Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Teresa Kok

Kepelikan PAS dalam Menangani Isu Tulisan Jawi Teresa Kok.

Saya masih ingat lagi suatu ketika dulu Teresa Kok mempersoalkan Tulisan Jawi pada papan tanda nama jalan. We want muhibbah road signs (14 Feb)  (mesti klik baru faham cerita) Ianya diterbitkan pada 14 februari 2008. Isu belum selesai. Namun, setelah parti pembangkang (PAS, PKR DAP) memperoleh kemenangan pada pilihanraya 2008. Pakatan Rakyat ditubuhkan pada april TANPA menyelesaikan isu tulisan Jawi Teresa Kok. Saya menulis kembali perkara ini pada Semtember 2008. Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok  (mesti klik baru faham cerita) Namun, tidak mendapat sebarang respond. Yang selalu memainkan isu ini adalah dikalangan penyokong UMNO, tetapi tidak berlaku padapimpinan UMNO. Dan ianya tenggelam. Selama ini, perkara ini disengajakan tutup oleh PAS atau Pakatan Rakyat atau apa sebenarnya? Maklumlah, ketika inginkan kemenangan, perkara elok DAP sahaja dicanangkan. Namun setelah bercerai. Maka isu ini kembali timbul di Media Facebo...

Mudin, Nur Aflah, Teresa, Dr Maza, Malaysiakini

Mudin kata, Teresa Kok sedang perlukan bodyguard. Mudin kata, ISA kan ada sebagai pelindung. Mudin kata... Seorang tua yang bakal dipencenkan. Sangat menepati ciri-ciri pengawal keselamatan di Malaysia. Apatah lagi, hobinya adalah tidur semasa kerja. Kalau tidak silap, namanya Abdullah tapi mesra dengan panggilan Pak Lah.  Saya tidak setuju. Puan Nuraflah menyekulasikan Dr MAZA diberhentikan. Malaysiakini kata : Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya. Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu. Saya pernah kata ... Orang DAP atau Ahli DAP, tidak dianggap sebagai musuh, hatta kepada Teresa Kok sekalipun, bahkan orang DAP selayaknya dianggap sebagai ...

Jenaka: Ali Rustam mahu Teresa Kok dipecat dari 'PKR'

Cerita ini tidak tersiatr di Malaysiakini , akan tetapi Sinar Harian. Ini adalah berita yang agak terlewat. Sila klik untuk besarkan. "Teresa Kok wajar meminta maaf dan dipecat sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran kenyataannya yang menghina kerajaan." "Sekiranya PKR benar-benar parti yang bertanggung jawap, Teresa wajar dipecat daripada parti itu". Adakah Sinar Harian tersalah tulis? Sinar Harian sememangnya mengatakan Teresa adalah wakil rakyat DAP, mereka tidak salah. Akan tetapi memetik secara bulat-bulat apa yang Ali Rustam katakan walaupun keahlian Teresa Kok dalam PKR  hanya wujud dalam ilusi Ali Rustam. Agaknya Teresa Kok ahli parti mana dalam ilusi Najib ?

Di Malaysiakini Terdapat Teknik Mengelak Makanan Dicuri

GMurali, bersungguh sungguh merekayasa kaedah mengelak daripada roti dicuri . Namun keadah itu agak ketinggalan zaman, berbanding dengan kaedah baru yang baru ditemui 3 hari lepas oleh "Suruhanjaya Penarafan Makanan" defacto. Di Malaysiakini,  kecurian makanan boleh dielakkan  dengan hanya meletakkan telur rebus dan 2 keping timun pada makanan tersebut.

Teresa Dibebaskan, Namun Tuntutan Maaf Tetap Diteruskan

Ulasan Saya di blog Teresa Kok. Detention is political YB Teresa. Selamat bebas dari Tahanan ISA. dan saya membantah penggunaan ISA terhadap YB. Memandangkan YB tidak menafikan dakwaan ke 3 iaitu berkenaan Papan tanda Jawi. Rakyat boleh menerima alasan pembaziran DBKL kerana ianya wang Rakyat. Walaubagaimanapun, Bantahan terhadap pembaziran DBKL itu juga boleh dibuat dengan tidak mempersoalkan tulisan jawi yang ada pada Papan tanda itu. Apabila tulisan jawi, warisan 700 tahun orang Melayu dipersoalkan pada bantahan itu, ia melibatkan sensitiviti kaum. Oleh itu saya tetap menuntut YB Teresa untuk memohon maaf secara terbuka di atas kesilapan mempersoalkan tulisan jawi walaupun ianya dilakukan untuk membantah pembaziran DBKL. Sekian.

Lagu Menyayat Hati Untuk Tahanan AKDN (Akta Keselamatan Dalam negeri)

Ketika malam Teresa Kok ditangkap di bawah AKDN, (Gunakanlah akronim BM) , saya membaca blog Al Bakistani, secara tiba-tiba lagu "Palang" dimainkan secara automatik. Walaupun, mengikut garispanduan kebolehgunaan Tawel Sensei , memainkan lagu secara automatik adalah sesuatu yang tidak elok, akan tetapi apabila lagu itu dimainkan di blog Al-Bakistani, ia betul-betul menyentuh perasaan. Bagaimana agaknya keadaan Teresa? Saya hanya mahu menuntut Teresa memohon maaf , bukan menuntut supaya dia dipenjara . Maka dengarlah lagu ini. Saya bukan orang Kristian untuk menyertai "Vigil" . Namun saya tetap membantah penatahan Teresa, menggunakan cara sendiri.

Teresa 'Madu' Kok Ditahan ISA

Baca dulu Catatan Al-Bakistani tentang, orang UMNO itu "Madu " .  Walaupun catatan itu tidak populis, namun ia bermakna. Alasan yang diberikan ialah... Orang UMNO atau Ahli UMNO, tidak dianggap sebagai musuh, hatta kepada Presiden UMNO sekalipun, bahkan orang UMNO selayaknya dianggap sebagai maduu bagi mengajak mereka kearah kefahaman islam yang memungkinkan mereka menerima Islam. Berdasar kata-kata sebegitu, tidak hairan kalau saya mahu mengganggap Teresa Kok sebagai "Madu" walaupun ada perbuatannya yang tidak menjaga sensitiviti umat Islam. Ianya tidak mustahil, ubah sahaja ayat jadi begini. Orang DAP atau Ahli DAP, tidak dianggap sebagai musuh, hatta kepada Teresa Kok sekalipun, bahkan orang DAP selayaknya dianggap sebagai maduu bagi mengajak mereka kearah kefahaman islam yang memungkinkan mereka menerima Islam Tak mustahil, dia boleh memeluk Islam. Ada sesiapa sini yang mengatakan mustahil? Akan tetapi, baru semalam saya menyatakan bahawa saya tidak mahu berper...

Isu Fobia Jawi : Saya Bukan Nak Berperang dengan Teresa Kok

Ketika ini, sibuk dengan Isu Azan di Puchong, yang dikatakan melibatkan Teresa Kok. Teresa Kok bersunguh-sungguh menafikan yang dia terlibat.   Laporan Media Mengenai Azan » Sassy MP   Saya Akan Ambil Tindakan Terhadap Utusan Malaysia & Zaini Hassan » Sassy MP   UMNO Selangor Memutar-belitkan Isu Azan di Puchong » Sassy MP OK lah, saya anggap penafian Teresa Kok itu benar. Akan tetapi Teresa Kok tetap tidak menafikan, atau memberi penjelasan  atau memohon maaf berkenaan isu tulisan jawi pada 14 Febuari yang lalu. Seperti yang tertulis di blog Teresa Kok Sendiri We want muhibbah road signs (14 Feb) Apabila Teresa mempersoalkan kenapa perlu ada Jawi,  saya sudah jawap di catatan blog berikut. Teresa Kok fobia melihat tulisan Jawi (14 Feb) Namun Teresa tetap mendirikan juga Papan tanda itu tanpa mengambil peduli sensitiviti umat islam di Malaysia. We Have Erected 10 Muhibbah Road Signs in Kuala Lumpur Area (20 Feb) 6 bulan berlalu, rup...

Penangkapan Penarik Beca Sudah boleh Di Slashdotkan

Menurut Catatan UmmiAnni , Tersiar akan satu berita dari BERNAMA (BERNAMA ditulis huruf besar kerana ianya akronim) tentang penangkapan Bang Bakaq a.k.a Penarik Beca adalah disebabkan oleh artikel yang berkaitan dengan polis. Pegawai Penyiasat Siasatan Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Supt Victor Sanjos berkata Abu Bakar ditahan pada pukul 10 malam tadi di rumahnya di Taman Koperasi Polis di sini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948. Abu Bakar dalam blognya menyiarkan artikel yang memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubahsuai serta komennya mengenai kredibiliti Musa, termasuk dakwaan "Musa dikawal kumpulan kongsi gelap Cina," kata Sanjos kepada Bernama di sini Khamis. Kalau begitu, artikel yang dimaksudkan ialah yang ini. "Kenapa Tak Usik Raja Petra?" Di dalam catatan Bang Bakaq itu, Bang Bakaq hanya memetik apa yang diperkatakan oleh Raja Petra. Yang peliknya pautan asal tentang ...