereka berdalih. Apabila jambatan bengkok diutarakan, kata mereka kononnya mengambarkan hubungan yang keruh. Habis itu mahu apa? Kami Rakyat Malaysia mahu kapal boleh lalu di selat tebrau dan air boleh mengalir. Adakah benar cerita indah buaian Najib itu kononnya Tambak johor akan dirobohkan? P.M Singapura pula mencadangkan supaya tambak johor diperbesarkan. Jadi memang tiada apa-apa jaminan kapal boleh lalu di Selat Tebrau. Baik...

Ali Rustam Masih Mampu Menjadi Penentang British dan Belanda No 1.

Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan Jambatan Melaka Dumai. Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam). Walaupun Ali Rustam itu partinya berlainan dengan saya, namun saya menyokong pembinaan Jambatan Melaka ke Dumai, dan menyokong DMDI. Sekiranya Ali Rustam tidak berkuasa lagi dalam Melaka, maka mungkin idea Jambatan ke Dumai akan tenggelam. Maka, Ali Rustam masih diperlukan untuk meneruskan cita-cita membina Jambatan ke Dumai, walaupun di luar UMNO, walaupun tidak di tampuk kuasa. Saya menyokong jambatan ke Dumai, adalah kerana ia menjadi satu asas kukuh menentang perjanjian Inggeris Belanda 1824. Jambatan ke Dumai, seolah-olah membatalkan perjanjian Inggeris Belanda itu. Walaupun 2 hujung jambatan itu dijajah oleh penjajah yang berasingan, tidak semestinya ia tidak mampu disambung oleh kita. Oleh itu Ali Rustam perlu selesaikan dahulu masalah rasuah, dengan meminta dirinya disiasat,dibicara dan dihukum, dipenjara . Selepas menjalan...

Jambatan Melaka Dumai Dapat Memulihkan Ekonomi?

Ali Rustam adalah ahli politik yang suka merepek. Kata-katanya banyak yang merepek. Di atas sebab itu apabila dia berkata soal Jambatan ke Dumai, ramai yang kata dia merepek. Ali Rustam banyak membazir wang kerajaan negeri. Maka bila dia cadangkan Jambatan ke Dumai, maka minda kita automatik nampak ianya sebagai satu lagi pembaziran. Jika Negeri Melaka penuh penyelewengan, maka pembinaan Jambatan itu juga dijangka akan berlaku penelewengan. Lupakan sebentar tentang Ali Rustam. Pandangan masyarakat terhadap cadangan itu condong kepada negatif hanya kerana yang cadangkannya ialah Ali Rustam. Oleh itu, cuba bayangkan bahawa cadangan itu dibawa oleh orang yang ' kool ' seperti ' Rausyanfikir ' , orang yang kacak seperti Husam Musa atau saya Mungkinkah maklumbalasnya berbeza? 1824, adalah tahun dimana "Empayar" Johor Riau sewenang-wenangnya dibelah dua oleh Inggeris dan Belanda. Punca segala perpecahan adalah berpunca daripada penjajah, bukannya suka-suka orang Sem...

Batalkan Sahaja Projek Jambatan Pulau Pinang ke 2

Pulau pinang memang sudah padat, beberapa jalan begitu sesak. Mengapa perlu langkah untuk memadatkan lagi pulau pinang? Bukankah banyak lagi kawasan di Malaysia yang boleh dipadatkan? Bila adanya jambatan ke dua, ditambah pula lorong ke tiga di Jambatan Pulau Pinang sedia ada akan siap. Pasti Pulau Pinang akan menjadi lebih padat. Bagi saya, lorong tambahan di Jambatan Pulau pinang adalah cukup untuk keperluan semasa. Anil Netto telah menyenaraikan 10 sebab mengapa Jambatan Pulau Pinang tidak perlu . (pautan) Kosnya dari 2 bilion, menjadi 5 bilion, kemudian tangguh pula kerana kos meningkat. Baik dibatalkan terus, tetapi mengadakan pengangkutan awam yang lebih efisyen antara Perai atau Butterworth ke Pulau. Sila baca penceritaan Anil Netto tentang Tram di Pulau Pinang , Komen saya disitu: I dont know why BN since 50 year ago doesnt like train alike transportation. except in Klang Valley. most of all railways in Malaysia was build by british. Biar Negara rugi beberapa juta, daripada r...