Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Belanjawan

Tak sangka Najib jilat balik ludahnya terhadap Dr Dzulkefly Ahmed

Pada Belanjawan 2009 tahun lepas, Najib telah memperlekehkah Belanjawan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat yang disediakan oleh Dr Dzulkefly Ahmed . Rujuk juga catatan di blog Nur Aflah "Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut. "Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat. Untuk Makluman Perbelanjaan Mengurus Belanjawan 2009 yang dibentang BN ialah 154 bilion. Yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat ialah 130 bilion. Pakatan Rakyat cuba menjimatkan 24 bilion wang rakyat. Tahun sebelum itu, (Belanjawan 2008) Perbelanjaan Mengurus adalah 128 bilion. Manakala bagi Belanjawan 2007 ialah 1...

Defisit Melampau: Keselesaan Rakyat lebih Penting daripada Anak Cucu

Agak merisaukan apabila defisit meningkat secara melampau. Defisit itu hanya nombor yang kita lihat hari ini, berapa peratus, berapa bilion. Media perdana sudah berkempen seolah-olah defisit melampau itu adalah tidak mengapa . Semalam pula di The Star terdapat cerita seolah-olah defisit sehingga 100% itu tidak mengapa. "Defisit Amerika Syarikat ialah 100 peratus tetapi mereka masih boleh menguruskannya. "Asalkan bajet kita distrukturkan dengan baik, ia boleh diuruskan, Ini Mahzab ekonomi baru. Ambil dulu duit daripada anak cucu kita, untuk "keselesaan rakyat", kemudian biarkan anak cucu kita yang tanggung. Duit raya yang anak anda simpan secara automatik akan tersusut nilainya bila tiba masa. Defisit dalam belanjawan biasanya dipaparkan dalam peratus, jarang pula disebut dalam bentuk bilion Ringgit. Tidak pernah pula Menteri Kewangan menceritakan kepada awam, tahun ini defisit 40 bilion, iaitu Kerajaan Meminjam 40 bilion daripada anak cucu kita. "Atuk pakai ...

Bila Belanjawan 2010?

Sudah Oktober, tetapi tak dengar berita tentang Belanjawan 2010, ura-ura bila dia akan dibentangkan pun tak dengar. Bila agaknya? Sebagai perbandingan, talun lepas ia dibentangkan pada 28 ogos, 2 tahun lepas pula bulan semtember.

Earth Hour versi Najib

Logo Earth Hour versi Najib,

Jika Guna Sistem Emas/Perak, Boleh Tak Bentang Belanjawan mini 60 bilion?

Jika Guna Sistem Emas, Boleh Tak Bentang Belanjawan 60 bilion? Macam mana nak beri 60 billion kalau tidak ada emas sebanyak itu. Sistem Kewangan Emas dan Perak tak bagus kah? Sistem kewangan Kertas Fiat boleh adakan 60 bilion. Apa jawapan bagi persoalan ini? Sebenarnya kalau kita menggunakan emas/perak, kemungkinan besar tidak perlu pakej rangsangan. Ekonomi "Berkembang" pada kadar yang tidak sepatutnya menggunakan wang kertas. Ada negara nilai "kertas"nya mahal, ada negara murah. Negara kertas mahal boleh beli macam-macam dari negara kertas murah. Negara kertas murah bergembira apabila negara kertas mahal terus membeli dan membeli sehingga menyebabkan pertumbuhan yang tinggi. Kilang dibuka, peluang pekerjaan bertambah, semua orang mahu pekerjaan popular, tak mahu jadi orang gaji, tak mahu jadi tukang cuci. Jatuh maruah kononnya. Tugas itu diambil oleh rakyat negara kertas lebih murah. Komoditi dan barangan kita diambil oleh negara kertas m...

Belanjawan Anwar Menguncup, 130b vs 154b vs 125b

 Najib telah membentangkan bagaimana 7 bilion diperuntukkan untuk merancancakkan ekonomi. Juga Pemcarum KWSP akan diberi pilihan untuk kurangkan caruman supaya lebih wang berkitar dipasaran. Anggaran lebihan 4 bilion duit ditangan rakyat untuk dibelanjakan. Ini kata najib . "Bila saya kata budget pembangkang "menguncup" ini saya bukan berbohong. Angka-angka tersebut ada di kertas ini," katanya sambil menunjukkan dokumen yang mengandungi fakta tersebut. "Mereka mencadangkan bahawa bajet operasi Pakatan Rakyat sebanyak RM130.345 bilion berbanding budget kerajaan berjumlah RM154.172 bilion, dengan perbezaan kira-kira RM24 bilion," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat. Dalam dunia ekonomi, sebenarnya tiada siapa yang boleh dakwa mereka betul. Di Malaysia, teori berbelanja untuk rancakkan ekonomi begitu popular. Ianya sesuai untuk tangani kelembapan. Tapi buat seketika waktu. Serupa macam penuru...

Tidak! Anwar Tidak Minta 'Bajet' Baru Dibentangkan.Tajuk Malaysiakini Salah

Merujuk kepada berita di Malaysiakini tajuknya, Anwar minta Najib bentang bajet baru Anwar Ibrahim yang saya kenal tidak pernah menggunakan istilah bajet, sehingga kini dia masih lagi lagi menggunakan istilah Belanjawan. Mana mungkin dia akan menggunakan istilah 'bajet'. Jika diteliti berita Malaysiakini itu: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ahli-ahli Dewan Rakyat tidak boleh membahaskan " belanjawan yang ketinggalan zaman" seperti dibentangkan lebih sebulan lepas.  Manakala, berita di skuad DUN Batu Caves : "Fokus kita sekarang ialah Belanjawan 2009 perlu dibentangkan semula kerana ia sudah tidak relevan dengan keadaan ekonomi semasa," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini. Beliau berkata, usul undi tidak percaya tidak akan dibincangkan kerana soal belanjawan yang perlu dibentangkan semula kini menjadi keutamaan pembangkang.- Tapi yang peliknya ada bajet di sini  Ingat pesan saya. Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat y...

Jangan Ada Seorang Pun Penyokong Pakatan Rakyat yang Menggunakan Istilah "Bajet"

Hari ini Belanjawan akan dibentangkan. Walaupun ramai yang gunakan istilah "bajet" saya tetap menggunakan belanjawan. Para blogawan penyokong DSAI yang bermati-matian di Permatang Pauh dulu, sila gunakan istilah belanjawan. Saya agak pasti Anwar Ibrahim akan kekal menggunakan Istilah Belanjawan , seperti tahun lepas . Jangan biarkan " Belanjawan " menjadi Istilah subversif . Jikalau catatan di blognya menggunakan istilah "bajet", itu mungkin pembantunya yang tulis, bukan dia. Belanjawan esok? Akan ada subsidi makanan seperti yang Ikram mahukan? Kemaskini 11:45 29 Ogos: Senarai blogawan yang menggunakan istilah "belanjawan" menggantikan "bajet":- 21:26 Belanjawan Membodek ! » LAWAN TETAP LAWAN 21:00 B09 :( Akhir ) - Belanjawan Membodek ! [updated] » Al-Banjari Online 20:44 Tiada Yang Istimewa Dalam Belanjawan 2009 » Asia, Tech, Malaysia & World 19:50 Belanjawan 2009 - Intipati keseluruhan perbentangan » Kembara Minda...