Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Nik Nazmi

Nathaniel Tan & Nik Nazmi Melaungkan HIDUP MELAYU di Malaysiakini

Tidak terfikir oleh saya bagaimana 2 orang menulis satu artikel. Ianya tidak mustahil. YB Nik Nazmi bersama Nathaniel Tan bersama-sama menulis artikel bertajuk Hidup Melayu di Malaysiakini . Kami setuju tanpa ragu-ragu bahawa kedudukan, martabat dan maruah orang Melayu kini kian terancam. Rakyat Melayu marhaen berada dalam posisi yang membimbangkan kerana semakin tertindas dan terpinggir dari segi ekonomi dan politik. Namun, soalnya, siapa yang menindas dan meminggirkan umat  Melayu? Baca lagi  Apabila saya menulis tajuk Malaysiakini, catatannya mesti berkait dengan Malaysiakini. Jangan terikut-ikut budaya spam, yang menipu pembaca dengan mengambarkannya seolah-olah ianya berasal daripada Malaysiakini . Pernahkan anda merasai sesuatu artikel itu datangnya dari Malaysiakini rupanya tidak? p/s: Jangan "fave it"  catatan ini, sebaliknya "fave it" di sini kerana ia merujuk kepada artikel yang asli.

Sudah Hampir Tapi Tak Kesampaian

Sudah Hampir Tapi Tak Kesampaian. Itulah ungkapan sesuai bagi diri saya yang merancang untuk pergi ke Ceramah Penerangan Isu-Isu Negeri Pakatan di Jasin Yang dihadiri oleh Nik Nazmi. Saya terperangkap oleh hujan ketika kenduri di satu khemah di Markas PAS Sempang. Petir sabung menyabung, sesudah hujan, saya pun ke Serkam, rupanya sudah habis. Nik Nazmi berceramah bersama Ustaz Kamarudin Sidek di platform yang sama buat pertama kalinya, dan saya gagal hadir. Agak mengecewakan.

Orang Melayu Fobia-maaf?

Hari ini ada istilah baru pula, " Fobia-maaf ". Saya bukan hendak melacurkan Bahasa Melayu seperti UMNO Melaka , akan tetapi ianya istilah baru, anggaplah ia sebagai inovasi bahasa kerana DBP belum keluarkan istilah khas untuk senario ini. Nik Nazmi dan Bossnya kedua-duanya mempersoalkan kenapa begitu sukar untuk orang UMNO memohon maaf. rujuk: Kenapa Sukar Memohon Maaf? » Anwar Ibrahim Isu Kehakiman: Kerajaan Tidak Meminta Maaf » niknazmi. com Akan tetapi, sememangnya mereka tidak memohon maaf. Najib: Payment is no apology » YouTube :: Videos by malaysiakini PM promises bold judicial reforms but no apology » Kembara Minda Perjuangan... LIVE COVERAGE: PM announces Judicial Commission, stops short of apology » anilnetto.com Selama inipun memang tidak kedengaran pemimpin UMNO yang ada mengeluarkan kenyataan meminta maaf. Seolah-olah jatuh maruah mereka jika memohon maaf. Ingatkah lagi tentang kes Lim Kit Siang yang cuba memboikot Majlis angkat sumpah, tak sampai 24 jam, dia me...