Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Babi

Politik Positif Sofi Wahab Lahirkan Draf Manisfesto PAS 2012?

Tahniah kepada Saudara Sofi Wahab yang mengemukakan beberapa cadangan kepada Kerajaan negeri Melaka berkenaan isu pencemaran babi di Masjid tanah . Ini boleh dipanggil sebagai politik positif. Kepada pembaca, sila anggap isu ini sebagai isu pencemaran babi, bukannya isu perkauman. Bagi saya PEWARIS dan GGMM melakukan melakukan kesilapan apabila cuba mengperkaumankan isu ini, walhal ia sebenarnya boleh diselesaikan tanpa unsur perkauman. Apa itu politik positif apa itu politik negatif. Politik negatif adalah apabila Sofi Wahab terus salahkan BN. Politik positif adalah apabila Sofi Wahab salahkan BN tetapi mengemukakan cadangan. Politik terlebih positif adalah, apabila Sofi Wahab mengemukakan cadangan, sekiranya PAS memerintah Melaka, berkata berikut akan dilaksanakan tanpa mengambil kira siapakan lawan politik PAS. Sebagai orang bawahan dalam PAS, apa cadangan oleh saya tidak boleh dianggap sebagai "Cadangan PAS", akan tetapi bagi Sofi Wahab boleh, kerana dia Ketua Penerangan....

ADUN Merlimau dan babi

ADUN Merlimau tanpa segan silu tanpa segan silu untuk melepaskan tanggungjawap untuk mengatasi pencemaran akibat daripada 150,869 babi yang diternakkan di Melaka kepada Negeri Selangor berbanding dengan cadang asal saya untuk menindahkan ke Vietnam . "Sekiranya kerajaan Selangor benar-benar ingin membangunkan projek ini, kita berharap agar kerajaan Selangor dengan berbesar hatinya akan menerima ternakan babi dari Melaka ini untuk dipindahkan kesana" Baca petikan asal di blognya sendiri . (tak boleh ulas) Walaubagaimanapun saya mengucapkan tahniah kerana di DUN Merlimau tiada ladang babi. p/s: baru sebentar tadi saya mendapat URL Pengkebumian of the Year . (Tiada kaitan dengan cerita ini)

Benarkan tiada babi Malaysia dieksport ke Singapura?

Adakah anda semua PASTI babi di Malaysia adalah untuk dalam negeri dan bukannya untuk dieksport ke Singapura? Persoalan itu saya tak tahu jawapannya, akan tetapi selalu juga nampak lori bawa babi di lebuh raya. Di Blog ALHUSSEYN, ada menunjukkan statistik bilangan babi di Malaysia. Manakala di Blog Ali Rustam, mengatakan hanya 40k-60k Oleh sebab itu, kerajaan Melaka sentiasa memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan iaitu antara 45,000 hingga 60,000 ekor sahaja. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah. Bukan saya kata, Ali Rustam yang kata. Jauh pula beza 150k babi dengan 60k babi. Jika 60,000 had maksimum bilangan babi di Melaka adalah BENAR, nilainya bagi saya tetap terlalu tinggi untuk negeri sekecil Melaka, dengan bilangan penduduk sekitar 648,xxx orang sahaja. Adakah Kerajaan Negeri mengamalkan dasar "10 penduduk seekor babi "? Adakah Negeri Melaka mempunyai lembu sebanyak itu? Jika nilai 150,0...

Cerita Babi Belum Habis lagi, Jangan "case closed"

Jangan tutup kes lagi . Sudah berhari-hari negara kecoh akibat sifat binatang bernama babi yang tidak pandai menjaga kebersihan dirinya. Berbanding kucing, kucing boleh menimbus najisnya, dan menjilat bulunya untuk membersihkan diri. Tidak dinafikan Hak bukan islam untuk memakan babi. Tidak dinafikan Hak umat Islam supaya boleh tinggal tanpa pencemaran. Jadi adakah langkah kerajaan negeri Selangor lama dan baru untuk mempertimbangkan (Kerajaan lama kata belum lulus, Teresas Kok kata sudah lulus, Khalid kata wajar diteruskan dengan sedikit pengubahsuaian) pembinaan Kandang Babi moden itu wajar? Adalah lebih mudah kalau kesemua yang melibatkan babi tidak melibatkan orang Islam, maksudnya, tidak melibatkan kerajaan terdiri dari orang islam dan bukan islam. Apa kata, kalau persatuan penternak babi, mencari pelabur tempatan, membina kandang babi moden di negara lain seperti Vietnam. Dalam erti kata lain, Pelabur Babi Malaysia, akan mempunyai ladang babi moden di Vietnam. Pengusaha ladang ...

Melihat isu babi, Angkasawan Terowong Smart dari sudut kejuruteraan

Ini adalah 3 cerita dalam satu. Memang sekarang ini isu babi di Selangor hangat, ada yang kata perlu, ada yang kata tak, ada yang cuba nak hina kerajaan baru, ada yang belit macam macam. Begitu juga dengan program angkasawan, ramai yang kata membazir, ada yang kata tidak. Ada yang perlekehkan kenapa tak pandu sendiri kapal angkasa, ada perlekehkan kenapa tak buat kapal angkasa sendiri. Ada pula menteri yang mensasarkan untuk buat kapal angkasa sendiri daripada kejuruteraansongsang kapal soyuz yang hendak dibeli. Begitu juga terowong smart, ada yang persoalkan kenapa dia tutup beberapa hari dan menyebabkan jalan sesak. Ya, ia memang berfungsi sebegitu, alirkan limpahan air sungan kelang ke tasik melalui terowong kenderaan yang ditutup secara manual. Bila air lalu, adakalanya kotor dan perlu dibersihkan. Terowong itu sememangnya perlu beroperasi secara manual, jika tidak mungkin ada orang yang lemas kerana tertinggal di terowong ketika air lalu. Pintu keluar kecemasan perlu ditutup seca...